Tuesday 5 November 2013

Mode: I WANT HIJRAH!

Bismillahirrahmanirrahim.

Masih dalam mode Maal Hijrah..bukanlah sebab hari ni merupakan cuti public holiday tetapi hati masih rasa gundah gulana, tak keruan...


Tahun 1434H menyaksikan beberapa ujian yang saya lalui...ujian getir saya dalam career saya (berhenti kerja), ujian getir dari segi kewangan, cabaran saya memulakan langkah baru (yang mana akhirnya menemui kegagalan) & saya turut melalui saat-saat 'emergency' di mana Allah turunkan saya pertolongan & bantuan dalam saya mengharungi kesukaran saya...benarlah janjiNya di mana Dia akan menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang mampu dipikul.....

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 
(al-Baqarah 286)

Alhamdullilah...Alhamdullilah....Alhamdullilah....semuanya saya berjaya harungi...dan saya masih diuji...Diuji ketika saya sedang mahu berhijrah...



Insya Allah, azam saya tahun 1435H......nak menjadi hamba Allah yang sentiasa mengutamakan hakNya dalam segala hal...zikir selalu di mulut, hati & akal fikiran sentiasa memikirkanNya...ikhlas berbuat semua perkara kebaikkan semata-mata untuk mencari redhaNya....sunnah Rasullulah S.A.W diangkat no.1, sepanjang masa, 24 jam, 7 kali seminggu.....mentaati suami saya - titik tolak status syurga akhirat saya nanti....mengutamakan keperluan keluarga - anak-anak & mak-mak saya.,..mengutamakan keperluan orang lain (memberi adalah lebih baik dari selalu menerima...)...memperbanyakkan sedekah jariah....menambahkan ilmu pengetahuan dalam segala-gala bidang.....nak berjimat cermat (dengan situasi ekonomi sekarang, harga barang semakin naik, perlukan perbelanjaan berhemah)...tidak melampaui batas dalam segala hal, bersederhana lebih baik.....sentiasa sabar dengan kerenah manusia.....nak sambung PHD (Insya Allah)...nak sebarkan ilmu kebaikkan sebanyak mungkin (via blog or kepada student-student saya)....dan banyaknya Masya Allah....banyak,tapi terkadang memang timbul keraguan...mampu ke saya buat ni??

Perlu diingatkan, azam-azam yang di senaraikan di atas adalah senarai yang lebih kurang sama dengan yang tahun lepas....saya rasa cuma dalam 20-30% sahaja yang tercapai...YA ALLAH, kena lebih gigih lagi membentuk diri.....Insya Allah....

Saya tak sempurna dan masih mencari-cari kesempurnaan itu...semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus utk saya! I WANT HIJRAH!

No comments:

Post a Comment