Dah nak masuk pertengahan September, tahun 2012, tapi saya masih belum menulis apa-apa dalam blog kesayangan nie. Banyak hal-hal yang lain perlu diberi perhatian lebih - keluarga, urusan rumah tangga, urusan bisnes, urusan amal-ibadat...penuh, full masa saya sehari-hari......:))
TANGAN TERLUKA-SAKITNYA ALLAH SHJ YANG TAHU.....
Tetiba teringat masa tangan terluka beberapa minggu lepas...terluka akibat terpotong pisau masa potong bawang. Terbelah & banyak jugak darah mengalir. Terus stop masak masa tu coz risau kalau-kalau darah termasuk dalam makanan. Darah pun tak henti-henti keluar.....akhirnya lepas tampal plaster, darah stop....
Petang tu anak lelaki ke-2 (usia 3 tahun) buang air besar & perlu dicebok. Masa tu lah bermula nya episod sakitt becoz tangan berlaga dengan alas bilik air yang berlubang-lubang tu (untuk tak kasik lantai licin). Sakitnya Masya Allah, Allah aje yang tahu...rasa nak menangis...tak tertanggung.....
Teringat masa nak bersalinkan anak lelaki si 3 tahun nie...walaupun dah 3 tahun berlalu, tapi masih segar di ingatan...
SAKITNYA SEORANG WANITA KETIKA MELAHIRKAN ANAK.
Masa anak first tahun 2006, saya tak sempat merasa kesakitan bersalin coz tetiba aje diserang demam panas. So doktor nasihatkan caesar dijalankan serta-merta untuk selamatkan baby dalam perut yang dikhuatiri turut demam. Kalau nak tunggu bukaan secara normal, lambat lagi, probably 7-8 jam coz anak first. So dalam tengah menahan demam tu, saya diusung ke OT (Operation Theatre) Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk pembedahan. Alhamdullilah, anak selamat, sekarang dah berusia 6 tahun. :)
Muhammad Aiman Hafiz dah 6 tahun - 2012
Masa anak ke-2, saya cuba untuk bersalin secara normal. Masa ni lah saya dapat merasakan betol-betol kesakitan yang teramat sangat untuk bersalin. Patutlah kelebihan orang perempuan yang dah melahirkan anak ialah TERAMPUN SEGALA DOSA-DOSA NYA SELAGI TIDAK MENYEKUTUKAN ALLAH....teringat kata-kata seorang sahabat beberapa tahun lepas - perempuan yang bersalin umpama dah melangkah selangkah kaki ke arah kematian sebab dah merasan betapa sakitnya nak mati....
Tapi akhirnya caeser jugak coz bukaan hanya sampai 7 cm shj...lepas 3 jam menunggu still 7 cm jugak...Oleh kerana saya ada experience caesar masa lahirkan anak first, doktor tak berani benarkan saya bersalin secara normal atau gunakanalat bantuan (vacuum ke, forceps ke) coz takut mencederakan luka lama. Dikhuatiri big baby jugak, so takut saya tak dapat nak push...so akhirnya caesar jugak. Lahirlah anak ke-2, Muhammad Aidil Hafiz. Tahun nie dah berusia 3 tahun....Alhamdullilah....
Muhammad Aidil Hafiz dah 3 tahun - 2012
Lepas tu, dah selamat bersalin secara caesar, cepat-cepat saya istighfar, addusss...apa lah yang sama cakap tadi....
Macam tu laa rasa sakitnya nak bersalin....sampai lupa semuanya, dan terfikir perkara yang bukan-bukan....NAUZUBILLAH MINZALIK....
RASULLULAH S.A.W INSAN MULIA, TIADA DOSA.
Teringat saya ada terbaca suatu artikel, bagaimana keadaan Rasullulah S.A.W, Nabi Muhammad menghadapi kematian....kalau tak silap baginda wafat ketika berusia 60 tahun. Walaupun baginda maksum, mulia, tiada dosa, baginda sendiri merasa betapa sakitnya ketika Malaikat maut mencabut nyawanya sehingga keluar peluh-peluh baginda menahan sakit...malaikat sendiri merasa sedih & tak sampai hati nak teruskan tetapi itulah hukum Allah - setiap yang hidup pasti akan mati dengan izin Allah.
Itu baginda Rasullah tu....yang mulia...dah confirm masuk syurga.....kita-kita yang amalan biasa-biasa ni macam mana ler gamaknyaaa.....??
(Read More tentang kewafatan baginda Rasullah S.A.W di :- http://suryadhie.wordpress.com/2007/07/02/renungan-shirah-nabawiah-nabi-muhammad-sa/ )
TAMBAHKAN AMAL, SEDEKAH JARIAH...SEMOGA MATI DALAM ISLAM & IMAN.
Jugak nasihat ini untuk saya & moga-moga ianya menjadi pedoman buat anda semua.....sakit nyaaa matiii...takkan boleh escape punyaa wooo......confirm semua akan kena!
Akhir kata, saya selitkan puisi kematian kat bawah ni....selalu dengar orang baca sajak ni kat radio IKIM.FM...thank you untuk tuan punya blog di bawah ni:-
http://shidah2020.blogspot.com/2011/01/puisi.html
PUISI KEMATIAN
Kematian,
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.
Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.
Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat kita jangkanya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.
Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku di pembaringan,
Tiada apa yang dapat kita lakukan,
Tiada harta yang kita bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.
Kematian,
Pabila jasad kita dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.
Suatu kemestian dalam kehidupan,
Setiap yang hidup pasti merasainya,
Tidak ada yang terlepas darinya,
Tidak kenal usia ataupun masa.
Kematian,
Amatlah ditakuti setiap umat manusia,
Apatah lagi yang tak beriman pada-Nya,
Kecuali yang sedia menantinya,
Dengan iman penuh didada.
Kematian,
Sentiasa menyelubungi kita,
Hanya masa, tempat, dan caranya,
Takkan dapat kita jangkanya,
Hanyalah ALLAH yang mengetahuinya.
Kematian,
Pabila jasad terkujur kaku di pembaringan,
Tiada apa yang dapat kita lakukan,
Tiada harta yang kita bawakan,
Hanyalah sehelai kain kafan.
Kematian,
Pabila jasad kita dikuburkan,
Ditimbus tanah ditinggalkan,
Dibaca talqin ilmu akhiran,
Hanya amalan menjadi teman.
Orait...sampai di sini....jangan lupa tambah amal kebajikan ye? Assalamualaikum....:)



No comments:
Post a Comment