Wednesday, 25 July 2012

LUASKAN PANDANGAN 'REZEKI' ANDA!

Assalamualaikum. Hari ni nak kongsi beberapa tips / petua untuk murah rezeki. Rezeki ni sebenanya amat meluas maksud pengertiannya. Rezeki tidak semestinya dikaitkan dengan wang, makanan, pangkat atau harta semata-mata. Bagi saya rezeki ni termasuklah antara berikut:-

  • Rezeki dari segi kesihatan - sihat tiada penyakit & badan sentiasa kuat untuk bekerja, mencari rezeki halal
  • Rezeki dari segi anak - mendapat anak yang sihat, baik budi pekerti & cerdik
  • Rezeki dari segi masa - masa sentiasa lapang untuk membuat kerja-kerja kebajikan & amal ibadat
  • Rezeki dari segi emosi - BAHAGIA, hati sentiasa tenang, sabar & tabah menghadapi ujian & dugaan Allah. Walau duji sekuat mana sekalipun, mulut masih mampu tersenyum kerana memiliki hati yang tenang & tawakal

....dan banyak lagi bentuk rezeki yang Allah Taala turunkan kepada kita, tetapi mungkin kita 'terlepas pandang' untuk mensyukurinya......

So, jangan bataskan rezeki hanya dari segi kewangan & harta kekayaan sahaja.

Ada orang bekerja kuat tetapi mengeluh kerana masih berkereta kecil & rumah yang sederhana...tetapi tak sedar, rezekinya datang dengan mempunyai anak-anak yang bijak, berakhlak, mempunyai suami / isteri yang setia........

Semuanya kerja Allah, kita hanya mampu berusaha, berdoa & bertawakal.

10 TIPS MURAH REZEKI

    (Dipetik dari Page Facebook Dr Haji Tengku Asmadi)
2.3.
  1. Berpagi-pagi bangun dan bekerja.
  2. 4.Berzikir - tasbih 33x, tahmid 33x dan takbir 33x.
  3. Lakukan solat dhuha.
  4. 5.Banyakkan beristighfar.
  5. 6.Banyakkan berselawat.
  6. 7.Tunaikan hajat orang.
  7. 8.Beri makan haiwan.
  8. 9.Banyakkan bersedekah.
  9. Amanah, jujur dan ikhlaskan hati dalam bekerja dan berniaga.
  10. Eratkan dan jalin silaturahim dengan berlapang dada dan bermaaf-maafan.  

Mungkin kita rasa susah nak buat kesemua 10 sekaligus.......tak dapat buat semua pun takpe, kita bukan insan sempurna...kadang-kadang bangun lewat sebab malam tadi menjaga anak kecil yang tak mahu tidur - dah terlepas petua no.1.....takper, ada petua yang lain yang mudah nak di amalkan.
TEPUK DADA, TANYA IMAN!
NAK SERIBU DAYA USAHA DOA, TAK NAK SEJUTA ALASAN, DALIH!
Semua terpulang pada kita! Wassalam.
Jangan lupa singgat ke blog perniagaan saya ye!

No comments:

Post a Comment