Monday 4 February 2013

Amalan membaca Al-Mathurat - Banyak kelebihannya!

Bismillahirrahmanirrahim.
Masa student dulu, Al-Mathurat ni memang tak pernah saya tinggalkan. Dibaca setiap hari, pagi & petang. Memang terasa kelebihannya, dari segi rezeki, pembelajaran, ketenangan jiwa & kesihatan. Tapi saya akui, memang dah berkurun saya tinggalkan amalan bacaan Al-Mathurat ni - sejak dah bekerja, berkeluarga & beranak-pinak ni. 

Dalam Al-Mathurat nie mengandungi hampir kesemua doa & selawat yang merangkumi seluruh aspek kehidupan kita. So memang tak rugi untuk kita amalkan sebab doa memang menjadi senjata umat muslimin muslimat kan? Kalau tengok sekali imbas, memang nampak macam panjang, tapi kalau hari2 baca, dah hafal, insya Allah laju aje. Takkan makan masa. Even masa saya student dulu, teringat ada akak pakai tudung labuh nie (saya agak rapat dengannya & banyak nasihat agama saya dapat dari dia), boleh membaca Al-Mathurat semasa berjalan nak ke kelas. Satu lagi nasihat darinya yang saya tak lupa, cuba khatamkan Al-Quran setiap bulan. Al-Quran kecil itu kalau boleh bawa ke mana-mana & baca di mana-mana sahaja. Sambil tunggu bus, sambil tunggu lecturer datang, sambil itu sambil ini. Cumanya kena berjaga-jagalah, jangan sampai terbawa ke tandas pulak. Apa lah khabar akak tu sekarang......


Jom baca kelebihan Al-Mathurat. Haa lepas nie kepada sesiapa yang takde Al-Mathurat tu bolehlah pegi beli kat mana kedai buku agama. Ada banyak publisher & jenis. Ada kecik, ada besar, ada panjang, ada pendek....ikutlah taste masing-masing ye. Dah beli jangan lupa amalkan ye. 




“Sesungguhnya Rasulullah selalu menyebut-nyebut rahmat Tuhan, dalam satu hadis Qudsi Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai anak-anak Adam, (sebutkan) zikirkanlah Aku selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas solat asar barang sekejap maka Aku memadai kepada engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyanglah duha sebanyak 8 rakaat."
(Diriwayatkan oleh Sayyidina Hassan r.a)

KELEBIHAN MEMBACA AL-MATHURAT
Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. Antara kelebihan membaca Al-Mathurat ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga. 

5. Selamat dari segala sesuatu. 

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. 

7. Allah berhak untuk meredainya 

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya. 

9. Terhindar daripada syirik. 

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Marilah kita amalkan zikir-zikir di dalam al-Mathurat untuk meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah S.W.T. dan dapat memelihara diri kita daripada gangguan sihir dan bisikan syaitan.

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih di atas perkongsian berguna ini. Selepas saya membaca entri ni, cepat² saya cari buku kecil Al-Mathurat, semoga saya boleh istiqamah dalam mengamalkan isi kandungannya. Selalu jugak tgk kitab kecik ni kat bookstore tapi tak tergerak plak nak beli dulu. Thanks sbb telah mencetuskan minat saya mengamalkan Al-Mathurat ni. Semoga Allah memberkati dan melindungi kita :). Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas info ini..sebab baru dapat doa dari bos tentang doa mensyukuri nikmat yang diambil dari buku Al-Ma'thurat...jika berkesempatan nak juga cari buku ni...insyaallah..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum
    Thanks untuk info berguna ni...doakan saya istiqamah mengamalkan almathurat ini...

    ReplyDelete