Sunday 27 October 2013

Kehilangan tragis - Kematian itu hak Allah.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Rentetan kematian pegawai bank Ambank dalam kejadian rompakan 24/10/2013. Kematian seseorang yang bergelar ibu.....

Rasa sedih...teringat kerjaya saya 3 tahun lepas. Saya juga merupakan pegawai bank, cuma saya bertugas di bahagian belakang - back end processed....sememangnya inilah antara risiko pekerja bahagian kewangan...

Berita di bawah yang paling latest. Sehingga ke hari ini, 28/10/2013, si perompak masih bebas & belum tertangkap....


Ya Allah, semoga yang melakukan kejahatan berjaya ditangkap & diadili dengan hukuman yang setimpal...
Ya Allah, semoga Kau ampunkan dosa arwah yang menjadi mangsa, tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman...
Ya Allah...semoga Kau berikan ketabahan, kesabaran & kecekalan hati kepada ahli keluarga mangsa - suami & anak-anaknya yang masih kecil...
Ya Allah...Ampunilah dosa kami seluruh umatMu.....
Ya Allah...dan semoga Kau lindungi aku & keluargaku dari tragedi & dugaan hebat ini...
Dan sekiranya kami diuji, Kau kurniakanlah hati yang sentiasa tabah, sabar, tenang, cekal menghadapi segala ujian & dugaanMu.....Dan Kau turunkanlah pertolongan & bantuanMu di kala kami menghadapi kesukaran & kesusahan...

Sesungguhnya dari Engkau kami datang, dan kepada Kau kami kembali......

Al-Fatihah.....


al-fatihah


(GAMBAR) ARDI HAMZA – SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK SUBANG JAYA (dari sumber berita http://www.currentlife2u.com/2013/10/28/12-gambar-ardi-hamza-suspek-kes-bunuh-pegawai-bank-subang-jaya/)

Menurut laporan sebuah portal,Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan motorsikal.


Norazita sudah bekerja dengan bank tersebut selama 16 tahun, iaitu ketika berumur 21 tahun. Semasa kejadian, hanya Norazita dan empat kakitangan wanita bank diiringi pengawal keselamatan bersenjata itu ke bilik peti besi tersebut.

Ardi Hamza1Menurut laporan sebuah portal,Pada 24 Oktober lepas, seorang pegawai bank, Norazita Abu Talib, 37, telah ditembak mati di bahagian kepala oleh seorang pengawal keselamatan sewaktu membuka pintu kebal sebuah bank di Subang Jaya. Pengawal keselamatan tersebut, Ardi Hamza, 37, pada masa itu ditugaskan untuk mengawal sewaktu pintu bilik kebal dibuka untuk staf bank menyimpan wang dan memeriksa kira-kira sebelum bank ditutup. Dia kemudiannya mengambil sejumlah wang dari peti bilik kebal sebelum melarikan diri menggunakan motorsikal.

Norazita sudah bekerja dengan bank tersebut selama 16 tahun, iaitu ketika berumur 21 tahun. Semasa kejadian, hanya Norazita dan empat kakitangan wanita bank diiringi pengawal keselamatan bersenjata itu ke bilik peti besi tersebut.
Nuffnang Ads

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang, selepas waktu bekerja biasa dalam keadaan hujan ribut baru melanda Kuala Lumpur. Ardi membawa senjata yang dipanggil pump-gun. Ardi sebenarnya bekerja di bank bersebelahan dan dikatakan menggantikan pengawal keselamatan bank tempat kerja Norazita yang bercuti pada hari itu.

Ardi mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia nombor 770818-12-6721 dengan alamat tercatat, Jalan Apas Batu 2 No. 70 Tawau Sabah. Pihak polis mendapati nama dan kad pengenalan pengawal itu tidak ada di dalam sistem mereka dan dipercayai palsu. Ardi didapati berasal dari Sulawesi, Indonesia, dan berada di negara ini dan menggunakan kad pengenalan palsu sejak dua tahun lalu.

Jumlah wang yang dirompak oleh Ardi ialah RM 450,000 dan setakat hari ini Ardi masih bebas dan dipercayai masih memiliki pump-gun yang digunakan untuk membunuh Norazita. Tiga orang ahli keluarga Ardi, dua orang lelaki yang juga bekerja sebagai pegawai keselamatan dan seorang wanita dipercayai isteri suspek telah ditahan reman oleh polis, dipercayai bersubahat dengan beliau memandangkan suspek ada meninggalkan wang berjumlah RM 30,000 kepada wanita tersebut.


Mereka yang terserempak, nampak atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999.

No comments:

Post a Comment