Sunday 25 August 2013

Amalan baik sehari-hari

Bismillahirrahmanirrahim.

Just would like to share a good information + tips berguna to be successfull in whatever jobs you are doing. Hope akan jadi panduan untuk saya jugak & berjaya untuk saya amalkan. Insya Allah.

These tips are taken from http://irozida.blogspot.com/ Jom lawati blog ini jugak.


Tip sihat
Semalam saya berjumpa dengan seorang novelis wanita terkemuka tanah air. Kami berbual tentang projek, kerja dan sebagainya. Agak lama juga berdiskusi dan bersembang, rasanya hampir 2 jam. Tetapi yang paling berkesan di hati ini ialah tentang pesanan yang diberikannya sebelum kami berpisah petang itu. Ada tiga pesanan tertambat di sanubari yang ingin saya kongsi dengan pengunjung blog ini. Katanya, ini adalah amalan sehariannya. Terpulanglah kepada individu itu untuk mengamalkan perkara yang sama atau sebaliknya.






Pertama, sentiasa sibukkan diri dengan membaca, berfikir dan bekerja. Sekiranya otak sentiasa ligat berfikir, diri akan menjadi muda. Selalu amalkan fikiran positif. Sememangnya beliau sudah berusia, tetapi saya nampak penglihatannya masih baik. Beliau menulis atau membaca tanpa menggunakan kaca mata. Beliau juga masih gagah mendaki bangunan pejabatnya setinggi tiga tingkat. Jika wanita lain seusia dengannya, pastinya sudah terduduk beberapa kali kerana sakit lutut. Beliau juga jarang makan tengah hari. Sekiranya dia mengambil sarapan yang agak berat, dia hanya makan buah sahaja pada waktu tengah hari sekadar mengalas perut.


Kedua, amalkan membaca al-Quran setiap hari selepas waktu solat. Beliau memiliki naskhah al-Quran yang dijilid mengikut juzuk. Al-Quran mengikut juzuk silih berganti di atas mejanya untuk dibaca. Ketika kita masih ada wuduk, bacalah al-Quran, pesannya.

Ketiga, amalkan bersedekah setiap hari. Sedekahlah apa sahaja untuk dikongsi oleh orang lain, seperti duit, makanan dan sebagainya. Setidak-tidaknya bersedekahlah kepada burung dengan memberi mereka makan.
 

Keajaiban sedekah dan derma waqaf seperti berikut:
  • Membawa berkat, menebus dosa dan membuka pintu syurga
  • Memudahkan datangnya rezeki dengan banyak
  • Menghindari dan menolak bala daripada menimpa
  • Merungkai kerumitan dan kesusahan dalam kehidupan
  • Menyembuh penyakit dan menyihatkan tubuh badan

1 comment:

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi tip sihat ini. Moga kita sama2 dpt manfaatnya :')

    ReplyDelete