Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi Jumaat yang
menguji….kenapa Allah menguji kita? Sepatutnya hari Jumaat yang merupakan
penghulu segala hari haruslah menjadi titik permulaan perkara kebaikkan untuk
setiap dalam diri umat Islam....pencetus segala kebahagiaan dan
ketenangan....tetapi pagi hari ini, saya diuji – diuji dengan sikap manusia
sekeliling saya.
Allah uji saya
dengan saya terpaksa mengadap sikap manusi. Pagi ni saya terjaga dari tidur
agak lewat. Saya tak dapat
nak buat perkara-perkara rutin yang biasa saya lakukan....akibatnya ada sedikit
’pertikaian’ dari insan-insan lain....dek kerana terlambat jugak, ada beberapa
rutin yang memerlukan saya untuk meminta pertolongan dari insan lain.
Walaubagaimanapun saya tidak mendapat pertolongan itu, alasan yang diberinya
tidak dapat saya terima. Saya memikirkan bahwasanya saya dah banyak berkorban,
melakukan pelbagai perkara...takkanlah minta pertolongan kecil macam itu pun
tak dapat nak beri.....memang tak puas hati bila memikirkan bahwasanya IT’S ALL
ON ME, ME ME ONLY! Pabila saya susah, takde orang pun nak tolong....I
feel I am all alone facing all of the situations.....
Deep down in my heart, saya mempertikaikan ujian dari Allah
ini. Saya kerap berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk terus bersabar dengan
ujian….saya solat, tambah sedikit solat sunat dan baca Al-Quran
hari-hari….Allah, kenapa Kau susahkan aku dengan jumpakan aku dengan
orang-orang sikap sebegini?? Kan bagus hidup
aku smooth ajee, semua orang baik-baik…kan
bagus kalau aku tak terlewat bangun pagi tadi, takdelah aku menghadapi situasi
yang macam ini…..aduss…kenapa Ya Allah….kenapa……
Uhuhuhuhu……sudah asiah, sudah…..kata-kata memujuk diri
sendiri di bawah….
Asiah, Allah sayang pada kau, sebab tu Allah uji….kau dah
banyak berdoa, banyak baca Al-Quran, banyak dengar ceramah agama, bacaan
Al-Quran…kau tinggalkan kebanyakkan kongkongan dunia (walaupun kegemaran kau
menonton rancangan tv yang melalaikan masih belum dapat kau tinggalkan
sepenuhnya…..)…Allah uji untuk tengok ‘prestasi’ kesabaran dalam hati kau,
prestasi iman dan taqwa kau…..kan
ada ayat Al-Quran berbunyi…
Apa lah
asiah...tak sabar langsung!! Ujian kecil macam itu pun tak dapat nak
handle....mender lah kau ni....nanti Allah tarik balik nikmat-nikmat yang
lain...tak bersyukur langsung....
Nauzubillah....pedihnya
hati, tak tenangnya hati.....sepatutnya saya lebih bersabar pagi tadi, carik
solution terbaik untuk selesaikan rutin-rutin, bukan membesarkannya
lagi...sekarang, saya sendiri menyesal, hati pun tak keruan...padan dengan muka
saya!
Yakinlah asiah,
Allah akan sentiasa bersama dengan kau...Tawakal kepada Allah...Allah takkan
sama sekali mempersia-siakan segala kesabaran, tawakal, amak kebaikkan dan amal
ibadat hambaNya....Yakinlah asiah.....! Pabila kau rasa diuji – senyumlah,
sabarlah, tawakal kepada Allah.
Ape lah
Asiah....dah, lepas ni jangan buat lagi...usaha yang terbaik demi kebahagiaan
dunia dan akhirat...demi keluarga, anak-anak....demi syurga yang abadi....
Ya Allah,
ampunilah dosaku! Izinkan aku memulakan langkah ini kembali......
No comments:
Post a Comment