Friday 8 March 2013

Kurma : Khasiat Pada Ibu Mengandung, Selepas Bersalin & Untuk Baby jugak

Bismillahirrahmanirrahim.
kurma baik untuk wanita mengandung


Bagi ibu-ibu mengandung, adalah digalakkkan untuk mengambil kurma dalam diet harian mereka. Di dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini. Ayat ini merujuk kepada peristiwa ketika Maryam mengandung Nabi Isa a.s sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا


“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah membawakan perkataan ‘Amr bin Maimun di dalam tafsirnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih baik bagi perempuan nifas kecuali kurma kering dan kurma basah”

Ruthab (kurma basah) mencegah terjadinya pendarahan bagi perempuan-perempuan ketika melahirkan dan mempercepat proses pengembalian posisi rahim seperti sedia kala sebelum waktu hamil yang berikutnya. Hal ini karena dalam kurma segar terkandung hormon yang menyerupai hormon oxytocine yang dapat membantu proses kalahiran.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kandungan Hormon Yang Menguatkan Ibu Mengandung:

1) Zat Besi dan Kalsium - Bermanfaat untuk menghasilkan hemoglobin dan sel darah merah, sehingga akan sangat melindungi ibu hamil dari kekurangan sel darah merah atau anemia. Kalsium yang terdapat di dalam sari buah kurma juga membantu menguatkan tulang ibu dan membantu pertumbuhan tulang,gigi serta mengaktifkan sel-sel otak janin. 
2) Hormon Potuchin - Hormon ini berfungsi untuk mengikat rahim dan otot rahim sehingga dapat membantu mengurangi pendarahan lepas melahirkan. Ianya juga akan membantu dalam penghasilan susu ibu. 
3) Hormon Oksitosin - Membantu dalam merangsang rahim ibu ketika bersalin sekaligus membantu kelancaran proses kelahiran. Ianya juga bermanfaat untuk mengeringkan rahim dan meningkatkan kekuatan otot. 
4) Kandungan Fiber atau Serat Yang Tinggi - Fiber memiliki manfaat untuk memperlancar proses pembuangan, sehingga pada saat persalinan, tidak ada sisa-sisa makanan yang berbentuk tinja menumpuk di usus dan memperlambatkan proses persalinan. Ia mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus dan membantu melindungi selaput lendir usus dengan mengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
5) Pembekal tenaga - Kurma akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Semasa bayi dilahirkan,kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.

~~Diolah dari artikel asal di http://myibrah.com/khasiat-kurma-pada-ibu-mengandung~~


Lawati online store makanan sunnah ==>>
http://saudagar-sunnah.blogspot.com/

Like kami di Facebook ==>>
http://www.facebook.com/pages/Kedai-Saudagar-Sunnah/393931900690160

3 comments:

  1. Salam,

    1- Telah tersebar suatu hadis palsu yang berbunyi:
    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”

    2- Hadis ini adalah mawdhu`.

    3- Hadis ini telah diterjemah secara liar oleh orang yang tidak bertanggungjawab, kerana teks asal hadis palsu ini dalam bahasa `Arab lebih pendek.

    4- Teks “yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya” dalam teks asal hadis palsu ini hanya terdiri daripada satu kalimah iaitu حليما tetapi telah diterjemah dengan begitu liar.

    5- Az-Zahabiy menyebut hadis palsu ini dalam Tartib Al-Mawdhu`at (224) dan menyebut terdapat seorang perawi kazzab (penipu).

    6- Al-Albaniy menyebut sebagai mawdhu` dalam Adh-Dha`ifah (234).

    7- Al-Khatib Al-Baghdadiy menyebut dalam Tarikhnya (8/362) bahawa terdapat perawi kazzab (penipu) yang mencuri hadis.

    8- Ibnu l-Jawziy menyebut dalam Mawdhu`atnya (3/176) bahawa hadis ini la yasihh (tidak sahih).

    WaLlahu a`lam.

    ReplyDelete
  2. Pati sarang burung walit. Membantu mwngurangkan kahak dan batuk..mengubati
    penyakit asma..sesuai utk wanita mengandung dan juga bayi dalam kandungan.
    Mengurangkan kesan nikotin kepada perokok dan mengurangkan serangan barah.

    Tanpa bahan pengawet.Muslim produk.

    pati sarang burung rm90.00
    sarang burung 3btol rm20.00
    sarang burung 1gram rm8.00

    blh hubungi sya 0149705845 shah.

    ReplyDelete
  3. First time sy tau pasal hadis ni plasu..tq pada pengomen terdahulu.
    Apapun kepentingan penjagaan semasa hamil sangat penting.
    Jemput melawat blog saya

    ReplyDelete