Wednesday 20 November 2013

Ahmad Ammar - dari nota Ustaz Nasir (FB)

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah....nak hidup macam ni supaya bila mati macam ni!!!


APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

ahmad ammar


Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi.

Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Subhanallah!!

Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....

Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......

Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang.

Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Semoga rohmu tenang di sana di sekeliling bidadari....Al-Fatihah.



No comments:

Post a Comment