Thursday, 9 August 2012

IMAN - Mati....Hidup Semula!

Assalamualaikum. Dimulakan dengan Alhamdullilah.......

Nak tidokan Alia, dengan Ibu sekali tido.......
Rupa-rupanya rengekan Alia malam tadi ajak tido cepat ada hikmahnya....tido seawal jam 9 malam becoz anak kecik nie merengek-rengek. Badan macam suam-suam kuku - macam nak demam, tapi tak demam...so sebab tu meragam ajak tido cepat. Anak kecik saya umur 1 thn nie kalau nak tido mesti di peluk (oleh sesiapa pun, either ibu or ayah nya). Sambil peluk tu, tepuk-tepuk lembut di bahagian punggung. Alia pun akan mengutil / main-main hujung baju ibu & menghisap ibu jari tangan satu lagi. Kebiasaanya, ibu or ayah akan tertidur sekali.....:))



Akhirnya saya tido dalam keadaan belum solat Isyak........

Terjaga kerana 'dijaga'......
Since dah tido agak cepat, saya terjaga kembali agak awal, tengok jam pukul 2.30 a.m....errmmm rasa memang malas nak bangun...memang indah dapat sambung tidur. Anak-anak yang lain pun dah tidur lena - syukur suami yang balik kul 11 tolong sambung uruskan anak-anak. Tapi entah kenapa, rasa macam nak bangun...terlupa langsung yang saya belum tunaikan solat isyak.

Bangun, benda pertama saya capai handphone business, lepas tu organizer, lepas tu galaxy tab (ni benda-benda yang penting dalam hidup saya, kalau takde, gelabah gakk). Duduk kejap mengadap anak sulung tido, lenanyaaa die.......then baru dengar macam ada suara...WEIII TAK SOLAT ISYAK KE?? KAU DIKEJUTKAN BUKAN SAJA-SAJA, SOLAT LAH WEII! KANG KALAU TAK BANGUN TERUS PADAN MUKA! MATI LAH DALAM KEADAAN BELUM SOLAT ISYAK! BAWAK LER DOSA TU TERUS KE KUBUR!!

Nauzubillah.....baru teringat, solat isyak belum lagi.....amik air sembahyang, tunaikan kewajipan yang satu....

Plus....ALHAMDULLILAH....Dah lama tak buat yang nie, rasa-rasanya last buat dalam 1-2 bulan lepas....
SOLAT TAHAJUD.....
SOLAT TAUBAT.......
SOLAT HAJAT..........
Baca Yaasin - sedekah kan untuk arwah ayah, Mohd Akhir Bin Itam Leman - ni last buat dalam last week....
Sambung baca Al-Quran......dapatlah dalam 3-4 page....
zikir Astaghfirullah 100 X, Subhanallah 100 X, Alhamdullilah 100 X, Allahuakbar 100 X.......

Dan semua ibadat nie saya buat dalam 1 jam sahaja, tak lama kan? Setakat 1 jam dalam sehari yang ada 24 jam.....

Alhamdullillah, anak-anak takde plak yang bangun merengek - since saya dah tak tido lagi sebelah diaorang....amazing? For me, YES THIS IS AMAZING, Allah memang nak tolong saya...sebab saya dijagaNya! Allah tak nak saya terus tinggalkan ibadat ni walaupun saya dah lama tak buat!

Lepas semua settle sampai lah sekarang (selesai solat subuh), saya rasa lebih tenang, iman semakin mantap, lebih yakin dalam kehidupan untuk terus melangkah & teruskan perjuangan saya.

Iman pasang surut, naik turun.....apa kita harus buat?

Those yang saya buat are just some activities to re-energize your Imaan.......ada banyak lagi, tapi setakat ni, ini sahaja yang mampu saya buat......

Situasi IMAN MATI, HIDUP SEMULA ni perkara biasa dalam hidup saya...Hidup saya ada macam-macam ujian, warna, keadaan yang memang boleh mengubah kita sekelip mata sahaja, membuatkan kita mudah terlupa...kita tahu, perkara tu memang ada dalam minda kita, cuma kita terlupa dan terleka....

  1. Ujian dari anak-anak - hai lah anak-anak, dengan ragam macam-macam warna. Kadang-kadang terlupa nak istighfar, tasbih sebab leka menguruskan anak-anak. Kadang-kadang hilang sabar....
  2. Urusan rumah tangga - sebab terlampau sebok urusan rumah tangga, sampai lupa nak selitkan ibadah kepada Allah, contohnya solat sunat Dhuha. Padahal solat sunat Dhuha nie banyak kelebihannya - saya tahu, tapi terlupa sebab terleka dengan urusan duniawi.
  3. Ujian hiburan - yang ni memang yang paling susah. Untuk diri saya sendiri, saya cepat terleka bila menonton televisyen. Ditambah sekarang channel ASTRO saya ditambah suami - ada HBO, DISNEY, CITRA, WARNA......Adoyyaii suami, best, tapi ini lah yang banyak melekakan saya. Bila dah tengok tv, sampai melewat-lewatkan solat, sampai lupa masak dan macam-macam lagi lah....inilah keadaan surutnya iman. Itu belum lagi, sampai tengah solat pun dok teringat movie yang saya tengok tadi.....nauzubillah........
Anda sendiri macam mana?

Di bawah nie ada beberapa tips untuk memelihara / memantapkan / menjaga iman yang saya sendiri amalkan dan Insya Allah, saya berazam untuk nak terus amalkan. JANGAN KITA LUPA PADA ALLAH SEBAB ALLAH TAK PERNAH LUPA PADA KITA.......:))

  1. Al-Quran - jangan lupa baca. Baca hari-hari, kalau boleh dengan terjemahan. Saya sendiri ada 2 Al-Quran, Al-Quran biasa & Al-Quran terjemahan. Ketika baca, hayati keindahan ayat Al-Quran. Setiap satu huruf di baca satu pahala di catit. Dan ingatlah, Al-Quran juga mampu menjadi syafaat kita di akhirat, menjadi saksi kita untuk masuk ke jannah!
  2. Zikir - paling senang. Kat mana-mana pun boleh zikir, dalam kereta, tengah masak, tengah lari, tengah jogging, tengah beli kuih kat pasar ramadhan, tengah berkebun, tengah shopping (kalau dalam bilik air, dalam hati je tau?Hehehe). Paling senang - Astagfirullah (supaya Allah ampunkan dosa kita sepanjang masa), Subhanallah (memuji kebesaran Allah), Alhamdullilah (syukur atas kurniaan Allah), Allahuakbar (memuji kebesaran Allah). Sebut selalu nama Allah - Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah......Dan jangan lupa jugak, selawat & salam ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.
  3. Solat sunat - pada saya solat sunat paling simple ialah solat sunat Dhuha, rawatib, solat tahajjud, taubat, hajat. Ada banyak solat sunat yang lain yang boleh di amalkan.
  4. Baca bahan ilmu agama - sekarang saya suka beli Solusi, Anis. Baca memang tentu tak habis, tapi yang penting usaha & kemahuan. Sepanjang masa ada di tangan. Kalau di internet nie, saya suka baca pengisian di GentaRasa, LangitIlahi, ILUVISLAM, ISLAM itu Indah...dan macam-macam lagi...memang kadang-kadang terselit, baca pasal artis lah, apa lah, yang mengarut-ngarut. Tapi baca kejap aje, lepas tu cepat-cepat drag balik Imaan kita ke jalan yang 'asal' balik. Jangan mudah terbuai pulak! Kalau tv pulak, tonton rancangan keagamaan, macam dalam ASTRO OASIS & TVALHIJRAH. Banyakkk sangat pengisian menarik!

AL-Quran nie telah menemani saya dari zaman sekolah sampai ke hari ini - almost 15 tahun.



Ada banyak lagi cara lain, contohnya bersedekah sampai tangan sebelah tak tahu, berkawan dengan orang yang soleh, menghadiri majlis-majlis ilmu, sentiasa tawakal, tawaduk, istiqamah, melatih diri bersabar dan macam-macam lagi. Semuanya untuk mangasah Iman kasik tajam!

Dan yang paling penting, SENTIASA SABAR & JANGAN PUTUS ASA! UJIAN ITU PAHIT SEBAB SYURGA ITU MANIS!

Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang beriman & semakin teguh beriman sehingga ke hari akhirat. Semoga iman kita pada Allah sentiasa hidup, & tak mati mati, malah semakin segar bugar, sampai ke syurga Allah yang abadi.Amin!

Wassalam. :))
Ikhlas dari saya,
MY LITTLE CALIPH KIDSWEAR
http://mylittlecaliph-kidswear.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment