Tujuan buat solat sunat dhuha nie adalah supaya Allah S.W.T melapangkan pintu rezeki buat kita untuk hari itu. Itu yang saya phm lah….perlaksanaannya pun saya tak beberapa pasti. Selama hari nie, saya just buat 2 rakaat, waktunya antara selepas subuh hingga Zuhur dan surah yang dibaca ikut suka dan doa selepas menunaikan solat ini pun ikut suka – dlm bhs melayu. saya pernah membaca psl orang buta ibadah – buat ibadah tanpa ilmu secukupnya. Memang saya termasuk dlm kategori nie.
Jadik hari nie saya semak balik cara yang betul untuk menunaikan solat sunat dhuha nie. Alhamdullillah, nasib baik lafaz niat selama hari nie betol.
Semakan saya buat pada buku di bawah nie – INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT , Dato’ Ismail Kamus. Mudah di phm dan mudah perlaksanaannya.
Mengikut Dato’ Ismail Kamus, solat sunat dhuha boleh dilakukan pd bila-bila masa apabila matahari telah naik sehingga gelincir matahari. Lebih kurang antara pukul 8 pg hingga masuknya waktu Zuhur. Lafaz niat seperti dibawah:-
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Dikerjakan 2, 4,6 hingga 8 rakaat. Rakaat pertama membaca surah al-syams, rakaat kedua surah dhuha. Dan ada bacaan doa yg khas dibacakan semasa sujud terakhir sebyk 40 kali spt di bwh ini:-
Selepas selesai solat, bacalah doa spt di bwh ini:-
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Drpd doa ini, jelas solat sunat ini adalah untuk memohon kpd Allah agar dipermurahkan rezeki utk hari ini – selain untuk menambahkan pahala solat-solat sunat bagi menampal mana-mana yg ‘bocor’ dlm amal ibadat kita sehari-hari. Buat yang dah lama tak buat mcm saya atau mungkin tak pernah buat langsung, jom lah kita mulakan hari ini. Hati tenang, rezeki dipermurahkan, Allah makin sayangggg…..Insya Allah.
Dan jangan lupa dptkan buku Dato’ Ismail Kamus ni……panduan yang betul-betul lengkap. Byk lagi contoh-contoh ibadat sunat yang lain. Sila layari online bookstore saya di alamat di bwh for more info.
MASIH DALAM PEMBINAAN! |
No comments:
Post a Comment