Friday 8 March 2013

Noorah - Ujianmu sangat besar berbanding ujian pada diriku....

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya memang suka shopping buku. Masa bekerja dulu (coz ada duit poket sendiri), kalau ada mana-mana book fair ke, pameran buku ke, kalau terdaya saya akan pergi. Dan habiskan kekadang tu beratus ringgit shopping buku sahaja....benda-benda lain tak beli dan tak minat. Saya memang tak minat langsung shopping baju ke, kain ela ke, kasut lah, beg lah...beli secukupnya untuk digunakan sahaja. Tapi kalau bab beli buku-buku, memang susah nak control 'nafsu', especially bila dah rambang mata banyak pilihan, ditambah ada offer.

So bile dah banyak beli, kekadang tu baca nye lambat laa sket. Buku-buku ni take turn untuk dibaca. Dah duduk rumah jadi surirumahtangga ni bertambah-tambah lagi seboknya....

Skrang saya sedang membaca buku bertajuk NOORAH. Saya beli dah lama, dalam tahun lepas. Baru sekrang sempat nak baca. Memang best & memberikan inspirasi dan semangat. Di sini saya akan ceritakan serba ringkas siapa Noorah, segala macam ujian dan getir yang NOORAH lalui...THIS IS TRUE STORY YE, ditulis oleh Ummu Hani Abu Hassan, anakanda Haji Abu Hassan Morad, yang juga merupakan seorang  penulis yang tersohor. Ummu Hani menghabiskan masa 10 hari di kota London (coz Noorah duk sana) untuk menginterview Noorah, mengcungkil segala macam pengalaman pahit manis hidup seorang insan bernama Noorah.


Noorah


Nama asal Noorah ialah Kathryn Bennet, berasal dari Hull, England. Dilahirkan sebagai Kristian. Noorah Kathryn Bennet lahir dalam keadaan keluarga yang agak kacau bilau. Ayah seorang nelayan, kuat minum alkohol, pemarah & suka pukul isteri dan anak-anak. Ibunya seorang yang lemah lembut tapi tegas dalam membesarkan anak-anak. Noorah Kathryn Bennet anak ke-3 dari 4 beradik, ada 2 kakak & seorang lagi adik perempuan. Membesar dalam keadaan keluarga yang kurang kasih sayang, dan hampir setiap hari melihat si ayah gemar memarahi & memukul ibu, menjadikan Noorah Kathryn Bennet seorang yang mudah marah & suka berlaku kasar, Sampai satu tahap, Noorah Kathryn Bennet menyaksikan sendiri ibunya cuba membunuh diri dengan menghiris pergelangan tangan. Keadaan ini membuatkan mereka adik-beradik yang masih kecil terumbang-ambing dan ayahnya terus menghilang entah di mana. Selepas itu ibunya di tahan di hospital mental dan disahkan tidak mampu lagi menjaga anak-anak & menguruskan rumahtangga. Noorah Kathryn Bennet dan adik beradiknya dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak dan dari situlah bermula kehidupan Noorah yang akhirnya membawanya kepada penghijrahan bergelar muslimah.

