Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
(Sumber artikel di bawah dipetik dari http://www.jomsantai.com/. SHARING IS CARING)
Bagi sapa-sapa yang memegang title sebagai seorang ayah + ibu, korang kena baca entri Pengembara Ilmu kali nie..Sebabnya dengan baca entri kali nie, boleh menambahkan pengetahuan korang tentang pendidikan dalam islam yang korang kena tunjuk ajar kepada anak-anak korang..Dengan tue, insyaALLAH anak-anak korang akan membesar dengan menjadi anak-anak yang soleh dan taat pada perintah ALLAH, agama, rasul dan dengan korang sendiri..Moga-moga anak-anak korang membesar menjadi seorang hamba ALLAH yang berguna di dunia + akhirat…Tue kan dah jadi tanggungjawab ibu + ayah dimuka bumi nie untuk mendidik anak-anak dengan cara hidup islam…Dan tentunya jugak bagi yang bergelar ibu + ayah nie mahukan anak-anaknya menjadi orang yang berguna..Mana lah ada mak + ayah kat dunia nie yang mahukan nak-anaknya menjadi orang yang tak berguna…..kan..kan..kan..
(1)
So, perkara pertama yang perlu diajar dalam pendidikan dalam islam kepada anak-anak ialah MENANAMKAN TAUHID & AKIDAH YANG BENAR KEPADA ANAK-ANAK…Seperti yang semua umat islam katahui & fahami, tauhid yang benar merupakan tunjang dalam membentuk peribadi seseorang..Apabila seseorang tue mempunyai tauhid yang benar maka akidah nya pun akan benar jugak dan selamatlah dari ancaman dunia dan akhirat..Sebaliknya kalau tanpa tauhid yang benar, maka akan tersasarlah anak-anak dari jalan ALLAH dan terjatuhlah kejalan kesyirikan…Tanamkan pengajaran akidah & tauhid anak-anak dari kecil lagi supaya mudah untuk di didik sehinggalah dewasa nanti..
Keduanya, sebagai ibu + ayah hendahlah korang MENGAJAR ANAK-ANAK UNTUK MELAKUKAN IBADAH…Ajarilah anak-anak dari kecil tentang bagaimana beribadah dengan betul sesuai dengan ajaran Rasulullah s.a.w…Ajari anak-anak cara bersuci, solat, berpuasa dan ibadah-ibadahnya yang lain…Sebagaimana Rasulullah sendiri pernah bersabda: “Ajarilah anak-anak kamu untuk solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukulllah mereka ketika berumur 10 tahun (bila tidak amahu solat)..”Tengok tue, Rasulullah sendiri bagitahu kita supaya ajar anak-anak kita solat bila berumur 7 tahun…Cuba korang tengok anak-anak korang..Kalau dah lebih dari 7 tahun tapi masih malas @ liat nak solat..Korang ajar dan pupuklah minat mereka untuk melakukan ibadah nie…Bila anak-anak dah biasa dan pandai mengerjakan solat, bawalah mereka ke masjid-masjid untuk solat berjemaah..Dengan tue mereka akan terbiasa melakukan ibada-ibadah sebegini…
(3)
Seterusnya pulak, sebagai ibu + ayah, hendaklah korang AJAR ANAK-ANAK DENGAN AL-QURAN & HADIS, DOA DAN JUGAK ZIKIR-ZIKIR YANG RINGAN ….Mula-mula tue ajarlah alif, ba, ta dengan anak-anak…Kalau korang tak pandai nak ajar korang boleh je cari mana-mana guru agama yang boelh ajar anak-anak korang tue mengaji…Lepas tue kalau yang pasal zikir-zikit tue korang selalu-selalulah bukak zikir kat rumah..Sekarang kan banyak disc-disc zikir yang jual kat luar sana..Dengan sebegitu, insyaALLAH, anak-anak korang pun boleh hafal zikir-zikir nie…Daripada mereka hafal lagu yang entah apa-apa tue, lebih baik mereka berzikir..Dapat jugak pahala kan…
Selain tue jugak, korang sebagai ibu + ayah hendaklah ajar anak-anak korang dengan PELBAGAI ADAB DAN AKHLAK YANG MULIA…Tunjukkan mereka adap dan akhlak yang baik..Kalau boleh kita nie jadi idola kepada anak-anak kita.. Kita yang bagi contoh kepada anak-anak dalam memperlihatkan adab dan akhlak yang mulia…Ajarkan anak-anak dengan adab-adab seperti adab dengan orang tua, adab makan dan bermacam-macam adab lagi yang perlu di amalkan dalam kehidupan nie…Ajari jugak anak-anak mengenai akhlak yang mulia seperti jujur, tolong-menolong, baik hati dan lain-lain lagi lah…
Sebagai ibu + ayah jugak korang hendaklah mengajar anak-anak MENJAUHI BENDA-BENDA YANG HARAM..Tekankan kepada anak-anak apa yang dimaksudkan dengan haram nie..Juga tekankan kepada anak-anak mengenai perkara yang haram dilakukan seperti mencuri, berbohong, berjudi, zalim, derhaka kepada orang tua dan banyak lagi lah…Beritahu anak-anak kesan daripada melakukan perkara yang haram nie…Sentiasa ingatkan anak-anak mengenai perkara nie..Moga-moga menjauhi perkara yang diharamakan nie dapat ditanam dalam diri anak-anak..
No comments:
Post a Comment