Monday 22 April 2013

Jangan Sesekali ada putus asa!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah, minggu nie minggu ke-4 saya bergelar pekerja. Keadaan semakin baik. Sesekali memang ada jugak kena herdik, kena tegur (in aggressive manner!), tapi saya dah mampu tersenyum dalam hati & di mulut. Alah bisa, tegal biasa! Dah semakin ramai rakan di opis yang semakin baik dengan saya. Dah boleh borak-borak kosong & bual-bual psl kerja. Dan ramai yang tegur " Ishkk macam tu cara dia cakap dgn ko dik?". Ada jugak yang senyum simpati & geleng kepala lepas dengar cara saya ditegur & diberi arahan di opis.....saya just senyum balik. Apa nak buat, berat mata kamu semua memandang, berat lagi bahu saya ni memikul! Selagi mampu, saya akan terus bersabar.....

Hopefully akan ada sinar baru untuk saya, rezeki saya mungkin di tempat lain....yang penting, jangan sesekali rasa putus asa dalam nak memperbaiki hidup kita ke arah lebih baik lagi, untuk dunia dan akhirat!

sedih dalam hati

Okey, alkisahnya, sepanjang tempoh 4 minggu saya mula bekerja, banyak sangat perkara yang sebelum ni saya dapat buat, tapi dah tak dapat nak buat. Bisnes dah tak masyuk due to slow promotion and marketing. Biasalah tu kan....tambah orang biz buku online & produk sunnah online ni memang dah byk dan saingannya ada byk....

Malam ni Alhamdullilah, bukan kesekian kalinya, dapat lah saya online dan first thing kena buat, UPDATE BLOG YANG DAH BERSAWANG! Then barulah next-next-next task.....

Blog ni pun dah macam boring! Nak tukar template dan update yg baru...semoga lebih bersemangat lagi selepas ini! BLOG UNTUK DAKWAH! BLOG UNTUK MANFAAT KEPADA ORANG LAIN! MANFAAT = PAHALA UNTUK KITA YANG BERTERUSAN DUNIA AKHIRAT! Amin......

lebih baik dari semalam

No comments:

Post a Comment