Saya rumuskan di bawah rentetan kehidupan Noorah Kathryn Bennet Abdullah:-
  1. Menjadi remaja yang kuat memberontak, Noorah berpindah randah dari satu rumah kebajikan ke satu rumah kebajikan, terpisah dari adik-beradiknya. Noorah dikenali sebagai remaja bermasalah dan sukar di tegur, suka bangkit melawan apabila ditekan. Noorah pernah mendiami hampir 21 rumah kebajikan sepanjang kanak-kanaknya dan awal remaja.
  2. Dihantar ke penjara juvenil atas masalah disiplinnya. Ianya adalah penjara kanak-kanak & penghuninya terdiri daripada para remaja yang pernah melakukan jenayah besar seperti orang dewasa. Layanan kasar yang diterima menjadikan penghuninya lebih teruk disiplin & akhlaknya. Noorah semakin jauh dari Tuhan, malah tidak mempercayai adanya Tuhan.
  3. Setelah melewati alam kedewasaan, Noorah berhijrah & pernah bekerja di luar negara seperti di Abi Dhabi & Bahrain. Di Bahrain, Noorah seringkali berdebat mengenai kewujudan Tuhan dengan rakan sekerjanya yang beragama Islam. Di Bahrain ini jugalah Noorah menemui hidayah melalui tuan rumah bilik yang disewanya. Akhirnya Noorah pulang semula ke London dengan harapan dapat memeluk Islam.
  4. Di awal Islam Noorah, Noorah banyak belajar mengenai agama Islam. Noorah akhirnya bertemu jodoh melalui orang tengah dengan seorang Muslim dari Libya. Noorah membuat solat istikharah sebelum menerima lamaran lelaki ini. Kawan Noorah turut membantu menyelidik latar belakang suami Noorah. Ternyata bakal suami Noorah adalah dari kalangan keluarga Muslim yang baik di Libya. Noorah menerima lamaran setelah mendapat pentunjuk dari solat istikharah.
  5. Pengalaman berkahwin walaubagaimanapun tidaklah seindah yang diharapkan. Suami Noorah yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam, gagal memimpin Noorah ke arah jalan Islam yang sebenar. Sebaliknya suaminya seorang pemarah dan gemar mengherdik Noorah. Noorah dilarang keluar dari rumah dan berjumpa dengan kawan-kawan seIslam. Noorah juga dilarang menghadiri program dakwah yang sering disertainya sebelum berkahwin. Noorah keguguran 2 kali sepanjang berkahwin, akhirnya dikurniakan 3 oranga anak. Bercerai akhirnya & hak penjagaan anak-anak diberikan sepenuhnya kepada Noorah. 
  6. Beberapa tahun selepas itu, ketiga-tiga anak Noorah dilarikan suaminya. Polis gagal mengesan, mengesyaki anak-anak Noorah sudah dibawa keluar dari England. Bermulalah kehidupan Noorah diuji kerinduan yang sangat hebat terhadap anak-anaknya. 
  7. Empat tahun menanti, berkat doa, kesabaran & usaha tidak putus-putus, akhirnya Noorah kembali bertemu dengan anak-anaknya. Keadaan sangat berbeza kerana anak-anaknya diberitahu bapa yang Noorah sudah meninggal dunia. Sepanjang dilarikan anak-anaknya yang masih kecil turut membesar dalam keadaan yang tidak sempurna - sering dikasari, tidak diajar mengenai syariat Islam, didikan dan layanan terabai, tinggal di karavan (kerana sering berpindah randah untuk melarikan diri dari penguatkuasaan), kasih sayang jauh sekali. Noorah benar-benar diuji untuk kembali mengasuh dan mendidik anak-anaknya yang seolah-olah tidak mengenalinya. 
  8. Noorah bercerai kali ke-2 dengan suaminya dari Malaysia - seorang ahli jemaah tarekat sufi. Suaminya enggan menerima anak-anak Noorah dari suami yang pertama dengan alasan kenakalannya. Akhirnya tinggallah Noorah untuk membesarkan anak-anaknya seramai 6 orang (3 orang lagi dari suami yang ke-2). Bergelar ibu tunggal, Noorah perlu menyara sendirian anak-anaknya. Tapi kerja-kerja dakwah Islamiah di London tetap diteruskan. 
  9. Noorah disahkan mengidap kanser payudara tahap ke-2. Noorah terpaksa melalui pembedahan sebanyak 2 kali untuk membuang payudaranya & sel-sel kanser yang telah merebak. Noorah turut melalui kemoterapi & radioterapi yang amat menyakitkan. Noorah tidak mampu untuk bekerja dan menguruskan rumahtangga & anak-anaknya. Kuasa Allah itu ada, Noorah dibantu oleh ibunya (kembali sehat) dan kakaknya Karen yang sentiasa ada untuk membantu menjaga anak-anak Noorah. Walaupun berlainan agama & sekian lama terpisah, hubungan kekeluargaan itu tetap wujud. Noorah tetap bersyukur kerana kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan British & turut menerima elaun kerana Noorah adalah ibu tunggal. Noorah turut menerima bantuan & sokongan dari kawan-kawan baiknya yang beragama Islam. 
