Beberapa hari lepas, try buat roti jala - cubaan yang ke-4. Sebelum tu ada try buat beberapa kali, tapi tak jadi sangat.......Makanan ni favourite family, kene ler belajar buat kan? So today nak share resepi roti jala, macam mana nak dapat roti jala yang lembut, mudah di jala, sampai besok pun masih sedap di makan...tapi kalau memang sedap sampai besok pun tak sampai kott.....:)). Resepi nie amik dari MYRESEPI.COM (macam biasa, ensiklopedia resepi saya), plus, ingat-ingat lupa petua dari mak...terima kasih mak!
ROTI JALA
4 cawan tepung
4 cawan air
4 biji telur (Gred C, kalau Gred A 3 biji pun dah cukup)
1/2 cawan marjerin cair (kalau tak cair pun takpe, coz nanti nak blend semua ni)
secubit serbuk kunyit (nak bagi warna kuning)
secubit garam
2 senduk susu cair
Campurkan semuanya di atas, blend sampai betul-betul sebati. Lepas tu tapis coz nak buang kalau-kalau ada bendasing or yang tak sebati. Lepas tu boleh ler start menjala.......SIAP!
TIPS saya:
- Banyak mana sukatan tepung, adalah sama banyak dengan sukatan air.
- Telur membantu untuk dapatkan roti yang lembut. Saya pernah guna 2 biji telur je, tapi tak jadi sangat. Jadi keras dan terlampau garing. So hilang bentuk 'jala'nya.
- Susu cair bagi roti jala rasa lemak-lemak manis. Ada sesetengah orang suka guna santan. Memang lagi sedap, tapi takut cepat basi.
- Kalau nak cepat habis, menjala la pakai 2 kuali. Api sederhana besar, tapi kene jaga takut-takut hangus plak.
Saya mengalu-alukan sebarang komen, penambak baikkan ataupun kalau-kalau ada petua-petua lain coz sentiasa ada ruang untuk membaiki kan? So kalau ada apa-apa komen or additional petua untuk resepi ni boleh ler share bersama key?
Akhir kata, jangan lupe singgah ke online kidswear store saya beralamat dibawah, ada banyak pilihan menarik & fashion untuk kanak-kanak.
Sekian, terima kasih kerana sudi singgah. Wassalam.

tak berape menjadilah saya tengok dlm gambar tu ,tapi sedap nampak..
ReplyDeleteHaah laa zack kool..jala nya mmg tak jadi sgt...bru beberapa kali buat, skrang pun masih tgh belajar...hehehe...:))
Delete