Thursday 24 October 2013

Alhamdullilah.....saya masih di sini, hari ini!

Bismillahirrahmahirrahim.

Sekian lama tak menulis sesuatu dalam blog ini. Seperti biasa kehidupan sehari-hari dipenuhi dengan pelbagai rencana kehidupan - yang dirancang, tak dirancang....semua terjadi atas kehendak Allah Taala, dengan izinnya, dan ada hikmah disebalik setiap kejadian.

Apa terjadi sekian lama ini.....kerjaya kesayanganku!

Alhamdullilah, dalam tak sedar, saya sudah bergelas lecturer more than 14 weeks! Dan sekarang sudah musim exam di kolej saya....masih menanti debaran outcome from air tangan saya yang pertama....ini pertama kali saya mengajar dalam seumur hidup saya, 31 tahun. Pertama kali mengajar, dan terus mengajar pelajar lepasan STPM, yang mengambil jurusan degree di sini, berbekalkan ilmu sederhana saya dari segulung ijazah dan master. Insya Allah, saya memang dah cuba yang terbaik...mengajar student berjumlah 137 orang + 65 orang....diduga berkali-kali dengan senarai dateline kerja - lecture materials, tutorial exercise, assignment, presentation final yr students, tests....coursework mark....sepanjang bekerja jugak, 2 kali saya dimasukkan ke hospital - sebab keracunan makanan & demam panas + darah tinggi + asma....ujian & dugaan.....silih berganti....




Tapi ujian & dugaan ini manis...sebab inilah impian dan cita-cita saya dari dulu, bergelar lecturer! 

Ya Allah, semoga saya kekal di jalan ini, semoga Kau murahkan rezeki aku supaya dapat aku terus mengajar sebagai lecturer.....walaupun ada sedikit kegusaran & kerisauan coz status jawatan cuma kontrak di kolej ni, tapi aku tahu sesungguhnya hal rezeki ini dari Engkau Ya Allah, tolong tetapkan aku di jalan yang mulia ini - menuntut ilmu & mencurahkan ilmu....sesungguhnya inilah jalan terbaik yang diberkati dunia dan akhirat.

Dan semoga impian untuk sambung belajar ke peringkat PHD jugak akan tercapai!

Dan keluarga yang dikasihi.....

Anak-anak pun dah semakin membesar...memang terasa betapa lajunya masa berjalan...


Aiman, dah selesai exam darjah 1 - sekolah kebangsaan & KAFA....so far result sekolah kebangsaan ok, semua dapat A, 3-4 subjects dalam 90% ke atas, cuma English sahaja, masalah sket - cuma 58%! Owhhh Aiman, anak kesayangan ibu, anak sulung ibu....cuti sekolah 2 bln akan datang ni kita baca buku English byk2 key?


Aidil, dah nak masuk tadika 5 tahun. Seperti biasa hantar ke PASTI AMAL, tempat lama Aiman belajar tadika 5-6 tahun....so far saya puas hati dengan pembelajarannya...Aiman by the time masuk darjah 1 dah boleh membaca dan mengira....risau jugak dengan size badan kecil Aidil utk nak ke sekolah..macam bakal dibuli aje...semoga di jauhkanlah......

Alia, anak daraku sorang, 2 tahun sudah usianya...Masya Allah, semakin membesar, semakin dewasa. Dah pandai bergaduh dengan abang-abangnya...lain sedikit anak bongsu ni, memang terserlah watak perempuannya sekarang - dah mandi nak pilih baju sendiri, nak pakai minyak wangi, serbi serbi nak buat sendiri - nak bukak pintu, pakai baju sendiri....it's good, tapi kekadang rasa dia masih kecil, walaupun kematangannya memang terserlah!

Ada husband yang memahami & banyak membantu, ada emak kesayangan dunia akhirat yang jugak menjadi sumber nasihat & menghulurkan bantuan tak kira waktu! Alhamdullilah....

Masih mencari diri & memperbaiki diri

Iman, masih lemah...mudah alpa, mudah lalai, mudah lupa, careless, kerapkali terlupa bersyukur....masih mencarik kehidupan sebenar yang membawa penghidupan bahagia abadi dunia akhirat....

Dan saya takkan putus asa!


tips berjaya


No comments:

Post a Comment