Hari nie kembali menyusun kehidupan. Baru teringat ada beberapa perkara masih tak settle lagi sebelum raya.
- Perlu check status registration dengan sekolah Aiman yang bakal dihantar darjah satu tahun hadapan.
- Perlu hanta Alia ke klinik untuk ambik imunisasi 1 tahun - Alia dah 1 tahun since last week.
- Ada beberapa postage yang harus di buat hari ini - perlu berkejar ke POSLAJU by this morning.
- Nak ganti langsir dengan langsir yang lain - bukan yang baru because langsir lama masih elok lagi & ada 2-3 set. So tak payah membazir untuk sambut raya
- Nak kemas rumah yang kembali berhabuk & buang mana-mana yang tak perlu
Walaupun saya tak bekerja & hanya menjawat jawatan sebagai surirumah tangga, tapi kerja saya memang tak pernah habis & harus disusun supaya can achieve the goal. Saya rasa semua surirumah tangga yang kat luar sana pun mesti setuju dengan saya.
Yang ni rehlah mata untuk bulan nie
Minggu depan dah raya. Persiapan raya hanya sederhana. Tak perlu membazir. Apa yang ada dan masih boleh digunakan & recycle balik - jimat cermat dalam berbelanja. Memang kadang-kadang rasa nak semua baru, tapi fikir balek 3-4 kali - TAK PERLU LAH ASIAH. SIMPAN DUIT TUU...MANA TAHU NANTI ADA EMERGENCY LAIN!
Saya tutup post ni dengan berkongsi 1 tips kehidupan yang saya baca dari buku dalam gambar tu.....Semoga jadi tauladan dan panduan uintuk kita bersama.
Wassalam.
"Perbaikilah kesalahan anda, perbaikilah tingkah laku anda, bertaubatlah di atas segala perbuatan maksiat anda, bukalah lembaran baru kehidupan anda dengan perjalanan hidup dan budi pekerti yang baik. Cucilah hati anda dari kedengkian dan bersihkanlah dari pengkhianatan. Kelak anda akan mengingat apa yang telah anda lakukan kerana makhluk-makhluk ibarat pena Allah dan seluruh manusia adalah saksi Allah di bumiNya. Jika mereka bersaksi dengan memuji anda, maka itu adalah khabar baik buat anda dan kesaksian ini diterima di sisi Allah yang Maha Esa. Namun jika mereka bersaksi dengan menyebutkan keburukan anda, maka anda sangat merugi di atas apa yang sedang menanti anda"
Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni
- ASSALAMUALAIKUM, Selamat Datang Kebahagiaan -


No comments:
Post a Comment