Monday 28 January 2013

Risau di hati nak post - BISMILLAH 20

Bismillahirrahmanirrahim.

bismillah 20

Di sini saya nak share ayat Bismillah 20 yang mana saya terjumpa di carian Google, bila saya key in word 'Bismillahishafi'. Tujuan pencarian 'Bismillahishafi' adalah kerana saya terjumpa postage seorang kawan saya mengenai doa amalan supaya anak rajin ke sekolah. Saya tak pernah dengar doa macam ni, so saya google dulu untuk mengetahui sumbernya. Pencarian saya membawa kepada penemuan amalan doa Bismillah 3, 4,5,6,7 dan 9. 

Terpandang salah satu entry tentang Bismillah 20, baru saya teringat yang mak saya sendiri ada memberikan saya salinan bacaan doa yang sama beberapa bulan lepas (cumanya sampai hari ni saya tak amalkan). Mak tak mention pulak doa ni adalah Bismillah 20, maybe sebab mak pun tak jelas (doa ni mak dapat daripada kelas agama mak). To be honest, saya kurang ambik pusing doa yang mak bagi masa tu, bila terjumpa di carian ni & baca kelebihannya, agak teruja sikit nak amalkan & sebarkan.

Cumanya sedikit kerisauan di hati saya.....
Pertama sekali, saya try carik maksud doa diatas, tapi tak berjumpa. Saya tahu sikit-sikit aje maksudnya. Saya bukanlah lulusan sekolah agama atau sekolah arab. Tujuan nak tahu maksud adalah supaya saya boleh hayati doa ini bila membacanya. 

Kedua, beberapa blog / website ada post doa Bismillah 20 ni. Mereka ni terdiri dari ustaz & para cerdik Islam, walaubagaimanapun tetap kena 'hentam' berdasarkan komen di blog. Boleh tengoklah sendiri. Kalau dah takde tu, that mean dah kene delete ler kot.....


http://fajridil.blogspot.com/2011/02/bismillah-20-fadhilat-bismillah.html 
http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2012/08/16/doa-bismillah-dua-puloh/
http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/04/23/khasiat-bismillah-20/

Ketiga, saya faham untuk sesuatu ajaran haruslah disertakan dengan nas / bukti / dalil menyokongnya e.g Al-Quran & hadis Rasullulah S.A.W. Pencarian saya untuk menemukan semua ini untuk menyokong doa Bismillah 20 menemui jalan buntu....saya tak jumpa apa-apa.....

JADI, TOLONG JANGAN HENTAM SAYA YE dengan pelbagai persoalan seperti - di mana saudara menjumpai ayat ini, adakah saudari copy-paste je tanpa usul periksa sumbernya - kalau dah pahala membacanya sama seperti membuat haji di Mekah, then tak pyh lah ke Mekah lagi ye? - Mengapa tidak disertakan maksud doa? Adakah saudari mengamalkan tanpa memahami maksud doanya? - Mana dapat fadhilatnya ni? ..........

KOMEN SAYA.
Bagi saya setiap perkara yang baik seperti doa yang bersumberkan dari ayat-ayat Al-Quran atau bahasa Arab adalah baik untuk diamalkan. Malah saya pernah terbaca / terdengar  di radio, doa lebih afdhal & mustajab sekiranya di baca dalam bahasa arab coz bahasa arab adalah bahasa Al-Quran & bahasa syurga. Saya percaya bahawa doa dalam Bismillah 20 ini juga baik maksudnya. Ada banyak recommendations yang baik bila saya google di internet & plus it was also recommended by my mum. 

Saya pelik bila ada persoalan-persoalan yang seakan menghentam terhadap amalan-amalan baik macam ni. Insya Allah, saya masih lagi dalam proses menambah ilmu & memperbaiki diri. Persoalan yang bunyi menghentam bagi saya akan membawa seseorang tu rasa semakin jauh dari Islam. Persoalan sinis & menyoalkan kenapa baca doa & hembus ke air atau sapu ke seluruh badan pernah saya baca sebelum ni.

Apa-apapun, saya serahkan semuanya kepada Allah.....yang penting niat kita - mencari redha Allah. 

Saya sharekan di bawah ni fadhilat Bismillah 20. Insya Allah, saya berazam nak amalkan selepas ini. 

Fadhilat Bismillah20.
Ayat ‘Bismillah Dua Puluh’ ini amat besar kelebihannya, terutama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka hendaklah dibaca ‘Bismillah 20’ setiap hari dan malamnya.

A. Sesiapa membaca ‘Bismillah Dua Puluh’ selepas solat fardhu Subuh seperti mendapat pahala mengerjakan haji dan memerdekakan hamba sahya.

B. Bacalah satu kali setiap hari, jika tidak dapat, bacalah sebulan sekali atau sekurang-kurangnya bacalah setahun sekali. InsyaAllah akan :

1. Dibukakan pintu bahagia
2. Ditutupkan pintu derita
3. Terpelihara daripada mati terkejut
4. Terhindar daripada azab kubur
5. Selamat melalui titian sirat
6. Dilindungi daripada panas Padang Mahsyar.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

6 comments:

  1. Salam Puan Asiah,
    Fadhilat setiap amalan adalah milik Allah dan ianya termasuk dalam perkara ghaib. Siapa pun tidak mengetahui perkara ghaib, hatta Nabi sekalipun melainkan perkhabaran melalui Wahyu. Wahyu adalah asas kepada Islam. Islam menjadi kuat kerana berdiri di atas dalil yang kuat lagi sahih.
    Puan telah akui bahawa pencarian dalil menemui jalan buntu. Apa kata jika saya cadangkan bahawa amalan bismillah 20 ini (dan seumpamanya) bukan diambil daripada Nabi dan bukan bersumberkan Wahyu.
    Usah membazir waktu dengan amalan yang tidak diketahui puncanya. Ayuh sibukkan diri dengan membaca al-Quran yang tiada keraguan padanya (al-Baqarah, 2) dan zikir-zikir yang thabit daripada hadith yang sahih.
    Mudah-mudahan entry ini bermanfaat.

    ReplyDelete
  2. Betul tulisan Abu Aisyah. Syarat amalan d terima ada 2:
    1.Ikhlas kerana Allah swt
    2.Amalan trsebut SAHIH dari Nabi saw.
    Maka dalam ugama kita sekadar niat baik tidak mencukupi. Wajib ikut 'SOP' dari Nabi saw.
    Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Mna Satu betul ni, bolih x amalkn bismillah 20

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete