Monday 4 November 2013

Hijrah Yang Tertunggak

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdullilah, 1 yr has passed since 1434H menjengah diri...menulis di awal pagi 1435H memang menenangkan. Banyak perkara yang dah settle in term of career (students in final exams), & tugas-tugas lain. Cumanya saya masih belum berpuasa hati dengan NKRA - KPI diri saya sendiri....HIJRAH! Masih belum terlaksana secukupnya as what I want. Banyak perkara yang saya cuba nak buat tapi tak buat-buat.....

nak jadi baik

Nak berhijrah ke arah kebaikkan - Allah S.W.T & Rasullullah S.A.W sentiasa di hati. Ilmu dicari tanpa henti.....istiqamah dalam amal ibadat. Sentiasa watch my own NIAT - NAWAITU...Ikhlas kerana nak mendapat redha Allah...mengutamakan orang-orang sekeliling saya - sabar, tabah - dengan keluarga, sahabat...menjaga hati mereka terutama syurga utama saya - hubby & mak-mak (including mertua)...saya memang tak puas hati rasa susah sungguh nak berhijrah ni.....



Satu ilmu yang saya dapat hari ini....IKHLAS...ape-apa pun kena ikhlas dalam berbuat sesuatu, baru kita mampu untuk berisitiqamah. Jauhkan dari niat untuk mendapatkan ganjaran e.g pujian dari manusia, boss, keluarga....niat nak dapatkan sesuatu e.g. duit lebih dan sbgnya....

Bila niat nak IKHLAS, baru kita mampu ISTIQAMAH....consistent dalam melakukan penghijrahan ke arah kebaikkan. Tak guna kalau mula-mula sahaja bersemangat...selang beberapa lama, ianya makin layu, makin jauh...biarlah konsisten kebaikkan yang kita buat..sepanjang tahun, sepanjang hidup sehingga menutup mata buat selamanya...

Dan yang penting jugak, jauhkan dari MELAMPAU...OVER, beyond your limit...kerana keterlampauan itulah yang membuatkan seseorang itu amat susah nak ISTOQAMAH....

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertaqwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman”. (Surah Al-Maidah, ayat: 87-88)


hijrah diri

TIPS HIJRAH DIRI~~rasanya pernah tulis dalam tahun lepas, ulang semula~~
1. NIAT KERANA ALLAH
2. LETAK TARGET
3. MENCARI SUASANA & RAKAN YANG BAIK
4. BERSABAR DENGAN CEMUHAN
5. BERDOA KEPADA ALLAH
6. ISTIQAMAH



No comments:

Post a Comment