Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sering kali kita mengeluh, merasakan diri terlalu lemah. Setiap kali itu kita rasakan hari esok tiada lagi. Hilang harapan. Resah dan gelisah. Bebanan di rasakan semakin menekan jiwa. Gelap dan semakin gelap.
Bagaimanakah mengembalikan cahaya di sebalik gelap? Bagaimanakah mahu bangun, bertatih, berjalan, jatuh, bangun, dan kembali berlari? Jawapannya ada dalam diri. Jangan tanya bagaimana, tapi tanyalah bila. Tanyalah bilakah kita mahu bangkit dan mensemarakkan semangat dalam dri. Kerana jawapan itu hanya kita yang mampu mengerakkannya.
1. Mulakan dari dalam diri
Tegaskan kepada diri sendiri bahawa kita mampu mengubah diri kita. Nyatakan pada diri sendiri bahawa kita yang memulakan perubahan kepada diri kita, bukan orang sekeliling, bukan majikan, bukan menteri, tapi kitalah yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada perubahan diri kita. Maju mundur, semuanya perlu dimulakan dalam diri.
2. Cari kekuatan
Setelah menyedarkan diri sendiri, carilah di mana kekuatan kita. Carilah di mana kelebihan yang berpotensi untuk menaikkan semangat, kelebihan yang menyakinkan, dan kelebihan yang membuka jalan untuk maju lebih ke hadapan. Bina kekuatan untuk terus teguh dengan keinginan untuk terus maju.
3. Positif dan aktif
Sentiasalah berfikiran positif sepanjang usaha. Jadikan kegagalan dalam percubaan pertama kedua ketiga, keempat, kelima, dan seterusnya sebagai pembakar semangat. Tidak semua orang berjaya pada percubaan pertama. Malah, ramai yang mencuba beratus-ratus kali sebelum mencapai apa yang mereka usahakan. Jangan jadikan masalah sebagai halangan. Jadikan masalah sebagai kekangan biasa sebelum mencapai kejayaan.
4. Membina rangkaian sokongan
Faktor persekitan sangat membantu dalam memberikan aura positif kepada kita. Carilah pendorong yang mampu menaikkan semangat. Bina rangkaian dengan orang-orang lain yang turut sedang cuba berusaha seperti kita. Sentiasa cuba memotivasikan orang lain, dan secara tidak langsung akan turut memotivasikan diri kita sendiri.
5. Ikhlas dalam usaha
Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Ikhlaslah dengan apa yang kita usahakan. Jauhi rungutan. Perbanyakkan sabar. Sesuatu yang kita laksanakan dengan ikhlas, akan mendapat kebaikan dan ganjaran. Kita mungkin tidak dapatkan pada masa yang kita mahu, tapi apabila tiba masanya, kita akan mendapat ganjaran.
” Kegagalan bukanlah tanda tidak berjaya, tetapi penangguhan kejayaan yang mengajar kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang”
SIMPLY TAKEN FROM http://missyati.com/mencari-sinar-dalam-gelap.html
SHARING IS CARING.
http://www.facebook.com/LittleCaliphBooks4Yo
No comments:
Post a Comment