Friday 7 June 2013

Aiman kena denda

Bismillahirrahmanirrahim. 

Hari ini Jumaat, penghulu segala hari. Ada beberapa perkara penting berlaku hari ni. Alhamdullilah semua berjalan lancar seperti yang dikehendakiNya....jangan dipersoal kenapa ia berlaku coz hanya Allah yang tahu baik buruknya setiap sesuatu. Kita cuma mampu berfikir perkara / tindakan yang baik, berdoa agar ianya tindakan yang betul, mengambil langkah sewajarnya dan mengikut syariat. Dan selebihnya serahkan semuanya kepada Allah untuk menentukan baik buruknya setiap sesuatu. Sekiranya ia tidak terjadi seperti yang dirancangkan, usah gundah gulana sebab Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita....Wallahu'alam.....

Allah knows

Hari ni first time saya mendenda Aiman, anakanda kesayangan yang sulung berusia 7 tahun. Balik aje dari tempat kerja dalam pukul 6 lebih, ayah beritahu Aiman tolak kepala Aidil (4 tahun - anak kedua) masa Aidil sedang cuci tangan kat sinki. 



Mengikut kata mak (nenek mereka), Aiman mungkin tengah bergurau. Tak sengaja tolak kepala Aidil arah sinki dengan agak kuat, gigi Aidil terantuk dengan tepi sinki yang bersimen. Mak kata banyak jugak darah yang keluar dan Aidil menangis kesakitan sampai tak keluar suara. Ayah marah Aiman, nenek pun marah Aiman......Aiman, Aiman.....

Ibu jangan cakaplah...betul-betul kecewa sebab Aiman abang yang sulung. Dah berusia 7 tahun dan dah sekolah. Sepatutnya Aiman menjaga adik-adik Aiman, tunjukkan contoh akhlak yang baik....tak tahulah mana silapnya ajaran didik ibu ni.....

Lepas maghrib, ibu panggil Aiman kat meja makan. Cakap elok-elok, slow-slow. Memang memula ibu tak hangin, tapi lama-lama ibu terpaksa tinggikan suara ibu. Ibu terpaksa buat penegasan kesalahan yang Aiman dah buat. Lama gakss ibu bagi syarahan dan tazkirah kat Aiman. Ibu tanya Aiman - apa yang Aiman dah buat, kenapa salah, kenapa Aiman buat pulak dan macam-macam lagi. Ibu suruh Aiman jawab sendiri satu-satu. Slow aje suara nya menjawab....hilang suara yang selalu memekik menjerit tu....lepas tu ibu tanya - salah tak apa yang Aiman buat...Aiman mengaku salah.........

anak-anakku
Dari kiri : Alia (2 tahun), Aiman (7 tahun) dan Aidil (4 tahun)

Lama Aiman termenung. Lepas tu mula menitik air mata anak bujang ni, merah aje matanya....dalam 10-15 minit syarahan ibu. Ibu denda Aiman lepas tu - masa tu dah pukul 7.35 malam. Ibu suruh Aiman duduk terus kat meja makan tu, fikirkan kesalahan Aiman. Ibu bagi jam kat Aiman, dan pesan Aiman kena duduk kat meja makan tu sampai kul 8.00 sambil  fikirkan kesalahan yang Aiman buat. Sambil tu ibu duduk mengadap lagi 2 orang hero heroine ni sambil kemas-kemas umah......

At the end - kul 8 mlm, ibu datang jenguk Aiman yang duk berteleku kat meja makan...lepas tu ibu tanya Aiman - cuba ingat balik apa kesalahan Aiman, salah tak, nak buat lagi tak lepas ni, pegi mintak maaf kat Aidil dan mintak maaf jugak kat ibu. Semua dijawab dengan suara tersekat-sekat dan akhirnya minta maaf pada Aidil....Aiman, Aiman....

Saya teringat cara denda macam ni dalam satu rancangan kekeluargaan kat ASTRO Home and Health. Dah lama tak dapat tengok channel ni sebab sebok sangat. Macam-macam ilmu ada dalam channel ni, most of it pasal kekeluargaan, kehamilan, anak-anak dan macam-macam lagi. Kebanyakkan rancangannya dari barat, tapi boleh lah kita ambil mana-mana yang baik untuk dijadikan teladan...

Tapi ingat ajaran Islam dan contoh Rasullulah S.A.W tetap yang terbaik dalam kita mendidik anak-anak kita. 

Post blog lepas ni saya akan ceritakan apa yang saya dah baca mengenai DENDA...baik ke tak, apa kesannya, apa cara lain untuk menghukum kesalahan anak, dan macam-macam lagi....Insya Allah!


No comments:

Post a Comment