Thursday 25 April 2013

FIKIRAN BERBOLAK-BALIK

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah...hari-hari yang lebih tenang. Actually, hari-hari yang dilalui tidaklah tenang sangat, bermacam dugaan, cabaran, onak duri, ujian yang dilalui. Tetapi Insya Allah, definisi ketenangan itu datangnya dari hati yang sabar, tabah dan tenang. Nak dapat hati yang sentiasa sabar, tabah dan tenang bukannya mudah sekiranya dalam otak fikiran kita sentiasa memikirkan masalah-masalah yang tak pernah habis. Ditambah lagi dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu memberi 'sokongan' & support. Keadaan di tempat kerja yang sering memberi 'tekanan jiwa'...tapi mujur di rumah lebih tenang. Dikelilingi oleh anak-anak bertiga pengubat jiwa, penguat semangat. Ada mak yang sering sabar dengan tingkah laku saya, sedari kecil sudah banyak pengorbanan mak. Sehinggalah di saat ini saya sudah bergelar ibu, sepatutnya sekarang saya lebih berdikari dan saya yang membantu mak. Tapi mak sekarang yang banyak bantu selesaikan permasalahan saya. Itulah naluri mak....walaupun saya tak pernah menyatakan masalah saya kepada mak, tapi seolah-olah mak tahu saya sedang dalam masalah. Dan mak ada di sisi saya hari ini, membantu saya sedaya yang boleh. Alhamdullilah, terima kasih ya Allah atas pemberian mak yang 'terbaik' ini. 

mak terbaik
Mak...mak....banyak dah berkorban untuk saya.......



MASALAH TAKKAN HABIS - TENANGNYA HATI DATANG DARI RASA SYUKUR

Ini memang betul. Hati akan tenang bila ada rasa syukur. 

Saya dah rasa, dah ada pengalaman....tapi tak mudah. Bagaimana mahu tersenyum, ketawa, tunjukkan rasa gembira, kalau dah macam-macam hal bermain-main dalam kepala....fikir tu, fikir ni, risau itu, risaukan ini....tak mudah nak tenang. Dalam 2-3 minggu ni memang jiwa, perasaan saya berkecamuk. Macam-macam hal yang saya fikirkan, macam-macam perkara terlintas dalam hati. Susahnya nak tenang sampaikan saya tak lalu nak makan. Tapi, ramai yang memerlukan saya - anak-anak saya! Saya memang perlu bertenang. Kalau tak macam mana saya nak jaga anak-anak saya. 

Apa saya buat, ialah, istighfar, selawat, zikir banyak-banyak. Solat jangan tinggal, kalau boleh tambah dengan solat sunat. Al-Quran cuba baca hari-hari. Iyee, tak mudah, sebab kadang kala, tengah solat pun dok terfikir masalah-masalah tu!

Tapi jangan berhenti buat semua ini ye.....kalau tak nanti boleh jadi gila!

Selepas itu, bawak bertenang. TIADA MASALAH YANG TIADA JALAN PENYELESAIAN! Dari Allah datangnya segala ujian, musibah, dugaan...dan dari Dia jugak datangnya penyelesaiannya. Kita sahaja yang perlu berfikir waras dan cuba selesaikan satu persatu. Di samping itu jalan lupa berdoa banyak-banyak. Tawakal banyak-banyak. Usaha jangan dilupa. Bak kata Maher Zain - INSYA ALLAH ADA JALAN.

Sentiasa pandang ke bawah - lihat orang-orang lain yang jauh lebih susah dari kita. Jauh lebih 'complicated' hidupnya. Kita akan rasa syukur. Jangan dongak tengok orang-orang lain yang lebih atas. Itu rezeki mereka...dan ingat jugak. Kita ingat orang-orang yang berada di atas itu senang, tapi kadangkala mereka jugak tak lepas dari masalah.....semua ada masalah masing-masing, ada ujian, dugaan masing-masing. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada!

long life learner

FIKIRAN BERBOLAK-BALIK - APA YANG KAU MAHUKAN SEBENARNYA?

Entahlah..
kejap nak yang ni. Kejap-kejap tukar yang itu...
kejap boleh terima, kejap rasa nak tukar balik. 
Kejap excited nak buat, kejap ragu-ragu nak buat. 
Kejap rasa macam itu, kejap rasa macam ini....

Apa laa yang kamu nak sebenarnyaaa....Masya Allah. Bertahun-tahun saya berdoa, memohon permintaan yang sama...apabila Allah dah kabulkan timbul pulak keraguan. Rasa tak boleh terima apa yang Allah dah bagi. Astaghfirullahallazim.....adakah ini bisikan syaitan, nak mengaburi mata saya? Bisikan apa ini? Apa yang membuatkan hati saya asyik bertukar-tukar, asyik berbolak-balik, tidak tetap pendirian? Saya rasa makin keliru, apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup. Bila dah dapat, dah ada peluang, it's look like I want to waste it just like that! I feel inconfident to continoue my dreams, my ambitions. What's this all about? Ishhk...tension saya dengan diri saya sendiri.....

Semoga Allah akan tunjukkan jalan, Allah ilhamkan perkara & idea yang terbaik untuk saya dunia akhirat. Betul-betul, saya buntu sekarang! 


No comments:

Post a Comment