Saturday, 13 October 2012

Setiap pekerjaan adalah ibadah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Membaca sedikit sebanyak menyedarkan saya tentang kepentingan niat  dalam setiap tindakan kita. Saya belajar bahawa sesungguhnya setiap yang kita buat haruslah berpaksikan UNTUK MENCARI REDHA ALLAH. Hidup kat dunia nie sementara aje, bukan untuk selama-lamanya. Kat akhirat nanti, kita takkan ditanya, berapa banyak duit kita kumpul masa di dunia, berapa besar business atau perniagaan kita, berapa besar pangkat kita or berapa banyak wang pelaburan kita dlm amanah-amanah saham.

Sebaliknya kita akan ditanya, berapa banyak yang telah kita buat untuk Islam – berapa banyak pahala yang kita dapat dari usaha dan niat ikhlas kita untuk menegakkan hukum Allah, menguatkan syiar Islam. It doesn’t mean you have to fight through wars, campaign sana sini. Kita harus buat berdasarkan kemampuan kita, keadaan kita.

Bagi saya, duduk diam di rumah tak semestinya tak boleh dapat pahala dalam menegakkan syiar Islam. Apa sahaja peranan kita – sebagai pekerja, sebagai ibu, sebagai isteri, peniaga or hatta sebagai penjual ikan di pasar sekalipun, setiap kita ada peranan masing-masing sebagai seorang Islam.

Saya gemar membaca laman web beberapa para pendakwah yang menggunakan elemen internet – membuka web site untuk memulakan kegiatan dakwah. Isi kandungan padat, penuh iktibar dan benar-benar terkesan di hati, Antara yang saya suka baca ialah laman web kepunyaan Hilal Asyraf (langit Ilahi), Pahrol Mohd Joui (genta rasa) dan ada beberapa lagi. Inilah yang dikatakan menyesuaikan peredaran zaman dengan Islam, bukannya menyesuaikan Islam dengan peredaran zaman.

Saya berharap dapat jadik mcm mereka. Tapi saya tahu, ilmu agama dan ilmu penulisan saya taklah setinggi mana. Mana mungkin saya jadik mcm mereka. Jadik saya simpan cita-cita dihati, kalau mampu dan diizinkan Allah, biarlah anak-anak saya menyambung harapan saya. Harapnya salah seorang anak saya mampu menjadi sebaik mereka – terus berjihad dan berdakwah di jalan Allah.

Saya? saya berniat biarlah kedai buku online saya yang tak seberapa ni menjadi pembuka jalan untuk kerja-kerja dakwah dalam membina masyarakat yang berilmu, beriman, beramal dan berjaya. Saya mahu usaha saya yang sedikit ini, dipandang besar di sisiNya – usaha dalam melaksanakan tanggungjwb “ Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). Insya Allah!
 


http://www.mylittlecaliph-books4you.blogspot.com/

 

No comments:

Post a Comment