Friday 8 February 2013

Kisah 50 sen - dari FB page Heliza Helmi

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya menaip hari ini apabila ada yang terkesan, menghiris, mengguris, menggetar hati saya ini. Hari ni saya terbaca kisah 50 sen dari Facebook Page Heliza Helmi (AF & pengacara Rasa Halal Antarabangsa). Menyayat hati....dan amat tersentuh kisah ini.





Kisah 50 sen (dari FB page Heliza Helmi)
Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat. 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya. 

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah. berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? 

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.

Begitulah kisahnya....ringkas tapi amat padat dengan teladan. Saya terkenangkan, betapa mewahnya anak saya, Muhammad Aiman ke sekolah setiap hari. Saya ada beberapa kali bekalkan Aiman dengan bekalan makanan dari rumah, tapi Aiman tak makan. Petang bila dijemput, akhirnya bekalan tadi masih ada dalam tupperware, & akhirnya di makan bersama-sama adik Aiman kat rumah. Saya bimbang kalau-kalau Aiman nak makan tapi mungkin kerana bekalan saya dah tak 'segar' & tak panas menjelang tiba waktu rehat. Sebab tu Aiman reluctant nak makan.

So dalam minggu lepas & minggu ni, saya bekalkan Aiman wang saku, paling kurang RM2.00, cukup untuk Aiman beli roti / nugget / sausage, kegemarannya. Walaupun dibekalkan air kosong, Aiman tetap suka beli air kat kantin e.g air sirap ke, vitagen ke, yang nampaknya lebih menyelerakan, berais, menyegarkan, compare dengan air masak kosong. Dah berkali saya ingatkan, tapi itulah laporan Aiman setiap petang - "Hari ni Aiman makan ni, beli tu, makan ni......"

Dan hari ni, SUBHANALLAH, saya bekalkan duit kocek Aiman RM3.80....tak tau ler kenapa ibu murah hati hari ini. Kan lebih baik ibu sendiri sedekah kan? Dan kan lebih baik ibu sendiri galakkan anak ibu bersedekah? 

Ibu rasa terlampau banyak kekurangan pada diri ibu ini.....saya sendiri gagal bersedekah, apatah lagi hari Jumaat....sebak jgk mengenangkan betapa khilafnya diri kerdil ini dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. Sedangkan anak sekecil itu pun sudah tahu bersedekah, walau ada terasa ketidakcukupannyasetiap hari. 

Masih banyak ruang kosong yang perlu diperbaiki lagi! Wahai akal yang wajar & sempurna, fikir-fikirkan lah!

No comments:

Post a Comment