  10. Kesedaran Noorah terhadap penderitaan masyarakat Islam di Palestin amat meluap-luap, malahan melebihi penderitaan kesakitan kanser yang dilaluinya. Apabila datang tawaran untuk ke Gaza Palestin dengan mengikuti konvoi Viva Palestin (konvoi selama lebih sebulan dengan berkereta merentasi Europe untuk ke Gaza), Noorah yang paling bersemangat. Noorah dengan rela hati memandu kereta Toyota Estimanya ke sana ditemani rakan baiknya dengan niat untuk menderma kereta ini kepada rakyat Palestin yang lebih memerlukan. Noorah turut mengumpulkan pelbagai barangan derma dari seluruh masyarakat Islam di tempatnya seperti ubatan, buku-buku, pakaian, selimut dan barang keperluan lain.
  11. Perjalanan konvoi Noorah ke Gaza penuh dengan cabaran dan liku kerana Noorah sendiri mengenakan hijab sedangkan peserta lain bukan muslim. Sepanjang perjalanan, apabila memasuki ke negera-negara tertentu seringkali Noorah dikasari, ditolak, malah dihalang dari meneruskan konvoi. Antara dugaan Noorah ialah apabila Toyota Estima nya rosak dan tiada bengkel terdekat untuk membaiki. Noorah juga terpaksa pulang dengan kapal terbang ke London di pertengahan jalan kerana kesakitan akibat luka pembedahan kanser setelah dikasari beberapa kali. Tapi semangatnya kental, Noorah kembali bertemu dengan peserta konvoi setelah dirawat. Semuanya dengan tekad dan bantuan dari Allah.
  12. Terbitnya rasa keinginan yang amat kuat untuk menjadi tetamu Allah ke Mekah. Tapi Noorah tidak cukup wang belanja. Seolah-olah rintihan rindu Noorah didengari Allah & akhirnya Noorah dapat ke sana dengan persediaan hanya beberapa bulan. Ianya adalah hasil seorang dermawan Islam yang membuka peluang kepada para saudara baru di England untuk menunaikan haji ke Mekah atas biaya penuh olehnya. Tapi perjalanan Noorah ke Mekah penuh liku - berkongsi pengangkutan yang kurang selesa, berkongsi bilik hotel dengan rakan-rakan sebilik yang kurang hormat pada orang lain. Tetapi Noorah tabah dan kuat dan yakin bahawa Allah menjemputnya ke Mekah untuk diuji dan untuk menambah keimanan Noorah kepada Allah. 
  13. Noorah kembali merencanakan kehidupannya di kota London sebagai bergelar Muslim, membesarkan 6 orang anaknya secara sendirian sambil melawan penyakit kanser. Rutin seharian Noorah adalah menguruskan anak-anak dan rumahtangga, meneruskan dakwah Islamiah dan berualang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 2 daripada anak Noorah merupakan pengidap autisme dan dysleksia. Noorah, ibu yang kuat semangat dan tidak putus asa, sentiasa yakin Allah dekat dengannya dan sentiasa menurunkan pertolongan buat hambaNya.
Fuuhh....bestlah buku ni....saya dah dua kali 'round'.....saya banyak ke bahagian yang mana Noorah diuji dengan amat hebat sekali. Berkahwin - bercerai, kanser payudara, anak-anak yang perlu dididik...macam-macam....tapi kekuatan Noorah amat luar biasa. Noorah sudah pun memaafkan suaminya yang melarikan anak-anaknya selama 4 tahun, malah sesekali anak-anak Noorah dibenarkan berjumpa dengan ayah mereka. Kalau saya, kemaafan itu amat sukar. Noorah turut memaafkan ibunya, dan hubungan itu baik semula. Even ketika cerita ini ditulis, Noorah sudah pun bergelar nenek hasil perkahwinan anak perempuan Noorah yang sulung. Jelas dari potret-potret yang dipaparkan dalam buku ni, Noorah gembira melayari kehidupannya walaupun sebenarnya dirinya seringkali diuji. Seolah-olah ujian itu tiada apa untuk Noorah....

Bacala sendiri.....hati & jiwa yang tak kuat & mudah putus asa akan pulih kembali. Terbitkan rasa syukur terhadap semua yang kurang dalam hidup kita kerana ada lebih ramai orang di luar sana yang lebih hebat diuji. Dugaan dan ujian adalah untuk kita bersyukur, memikirkan kekurangan diri, meminta lebih banyak lagi dari Yang Maha Esa (berdoa) dan berusaha lebih lagi. 

Agak-agak boleh tak jadi sekuat wanita ini? 

No comments:

Post a Comment