Wednesday, 7 November 2012

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULLULLAH S.A.W

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

4 tahap didik anak ikut sunnah

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
------------------------------------
PERTAMA:
Umur 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini. Natijahnya, agar anak sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka dalam semua hal yang mereka hadapi adalah ibu-bapa mereka sendiri.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat. Walaubagaimanapun, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang tapi tegas dalam arahan, disiplin, dan beri mereka tanggungjawab. Masa ini memang dah boleh didik mereka dengan solat, puasa, mengaji dan ibadah lain.

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun.
Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Mendidik dengan cara berkawan dengan anak-anak, saling bertukar pendapat selagi tidak bertentang dengan syariat. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Berikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentang dengan syariat.
Ibu bapa bertindak sebagai penasihat agar tindakan anak-anak terkawal. Anak adalah tanggungjawab & amanah, bukannya hakmilik.
 PROMO BUKU
Judul: Pesona Didik Anak Cara Sunnah
Penulis: Sheikh Musa Ahmad Olga
Penerbit: Pustaka Azhar
Pengulas: Jami'ah Shukri

HARGA : RM15.00 (Semenanjung dan S&S)
Penghantaran : RM5.00 (Pos Ekspres)

Beli online di kedai kami :-



Lebih banyak pilihan buku menarik di sini dan di FB page kami. Sila like:-



No comments:

Post a Comment