Wednesday, 23 January 2013

SALAM MAULIDUR RASUL SAW 1434H

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah...masih dikurniakan nafas & peluang dari Allah S.W.T hari ini untuk memulakan & merencanakan hari dengan lebih baik lagi. Hari-hari adalah peluang dari Allah untuk kita perbaiki diri kita, luaran & dalaman. Perbaiki iman, pertingkatkan amal soleh, perbanyakkan amal jariah, perbaiki hati dan lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T 


salam maulidur rasul 2013

Hari ini adalah hari kelahiran rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Saya bertemu lagi hari ini, buat kali yg keberapa, tidak pasti....namun sejauh mana kita mampu meneladani, mencontohi, mengikuti, mengamalkan & menyampaikan ajaran-ajaran Rasullulah? Kita tanya diri kita sendiri.....

Azam saya, insya Allah nak cuba perbaiki diri sebaik-baik yang boleh. 

Pertama, tanam sifat sabar dalam diri. Sabar dengan anak-anak, sabar dengan orang-orang sekeliling saya, sabar dengan rasa penat & lelah, sabar dalam semua ujian & dugaan hidup. Ikutkan ujian & dugaan yang Allah turunkan kpd saya amatlah kecil, berbanding dengan ujian & dugaan Rasullulah S.A.W sepanjang hidupnya.

Kedua, nak beristiqamah. Istiqamah dalam berbuat kebaikkan. Istiqamah dalam beribadat, istiqamah berzikir & berselawat. 

Ketiga, nak perbaiki hati. Hati ini mudah rosak, kita tak sedar. Saya seboleh-bolehnya akan cuba hilangkan rasa riak, tinggi diri, sombong, suka memandang rendah kepada orang lain, rasa dengki, rasa iri, dan macam-macam penyakit hati lagi.
hati

Keempat, nak buang jauh-jauh sifat malas & lekas putus asa. Sifat inilah yang akan menjauhkan kita dari Allah & Rasul. Akan menjadikan kita lemah, tidak berdaya & seterusnya tidak berjaya. 

Kelima, nak memperbaiki masa. Saya akan cuba mengisi masa saya dengan sebaik-baiknya. No more daydreaming, no more dramas, every single time is pahala for me. Either melayan anak-anak di rumah, memasak, mengemas rumah atau apa sahaja. Hobi membaca jatuh no.1, kedua mendengar radio & tv TAPI cuma rancangan yang berfaedah & membawa saya makin dekat dengan Ilahi. 

Ada banyak lagi azam saya. Di hadapan saya saya tulis atas white board putih, so that I will always remember & will never forget. I must succeed, dunia akhirat. Insya Allah.


  1. .......sentiasa memecut......
  2. ....sentiasa focus......
  3. MAN JADDA WA JADDA
  4. ....cergas, sehat...........
  5. don't daydreaming, don't dramatic
  6. sabar, tenang, istighfar
  7. sentiasa betulkan niat di hati
Harap saya & anda-anda semua yang sedang membaca berjaya dalam apa jua yang mahu kita lakukan. Amin. Semoga Allah kabulkan doa & pengharapan kita semua. Insya Allah.

Salam kasih sayang dari saya,
Norhasiah Mohd Akhir - Taman Rasa Sayang, Seremban, N.Sembilan. 

No comments:

Post a Comment