Wednesday 6 November 2013

Al-Khawater - pendedahan yang membuka mata & minda!

Bismillahirrahmanirrahim.

Teringat beberapa hari lepas saya menonton satu episod Al-Khawater - Ahmad Al-Sughairy. Sebenarnya sebelum nie memang ada menonton beberapa rancangan Ahmad Al-Sughairy yang dari tanah Arab ni, cuma episod kali ni agak menyentak pemikiran saya & rasa bagai ditampar....penggunaan nya dengan hanya menggunakan pengiraan biasa matematik & menunjukkan beberapa statistik, tetapi memang menarik...bagi saya, sesiapa yg menonton tapi tak merasa apa-apa, ntah kemana lah perginya sifat hati seorang hamba Allah.....


Puas mencari episod ni dalam Youtube atau mana-mana website, tapi tak berjumpa...at last saya terfikir nak cuba kira sendiri & tunjukkan di sini.....

SAYA TIADA MASA?

Antara sebab musabab kenapa episod ni amat menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan penggunaan masa. Masa itu emas...itu yang diulang-ulang dari dulu hingga sekarang...tapi sejauh mana kita aplikasikan penggunaan masa dengan sebaik-baiknya sekiranya kita mengatakan masa itu emas....

Saya tiada masa nak exercise, sebok kerja.........
Saya tiada masa nak check kerja sekolah anak, banyak kerja rumah lain.......
Saya tiada masa nak masak, balik kerja lambat......
Sambung belajar, ambil kelas tambahan? Saya tiada masa.....
Mengaji? Solat sunat? Membaca? Saya tiada masa.....


Itulah baik-bait ayat yang diulang-ulang oleh Ahmad Al-Sughairy dalam episod kali ni....yang menarik perhatian ialah bagaimana dia merumuskan peratusan penggunaan masa dalam hidup manusia berdasarkan statistik-statistik lain...dikaitkan dengan pengkajian & analisis yang lain...

FAKTA 1: Manusia purata hidup sehingga usia 60 tahun. 
Saya tambah sedikit berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri. (Sudah 31 tahun usia saya....saya harap ia memadai). Bagi saya tempoh kematangan hidup manusia ialah 12 tahun...maknanya menjelang usia 12 tahun barulah manusia boleh membezakan apa yang baik, apa yang buruk....

So,usia hidup manusia yang bakal dikira ialah 60-12 tahun = 48 tahun.

1 tahun = 365 hari = 24 jam X 365 = 8760 jam (pengiraan tanpa mengira tahun lompat ye, randomly aje).

FAKTA 2: Secara puratanya, manusia tidur 8 jam sehari (petang & malam). 
Jadi, selama 48 tahun, manusia tidur = 8 jam X 365 hari X 48 tahun = 140160 jam.
140160 / 8760 = 16 tahun. 
Bermakna, selama 48 tahun, manusia telah habiskan waktu tidur selama 16 tahun!

FAKTA-FAKTA LAIN: Saya ringkaskan seperti di bawah untuk aktiviti-aktiviti biasa manusia iaitu menonton televisyen, internet, solat, traffik jem, solat dan lain-lain. Saya ambil data ni based on experience saya sendiri aje...tiada ambilan survey secara terperinci....suka-suka aje letak berapa....nak test tengok berapa tahun saya dah guna masa saya.....

masa manusia

masa manusia  
 
Data based on experiences saya sendiri aje...beginilah cara manusia habiskan masa...dalam 48 tahun; 16 tahun untuk tidur, menonton tv 6 tahun & internet 8 tahun.....yang paling menyedihkan bab solat - cuma 1 tahun aje dalam 48 tahun! Itupun purata waktu solat 5 waktu sehari semalam, selama 30 minit sehari.....bandingkan solat dengan tidur, tv & internet....Ya Allah....malunya, mcm mana kita gunakan masa ni??

Kalau ikut rancangan Al-Khawater, statistik menunjukkan manusia habiskan masa purata 4 jam sehari tersangkut dlm traffic jam....so kalau selama 48 tahun? Kira lah sendiri.....dalam 4 jam, manusia, lebih-lebih lagi orang Islam boleh membaca Al-Quran & khatam berkali-kali..boleh baca banyak hadis & kitab lain....dan yang paling best skali, boleh siapkan SATU KAJIAN PHD sekiranya hari-hari tersangkut dlm jem selama 48 tahun!.....

Saya lebih tertarik dengan fakta mengenai PHD ni coz saya mmg ada hasrat nak sambung PHD suatu hari nant. Cuma ada kekangan kewangan & faktor masa sahaja (isu masa jugak?....?...???)

So, mana perginya logik alasan manusia yang mengatakan SAYA TIADA MASA?

Semoga jadi pedoman & ikhtibar untuk saya & kita semua.

No comments:

Post a Comment