Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Beberapa hari lepas, saya buat Puding Caramel / Puding Gula Hangus untuk family. Tapi saya ubah sikit resepi asal coz saya nak
Saya sharekan resepi saya di bawah ni. Sebarang komen / cadangan dialu-alukan. Nie 2nd time buat seumur hidup. First time lama dah....tak ingat sangat. So main hentam aje ikut suka....:-)
Resepi Puding Caramel Senang - Sesuka Hatiku
Bahan-Bahan
5 biji telur
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
4 sudu gula
sedikit esen vanila
5 sudu gula - dibuat caramel
Cara-caranya
5 sudu gula dicairkan di dalam loyang puding. Boleh campurkan dengan sedikit air. Inilah yang akan jadi caramel / gula hangus nya nanti.
Cara saya, loyang ni saya panaskan direct atas api. So senang, tak payah nak pakai bekas lain. Gula terus cair dalam loyang untuk jadi karamel.
Gula mula mencair & meng'hangus' untuk jadi karamel - sorry, tiada wording meng'hangus' dalam kamus B.Malaysia ye....heheheh....
Okey, ini rupanya bila gula dah cair & hangus....ianya akan berwarna keperang-perangan. So sekarang, kita biarkan loyang kita ni sejuk & gula ni beku balik....Gula kena betul-betul beku balik sebelum dimasukkan isi kandungan yang lain-lain ye Puan-Puan (ehh mcm bunyi chef Wan plak aku ni....hahaha)
Tips: Gula jangan banyak sangat & jangan terlampau hangus plak ye....nnt pahit laa puding karamel korang. Tak caya? Try laa buat hangus....hehehe....
Okey, sementara menunggu gula tu beku balik, boleh la kita bancuh adunan yang satu lagi. Lagi senang, pejam mata pun boleh buat....hehehe, takde la, kalau pejam mata memang tak boleh buat punya, meraba-raba...Korang blender aje semua baki bahan-bahan tadi - 5 biji telur, 1/2 tin susu cair, 1/2 tin air, 4 sudu gula & sedikit esen vanila. Actually dalam resepi asal kena guna mixer, seperti biasa malas nak kuarkan mixer dari kotak. So kita ambil langkah mudah - guna blender. Korang blender sesuka hati korang sampai bahan-bahan sebati ye.
Sesudah itu, check balik gula hangus tadi. Mesti dah beku. Tandanya ialah - loyang dah sejuk, boleh pegang dengan tangan & bila korang balikkan mcm dalam gambar di bawah ni, gula tu 'enggan' jatuh...hehehe..so maknanya gula tu dah selamat beku & bolehlah kita tuang yang kita dah blender sebati tadi ke atasnya.
Dah tuang, bolehlah dikukus.
Tengoklah pengukus paling simple. Mak kata KAU TURUNKAN LAH PENGUKUS MAK TU....saya kata MALAS LAH MAK, MAK DAH BUNGKUS DENGAN KAIN. ATAS ALMARI PULAK TU....hehehe....tu la bunyi-bunyi orang malas, makan rajin. Takpe, pengukus apa pun boleh, asalkan dikukus elok.
Kukuslah dalam 15-20 minit je. Kalau korang nak pakai 10 biji telur & 10 sudu gula, kukuslah dalam setengah jam. Nak tahu mcm mana puding ni dah masak? Cucuk dengan lidi, kalau lidi tu kering, puding tak melekat, that mean dah masak lah puding korang tu, okey?
Dah masak, biarkan sejuk seketika. Dalam 1/2 hour. Kalau nak cpt, dah 15 minit tu korang letak dalam peti ais. Kalau dah sejuk, boleh lah diterbalikkan dalam pinggan hidangan yang korang suka. So bolehlah JEMPUT MAKAN!
Senang kan? Bagi saya inilah yang paling simple nak buat whenever tetibe tekak saya teringin nak mkn puding gula hangus. Cepat & ringkas.
Kalau berminat, jangan lupa cuba. Takpe kalau mula-mula tak jadi. Biasalah, practice makes perfect kan? Lama-lama sure okey.....:-)
Okey, nak promo buku plak....BUKAN SEKADAR RESEPI...tapi ini BUKAN buku resepi biasa tau.
No comments:
Post a Comment