Tuesday 23 April 2013

Pengalaman ohh pengalaman....

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah. Hari nie macam-macam ilmu & pengalaman yang saya dapat. Hari ni saya ke interview utk jawatan Financial Counsellor atau Perunding Kewangan utk sebuah bank yang mempunyai anak syarikat insurans. Tak perlulah saya mention company ape, cukup saya katakan company ni memang kuat, besar & stabil. 



Since saya dari seremban dan perlu ke KL, saya keluar pagi seperti biasa, macam nak pergi kerja. Saya cuma beritahu mak & hubby aje, tak beritahu babysitter masa hantar anak. Perkara kecil tak perlu dibesar-besarkan.

Sebab terlewat keluar dek krn terlewat bangun, jalan jem, bus Suasana Edaran jalan macam siput semput, saya terlewat dalam setengah jam....tapi syukur masih belum mula lagi. 

Pengalaman 1
Nie pengalaman baru saya. Oleh kerana, dah terlewat dan saya ingat-ingat lupa kat mana tempat ni, so saya pun tahan ler teksi dekat area-area kawasan saya turun dari bus.
Sebut nama tempatnya, driver ni kata dia tak pasti & mula bertanya kepada kawan2 teksi yg lain. Akhirnya dia kata boleh bawak saya....saya pun naik teksi dan dibawa 'pusing-pusing'...at last bila sampai, alahaiii...tempatnya dekat, dan saya boleh jalan kaki sahaja dari tempat saya turun bas tadi....uhuhuhuh.... Dan meter teksi saya - RM32.00.......WAAAUUUUU..........habis duit poket saya! Masa nak bayar tangan terketar sket...terkejut. Tempat yang tak sampai 10 minit jalan kaki, driver teksi ni memula kata tak tahu, dia bawak pusing-pusing area situ sahaja, lalu meternya sampai banyak tu! Herrrmmm....tapi lah pakcik apek, saya sedekah aje lah....malas pulak nak gaduh bertekak. Dah nasib saya 'terkena' hari ni. Selalu dengar citer teksi-teksi kat KL ni suka cekik darah, ambik kesempatan terutama bila tengok penumpang memang tak tahu tempat yang nak dituju. Hari ni, saya terkena sendiri..........sabar aje laaa......


teksi
Teksi Ohh Teksi....napa ler awak cekik darah?

Pengalaman 2
Best pergi interview untuk jawatan Financial Counsellor ni. Macam-macam ilmu dapat. Memula masa dapat invitation via email, memang diberitahu - Sesi 1 Pukul 10.00 pg - 12.00 tghari. Sesi 2 (kalau dapat melepasi sesi 1) pukul 2.30 ptg hingga 5.00 ptg. Tertanya-tanya gakss nape lama sangat interview session nya.....rupa-rupanya, untuk pagi memang sesi interview dengan boss manager nye, sorang demi sorang. Sesi petang tu pulak sesi grouping. Diberi satu tajuk, kena discuss & present tajuk tu. Setiap seorang harus bercakap in public dalam 5 minit. Selepas tu, ada sessi taklimat kerjaya mengenai Financial Counsellor ni. Walaupun mengikut kata manager kami semua (ada dalam 8 orang) belum tentu dapat, tapi awal-awal dah diberi penerangan terperinci - scope kerja, bayaran, komisen, produk apa yang harus dipasarkan.....macam-macam ilmu dapat....best!




Dan sayalah candidates yang PALING TUA.....hehehe....yang lain semua kebanyakkannya fresh graduate umur dalam 21-25 tahun...makcik paling tua, 31 tahun....

Selesai semuanya dalam kul 5, memecut jalan kaki ke Puduraya untuk naik bas pulang ke Seremban...ni memang pengalaman berharga. Banyak ilmu.

Pengalaman 3.
Sampai rumah, lepas jemput anak dari rumah babysitter, check telefon. Ada SMS yang saya harapkan....ya, boss tempat kerja lama SMS mengatakan saya boleh try apply balik kerja lama saya - saya resign lebih kurang setahun yang lepas. Walaupun ada term & condition dari HR mengatakan tak boleh masuk setelah resign - have to wait 5 yrs baru boleh apply - tapi ex-boss kata cuba aje lah apply....saya tak nak terlampau mengharap. Takut kalau-kalau 'terluka' & 'kecewa'....

Inipun pengalan....LESSON BERGUNA & TAKKAN SAYA LUPA....berhenti kerja dan mencuba sesuatu yang tak tentu berjaya. Yerpp...memang saya yang ambil keputusan untuk tinggalkan career saya dalam setahun yang lalu. Saya tekad nak cuba sesuatu yang baru & sambil-sambil dapat jaga anak kat rumah. Harapan saya agar saya berjaya dalam matlamat saya....tapi Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk saya. Kesimpulannya, saya GAGAL dalam nak mencapai matlamat saya. So sekarang saya tersepit. Sudah dapat kerja baru, tapi suasananya agak 'tidak menyelerakan' & saya sering terkenang tempat kerja lama, kawan-kawan lama saya & betapa 'best'nyaa kerja lama saya which I MISS TO DO IT NOW! Uhuhuhuhu.......

Saya teringat kata-kata dalam filem USIN, MON & JIN PAKAI TONCIT (sorry, anak-anak saya amat suka tengok citer ni sampai saya hafal setiap dialognyaaa....). Kata-kata Pak Jabit kepada Usin setelah Usin pulang semula ke Kampung Pisang setelah diishtiharkan bangkrap...."SUDAHLAH USIN, HIDUP NI MEMANG UNTUK BERBUAT KESILAPAN....DARI KESILAPAN KITA BELAJAR"....lebih kurang macam tu laaa....kata-kata ni sering lontarkan dalam hati bila memikirkan 'kesilapan' yang pernah saya buat......saja, nak pujuk diri sendiri yang kecewa....



Well, inilah yang berlaku hari ni...23/4/2013. Doa saya semoga hari-hari besok lebih baik lagi, Saya akan dapat belajar lebih lagi dari kehidupan saya. Saya akan jadi insan yang lebih cemerlang lagi. Dan semoga ada sinar harapan baru buat saya, keluarga saya & jugak untuk anda semua.


Okey, nak buat appeal letter....


No comments:

Post a Comment