Saturday 26 January 2013

Hukum Pre-Wedding Dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim.
pre-wedding


PRE-WEDDING. 
Bergambar sebelum bernikah (Pre-Wedding) - Pakaian tidak menutup aurat atau dengan aksi bak suami isteri : Ia adalah HARAM tanpa sebarang keraguan lagi. Ini juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia yang mana petikan beritanya berbunyi :

Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam.

Kelaziman bakal pengantin beragama Islam merakamkan foto secara intim termasuk berpelukan dan berbaring di atas katil sebelum sah bergelar suami isteri daripada segi hukum adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Institut Kebudayaan Melayu Jambi mengeluarkan kenyataan bahawa budaya berkenaan harus dicegah seiring dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) berhubung isu yang sama.

Menurut pengerusi bahagian kajian dan pembangunan institut berkenaan, Djunaidi T. Noer, amalan merakamkan foto pra-perkahwinan bukanlah budaya masyarakat Jambi dan tersasar daripada hukum Syariah.

"Kami menyeru agar semua pasangan yang bertunang dan pengantin beragama Islam supaya tidak merakamkan foto pra-perkahwinan seperti berpeluk, berbaring antara satu sama lain di katil dan sebagainya. Ia merupakan haram," tegas Djunaidi seperti dilaporkan akhbar The Jakarta Post, hari ini.

KOMEN SAYA
Ini fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Ulama Indonesia. Komentar ini diambil dari Dr Zaharuddin Abd Rahman (www.zaharuddin.net). Walaubagaimanapun, tiada penerangan / ulasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan Negara kita mengenai hal ini. Tepuk dada tanya iman. Sekiranya tiada dalam fatwa sekalipun, kita sebagai umat Islam haruslah peka terhadap hal ini. Trend Pre-Wedding bukanlah asalnya dari budaya kita, jauh sekali dari agama kita. Mainkanlah peranan kita sebaik-baiknya – sekiranya kita bakal pengantin, jauhkanlah unsur-unsur pre-wedding ni. Sekiranya kita ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, rakan taulan kepada bakal pengantin, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menegur & ingat mengingatkan sesama kita. Andai kita ini seorang fotographer perkahwinan or wedding planner, cuba usahakan untuk tidak mengadakan pakej ini set perkahwinan kita. Janganlah kita mementingkan diri – mementingkan bayaran lumayan sehingga mengenepikan syariat Islam. Merasa riak, bangga, tinggi diri, semata-mata untuk dosa-dosa yang kita ‘pamerkan’ kepada masyarakat kita. 

Tak salah bergambar berpeluk-cium, menunjukkan aksi manja, asalkan hanya di hadapan suami / isteri kita, tidak untuk di pertontonkan! Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment