Showing posts with label Solat Tiang Agama. Show all posts
Showing posts with label Solat Tiang Agama. Show all posts

Saturday, 23 November 2013

Kisah sebuah keluarga Ahlullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkongsian dari FB Page Info Masalah Wanita.

Kisah sebuah keluarga Ahlullah

Gambar Ihsan dari FB Page
Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.

Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.

Pada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.

Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.

Monday, 28 October 2013

KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA ~ credit to IKIM.FM

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya memang penggemar Radio IKIM.FM. Bukak aje radio kat rumah, kat dapur or dalam kereta, ini memang radio no.1 pilihan saya....pengisiannya yang menarik. Hati, akal fikiran & minda manusia mudah lalai & lupa...sebab tu pengisian rohaniah kena yang betul....supaya ada yang selalu mengingatkan mana-mana yang terlupa....terlupa betulkan niat (biarlah sentiasa ikhlas kerana Allah), terlupa nak baca doa, terlupa nak zikrullah...jadi kita gunakan apa sahaja kelebihan & nikmat yang diberi oleh Allah ke arah saluran yang betul...supaya ada hikmah & faedahnya....contohnya menggunakan laman Facebook sebagai medan dakwah...bukannya laman perkongsian hidup semata-mata...




Antara yang best dalam IKIM ialah sajak KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA. Selalu diulang-ulang...cara pembacaannya menarik, sadis & boleh menyentuh hati sesiapa yang mendengar. Banyak point menarik...yang penting, ianya menekankan solat adalah perkara yang teramat penting dalam kehidupan seorang muslim...tak guna berjaya dalam kerjaya, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam business...miliki harta yang melimpah-ruah...tapi kalau tak solat, kalau dahi tak pernah mencecah sejadah di dunia, semua nikmat yang dikurniakan Allah Taala tiada gunanya...

Di sini saya sharekan...


KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA ~ credit to IKIM.FM

Bersihkanlah Dirimu Sebelum Kamu Dimandikan 
Berwudhu'lah Kamu Sebelum Kamu Diwudhu'kan 
Dan Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan 
Tutuplah  Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan 
Dengan Kain Kafan Yang Serba Putih 
Pada Waktu Itu Tidak Guna Lagi Bersedih 
Walaupun Orang Yang Hadir Itu Merintih 

Selepas Itu Kamu Akan Diletak Di Atas Lantai 
Lalu Dilaksanakanlah Solat Jenazah Dengan Empat Kali Takbir Dan Satu Salam