Monday, 17 September 2012

SAYANG, KENAPA TAK NAK SOLAT?

BALADA UNTUK ORANG TAK NAK SOLAT.
Sesuai ditujukan untuk orang-orang yang kita sayang e.g. wife, asben, anak-anak, adik-beradik, kawan-kawan or etc. Yelah, kita sayang diaorang, takkan kita tergamak biarkan mereka terseksa dunia akhirat kan?

SAYANG, KENAPA TAK NAK SOLAT?
Sayang,
Kenapa Enggan Solat?
Kan Allah S.W.T suruh kita solat,
Kan Dia dah bagi macam-macam nikmat,
Nikmat rezeki, nikmat berkeluarga, nikmat sihat,
Malulah sayang,
Nikmat dikecap, tapi tak disyukuri...
PadaNya kita harus syukur dan kita ingat.......

Sayang,
Kenapa Tak Nak Solat?
Kan itu suruhan agama yang wajib,
Kan itu suruhan Allah S.W.T,
Kan itu adalah tiang agama kita,
Tertegaknya solat, tegak lah agama,
Semua kerja jadi small matter dengan izin-Nya....

Sayang,
Kenapa Abaikan Solat?
Kan solat tu sekejap je,
Takkan makan masa punya,
5 minit, 10 minit pun tak apa,
Kan masa itu kurnian Dia,
Apa salahnya pulangkan sikit padaNya,
Tanda ingatan kita......

Sayang,
Kenapa Malas Solat?
Kan solat tu mudah je,
Semudah A,BC, Semudah 1,2,3,
Anak-anak kecil boleh buat,
Inikan pulak yang dewasa, besar tak ingat,
Bukannya kena berlari, melompat,
Cuma berdiri tegak, rukuk, sujud, salam dan selawat.....

Sayang,
Kenapa Tak Nak Solat?
Kan Allah bagi peluang kat kita buat macam-macam,
Tengok lah T.V,
Dengar lah radio dan lagu,
Bermain lah macam-macam permainan,
Berbual lah dengan rakan-rakan, adik beradik, keluarga,
Bekerja lah mencari harta kekayaan,
Melancong dan berjalan lah ke sana, ke sini,
Shopping lah benda-benda yang kita suka,
Tidur dan berehat lah selama mana yang kita mahu,
Tapi, Jangan lah sampai tak nak solat.....

Sayang,
Kenapa Masih Tak Nak Solat?
Dalam solat ada ketenangan,
Dalam solat ada kesabaran,
Dalam solat ada pertolongan,
Dalam solat ada petunjuk jalan,
Dalam solat ada Tuhan,
Dalam solat ada kehidupan,
Takde solat, takde kehidupan,
Tak percaya? Cubalah solat....
Mesti jumpa jalan.....

Sayang,
Kenapa Berani Tinggalkan Solat?
Nanti bila nak mati macam mana nak mengucap,
Kalau seumur hidup tak pernah ada air wudhuk di badan, 
Kalau seumur hidup tak pernah takbirahtulihram,
Kalau seumur hidup tak pernah bongkok rukuk,
Kalau seumur hidup tak pernah dahi cecah sejadah,
Kalau seumur hidup tak pernah salam kiri kanan,
Kalau seumur hidup tak pernah syahadah dalam solat,
Nanti datang malaikat,
Macam mana nak ucap kalimah......

Sayang,
Nak tunggu apa untuk solat?
Takkan nak tunggu sakit baru nak buat,
Takkan nak tunggu dah lumpuh baru nak solat,
Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ingat,
Takkan nak tunggu negara dah perang baru kuat solat,
Takkan nak tunggu susah baru nak buat,
Takkan nak tunggu kiamat,
Takkan nak tunggu malaikat Izaril baru nak ucap?
Nanti dah terlambat.....

Sayang,
Jomlah solat.........
Sebelum terlambat.....
Sementara masih sihat dan ada nyawa di badan......

NUKILAN & TITIPAN IKHLAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG,
Norhasiah M.A
18 September 2012.
3.10 a.m.
Ingatan buat saya & semua......:)


No comments:

Post a Comment