Monday, 9 July 2012

YA ALLAH, Bagi lah saya 'extra time' 6-8 jam sehari!

ASSALAMUALAIKUM.

Lama jugak saya tinggalkan blog kesayangan saya ni....masa gemar mencemburui saya. Rasa nya dalam sehari tak cukup 24 jam, nak mintak tambahan lagi 6-8 jam dari Allah, Maha Penentu segalanya supaya dapatkan settlekan apa-apa yang saya sudah plan perlu di settlekan dalam hari itu.........

I AM LIVING MY LIFE TO THE FULLEST - saya gunakan sebaik-baiknya masa yang Allah dah takdirkan ianya bersama saya - saya sebagai surirumah, ibu, isteri, anak, house engineer (saya dah lupe mana saya pick this word, but it sounds interesting to depict SURIRUMAHTANGGA, ehehehehe). Everyday, I cook, I clean, I vacuum, saya basuh kain, sidai kain, lipat kain, and I'm even the extra educator untuk anak-anak.......dan tak lupa, SAYA ISTERI YANG BEKERJA DARI RUMAH - PART TIME BUSINESSWOMAN DARI RUMAH.......

I'm happy with my life, cuma bila apa yang saya plan dan nak buat dalam hari tu, dalam waktu-waktu tu saya tak dpt achieve, waaarrrrhhhggggg....tension gaksss....sabaaa je laaa.....

DEMI MASA (Raihan)   

Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
Demi masa
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati


Berbisa lirik nie kalau dihayati sebaik-baiknya....siapa kita untuk merancang masa? Allah beri kita masa 24 jam sehari untuk diperuntukkan sebaik-baiknya. Macam-macam kita rancang, plan, kadang-kadang jadi, kadang tak jadi...WHO ARE WE TO QUESTION HIM? Kita merancang, tapi ALLAH lah sebaik-baik perancang......

 “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)” (AL-IMRAN:54)


" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)  

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Umar ra:

“Jikalau engkau berada di waktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang (untuk mencari bekal kematian) dan jikalau engkau di waktu petang maka jangan meunggu-nunggu datangnya waktu pagi (untuk itu pula). Ambillah kemanfaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu engkau masih sihat untuk bekal sakitmu.” (Riwayat Ibnu Hibban)

 (credit to http://abuikhwan.blogspot.com/ - thanks sebab kongsikan hadis ni)


TIPS PENGURUSAN MASA
(credit to http://naufalsayang.blogspot.com/- thanks sebab kongsikan tips ni)

  1. Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh. 
  2. Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)
  3. Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.
  4. Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.
  5. Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.
  6. Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.
  7. Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.
  8. Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.
  9. Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.
  10. Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.

Haaa.....jom kite sam-sama try to apply this tips....JANGAN PUTUS ASA MENCUBA! TAKDE YANG MUDAH DALAM HIDUP NI!

Wassalam. Semoga jumpa lagi!

Jangan lupa stop by kat online store saya:-

http://mylittlecaliph-kidswear.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment