Saturday 24 August 2013

Catitan awal pagi....Lecturer bukan tugas mudah!

Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam meeting akademik tempat saya berkhidmat. Walaupun cuma kolej kecil di pinggir kota sahaja, tapi studentnya memang agak ramai - ada dalam 1800++. Dan jumlah pensyarahnya pun boleh tahan lah jugak, dalam 40++. Meeting akademik ini dihadiri oleh semua lecturer (yang takde kelas mengajar masa tu) dengan para CEO dan pengetua kolej kami ini, membincangkan beberapa isu penting yang melibatkan hal-hal pelajar, akademik & pensyarah.

Tujuan asal penubuhan kolej....siapa sasaran pelajar?

Antara yang menarik minat saya ialah Dr mengatakan tujuan & nawaitu asal penubuhan kolej & penubuhan dana bantuan pendidikan dari kolej ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang berikut:-
- pelajar lepasan stpm dari luar bandar
- pelajar asal dari kepompong kemiskinan
- pelajar yang mungkin tiada minat untuk sambung belajar ke peringkat tertiary, peringkat yang lebih tinggi lepas sekolah
- pelajar yang mempunyai masalah dalam nak memahami & bertutur dalam bahasa inggeris
- pelajar yang berpotensi untuk maju kehadapan dengan diberi peluang untuk meneruskan pengajian
- pelajar yang tidak berpeluang menyambung pengajian lepas stpm, ke peringkat ipta atau ipts akibat keluarga yang tidak berkemampuan
- mengeluarkan pelajar dari kemelut pemikiran yang kolot & tidak boleh maju kehadapan, mungkin jugak dipengaruhi oleh faktor keluarga.

In other words, most of the students here dalam 70-80% adalah berasal dari golongan pelajar yang lemah, luar bandar, fikiran sempit dan miskin. Memang kebanyakkan mereka ada yang failed in some important subjects during SPM level such as Maths, dan during STPM, they probably only passed only 1 subject. Due to this result limitation, they are unable to further their study to ipta or ipts. So kolej ini ditubuhkan dengan program kerjasama dengan beberapa IPTA dan IPTS, untuk memberi peluang kepada golongan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Masuk ke sini bolehlah dikatakan pelajarnya cuma "cuci kaki"......student just bawa pakaian dan peralatan (sekiranya perlu). Hostel diberikan percuma, pengajian juga percuma - tiada yuran tambahan, ada duit poket lagi dalam RM250.00 sebulan diberikan oleh kolej kepada setiap pelajar sebagai duit makan. Even untuk pelajar jauh seperti Sabah & Sarawak, tiket penerbangan turut diberikan percuma. Somemore,  kolej also own 1 cafe here, dimana harga makannya cuma separuh harga sahaja, untuk staff kolej & pelajar. Separuh harga lagi adalah subsidi dari kolej. For example, makan nasik tengahari = nasik putih + 1 lauk protein + 1 lauk sayur-sayuran + segelas air kosong = RM2.50 ke RM3.00 sahaja....mana nak carik harga macam ini.....
am dr, saya lecturer baru, masih tersangat hijau dan mentah dalam industry ini....insya Allah, rasanya saya paham apa yang doktor maksudkan...saya akan cuba realisasikan.....

Inilah yang dikatakan dana pendidikan.....dan tujuan Dr tiada lain untuk membantu para pelajar ini, membantu kelompok ini untuk terus belajar...dan sudah bertahun-tahun ditubuhkan...If I'm not mistaken since year 2007 - 2008 till today, memang kolej nie dah berjaya menghasilkan graduan yang berjaya - berasal dari kepompong kemiskinan & mampu keluar bekerja di sektor swasta, menjawat jawatan tinggi & bergaji besar untuk membantu keluarga. Even there are several of them managed to gain first class degree! Perkara ini sendiri dikagumi oleh badan IPTA yang membuat program kerjasama kat sini.......

Cabaran pensyarah
Bukan mudah! Pensyarah , lecturer kat sini berhadapan dengan pelbagai kemelut & permasalahan untuk menangani student-student ini....TIDAK! Kami sama sekali tidak menyalahkan student dan mengatakan mereka ini beban! Tidak sama sekali! Wahai student-student kami, kamu bukanlah beban, sebaliknya cabaran buat kami, menggalas tugas untuk membuka pemikiran kamu ke arah yang lebih luas.


