Pagi Rabu yang sunyi...anak-anak & suami dah lama dibuai mimpi. Selesai check & update business tadi, ingatkan nak tidur,tapi seperti biasa, rasa macam nak menitipkan sesuatu yang terbuku di kalbu....
Sekarang ni kalau orang lain tanya KERJA KAT MANA? ANAK-ANAK SIAPA JAGA?, dah tentu lah saya akan jawab - saya dah tak kerja, jadi surirumahtangga sepenuh masa. Anak-anak jaga sendiri lah....
Takkan saya nak cerita lebih-lebih - ACTUALLY SAYA NAK CARIK KERJA KAT AREA-AREA SINI JE, TAPI SAMPAI SEKARANG BELUM DAPAT....kang orang kata, EHH LEBIH PLAK BERCERITA, ORANG TANYA SIKIT JEEE....
Hehehehe....sebenarnya itulah hakikat nya, bukan saya dah malas & tak minat nak kerja...tapi sampai sekarang kerja yang saya nak saya still tak dapat. Berkelulusan sampai tahap Master, saya still ada beberapa hutang yang harus saya tanggung sendiri walaupun saya sudah tidak bekerja lagi. Hutang pembiaya pelajaran, hutang kereta.....kalau nak diikutkan, bekerja memang untuk membayar hutang!
Cerewet ke saya memilih kerja? Takde laaa.....saya tak kisah kerja apa pun...asalkan di daerah ini. Saya dapat pulang on time ke rumah, badan tak penat, anak-anak pun sihat....sorry, saya tak nak cerita lebih-lebih about my previous job...kita harus bersyukur dengan apa yang ada kan? Keputusan berhenti hari tu adalah muktamad, tiada penyesalan, tiada toleh ke belakang.....hakikatnya saya sentiasa berpegang - REZEKI HAK ALLAH, KAT MANA-MANA PUN, SEKIRANYA DAH TERTULIS, ITULAH REZEKI KITA!
Suatu Ketika Dulu - Saya di tempat kerja lama.
Sekarang sikit-sikit cuba business online dari rumah....stock pun saya simpan sendiri di rumah, bungkus & hantar sendiri. So untung & modal pun dapat balik kepada saya. Yang paling penting sekali, anak-anak saya jaga sendiri....ITULAH YANG PALING PENTING SEKALI.....
Dan saya masih terus memburu peluang kerjaya kat sini - Seremban. Ini tempat saya sekarang. Saya takkan putus asa coz kalau dah tertulis rezeki itu hak kita, maka takkan ke mana kan? Berusaha habis-habisan, tawakal, doa tak putus-putus & terus tunggu....
Cuma nya, kalau lah tertulis rezeki saya kat tempat lain, sekali lagi saya redha....saya nak happy, gembira dengan apa yang saya buat....Insya Allah....:)
TIPS GEMBIRA SEPANJANG MASA (Petikan dari Artikel ILUVISLAM.COM)
- Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
- Tekad Bermotivasi - Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
- Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.
- Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
- Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
- Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
- Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
Semoga kita semua sentiasa redha & happy dengan apa yang kita dapat, apa yang Allah berikan!
IKHLAS,
My Little Caliph Kidswear.

No comments:
Post a Comment