Pensyarah tak boleh nak treat these students as EXCELLENT STUDENT coz they are actually student yang lemah. Saya sendiri mengajar mereka Introduction to IT, subject komputer. Masya Allah, what I can say that there among 50-60% are not even exposed to the computer usage before. Nak on & off can komputer pun tak reti....nak bukak application pun ada yang masih terkial-kial.....

That is on my subject, in regards to computer & IT....from my point of view, it probably due to kekangan dari batas penyebaran IT di kawasan luar bandar dan juga cabaran dari keluarga yang tidak berkemampuan. My other fellow collegue faces same challenges, especially lecturer Mathematics & English.....pheww....macam yang saya cerita, some of them menghadapi limitation on English usage & failed in Maths subject during SPM and STPM level.....so how these lecturer nak tackle students ni, nak 'menambat hati' dan menarik minat student-student ni untuk mempelajari English dan Maths so that they can continoue their study to the next level.....inilah antara cabaran besarnya!

I remember on how my lecturer in IT treat me when I was on first year on my degree, it was around 10-11 years ago....assignment / tugasan diberi on 1 piece of paper, pandai-pandailah kamu nak baca & pahamkan what the question want....Yes you can refer to the lecturer but only after YOU HAVE READ the instruction and the info that u want to know was not written on the instruction paper......LAINNYA STUDENT-STUDENT DI SINI, every steps, langkah-langkah, instruction diberikan satu-persatu, apa yang harus dilakukan untuk menyiapkan assignment or homework....still ramai yang datang mengadap saya MADAM, MACAM MANA NAK BUAT ASSIGNMENT NI? MADAM, MACAM MANA ITU....MACAM MANA INI......and most of the questions they asked me, the answer are written over there you guys! Semuanya dah ditulis dalam kertas soalan.....it shows that you not read the questions yet. Or probably you don't give a damn what I have written on the questions paper.....penat saya memikirkan dan menaip satu persatu, tapi tak dibaca.....sedey tau?!

Walaubagaimanapun, tidak semua student macam tu....masih ada yang cemerlang dan mampu mengutarakan persoalan yang baik mengenai tugasan yang diberi...even ramai juga berjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan cemerlang....well done you guys!

It is not just about the course, most of the students turut mengalami kejutan budaya...inferiority complex bak kata Dr....keluar dari kampung, kawasan luar bandar...tiba di sini dan dikejutkan dengan budaya pembelajaran yang baru, suasana yang baru. Most of them jugak tak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ini...tapi kerana nak menyambung pengajian terpaksa meninggalkan keluarga yang dah berbelas tahun hidup bersama, tak pernah berpisah. Datang ke sini dengan mengadap rakan-rakan baru, suasana baru.......Walaupun namanya hanya kolej, tapi pabila menggalas tanggungjawab sebagai student in degree level, they have to get ready to change the attitude up to university level. Inilah yang tak ramai student-student ini dapat memahami dan melaksanakan.....

Kecundang di pertengahan atau di penghujung jalan....
Walaupun lecturer dah berusaha & student dah mencuba, apabila menyedari mereka masih gagal nak adapt dengan budaya pembelajaran, so ramailah yang mengambil jalan mudah untuk keluar...BERHENTI DIPERTENGAHAN SEMESTER....memberikan alasan tidak dapat nak memahami & nak cope dengan subject-subject kat sini.....Mereka jadi stress untuk teruskan pembelajaran.....Inilah yang berlaku sekarang...lepas mid sem break@cuti hari raya baru-baru ini, ramai yang mengisi borang untuk berhenti belajar...memberikan pelbagai alasan...ada alasan dari keluarga..tapi most of it, komentar diberikan oleh student adalah gagal nak memahami subject yang diajar oleh lecturer, walaupun dah mencuba selama 5-6 minggu sebelum ini...memang mereka tidak mengeluarkan isu, pensyarah 'gagal' mengajar....even yang datang berjumpa dengan saya sendiri mengatakan EHH MADAM AJAR OKEY, MADAM YANG LAIN PUN AJAR OKEY, SAYA BOLEH PAHAM...TAPI BILA NAK BUAT EXERCISE TU SAYA JADI BLURR...MEMANG TAK BOLEH NAK BUAT LAH MADAM......

Dan antara teguran doktor masa meeting ni ialah pendekatan yang lecturer gunakan ketika mengajar adalah mesti berbeza...we as lecturer cannot treat them as excellent students coz they are not...macam kata rakan collegue saya yang mengajar acccounting...EMMM AKAK MEMANG AJAR MEREKA BUAT SATU-SATU, STEPS BY STEPS...Owhhh dalam kata kasarnya, semuanya haruslah ber'suap'! If necessary, maka extra class for them. Identify which one student yang lemah....try to always being with them...try to identify & tackle their problem 1 by 1.....cubalah asiah.....jangan putus asa dengan mereka....


Anggaplah ini sebagai amal jariah
Memang terkadang terdetik di hati.....DR MANJAKAN SANGAT STUDENT-STUDENT NI....but actually it is true. Inilah perjuangan kita sebagai lecturer kat sini. Berjuang untuk membantu anak bangsa kita sendiri....rata-rata mereka ini student melayu Islam yang lemah yang harus diberi peluang untuk terus belajar, demi nak membantu keluarga di masa hadapan. And even if kalau bukan melayu Islam pun, bukankah mengajar, memberi ilmu yang baik untuk diamalkan, akhirnya adalah sedekah jariah kita sendiri? Takpelah kalau kena berkorban sedikit, merasa susah payahnya nak mengajar student-student level macam ni....haruslah lebih sabar & bertenang....

Perbuatan baik, balasnya adalah baik, insya Allah......saya sendiri punya anak-anak yang masih kecil. Saya tak tahu corak pembelajaran di masa hadapan anak-anak saya....saya mengharapkan sekiranya saya mampu menjadi tenaga pengajar@lecturer yang baik buat student-student saya, biarlah balasan baik ini Allah berikan buat anak-anak saya pulak...semoga anak-anak saya akan mendapat tenaga pengajar@guru-guru yang baik untuk mereka. Dari tahap tadika hingga ke peringkat yang lebih tinggi....dari guru KAFA, guru mengaji, guru silat, guru sek rendah atau guru sek menengah nanti....what u give u get back! Itulah resam kehidupan.....

Antara pesan lain Dr ialah....WHOEVER HERE YANG GAGAL NAK MEMAHAMI MATLAMAT SAYA DALAM KOLEJ NI, TIDAK DALAM HALUAN & SEFAHAMAN DENGAN SAYA, AKAN MERASAKAN KESUSAHAN NAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB INI.....

Allah always with me
Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk melaksanakan tugas ini dengan sebaik-baiknya.....
Berikan kekuatan buatku, kekuatan fizikal, mental, emosi untuk menghadapi apa bentuk cabaran ujian yang mendatang....
Terangkan hati dan akal fikiranku.....
Turunkanlah bantuanMu dan pertolonganMu dikala aku menghadapi kesusahan dan kesukaran....
Kurniakan aku hati yang sentiasa berlapang dada dan mensyukuri nikmat pemberianMu....
Kurniakan aku hati yang sentiasa tenang, sabar dan tabah.....
Kurniakan aku sifat sentiasa bertawakal kepadaMu, sentiasa bermujahdah, konsisten dan istiqamah dalam melakukan amal kebaikkan....

Ya Allah, terangkanlah hati student-studentku....
Kurniakanlah mereka akal fikiran yang sentiasa cerdas,bijak dan pandai.....
Jauhkan mereka dari sifat berputus asa dan ragu-ragu...
Kurniakan mereka sifat sentiasa tenang dan sabar...
Dan bantulah mereka dalam kehidupan mereka....

Semoga ALLAH membantu saya dalam jalan yang lurus ini....Amin.....!

1 comment:

  1. saya juga masih mengajar, kita sedar bahawa di mana2 ipta yg pelbagai kaum, mereka score tinggi bukan kerana mereka cerdik pandai, tetapi diberi tips oleh pensyarah mereka. bila budak kita pergi oversea, semua terkejut berok mengapa melayu boleh cemerlang dan bukan melayu hanya mediocre saja. lagi pun kena ingat, kalau dpt 1st class ia ada kaitan dgn ptptn. kita kena boros dgn 1st class biar budak melayu sama2 enjoy ptptn. let us be like them. just to be fair.

    ReplyDelete