Sunday 4 August 2013

Saya perlu perubahan dalam diri dan luar diri!

Bismillahirrahmanirrahim.

Sekian lama saya meninggalkan kerja-kerja untuk update blog ni. Kadang-kadang saya konpius - adakah saya benar-benar sebuk atau saya gagal menggunakan masa yang ada dengan sepenuhnya & sehabis baik? 

Secara amnya, saya merasakan saya telah GAGAL menggunakan waktu & masa yang dikurniakan Allah kepada saya dengan sebaik-baiknya.....sepatutnya....
  1. Sentiasa ingatkan Allah - ada masa zikir di mana jua...selawat usah dilupa....ibadah diutamakan.
  2. Keluarga - ibu, suami, anak-anak, Sehingga ini Aiman yang sudah melewati usia 6 tahun 10 bulan saya masih belum ajar solat sepenuhnya & mengaji masih buku Iqra 5...ketinggalannya saya.....
  3. Kerjaya - saya sebagai lecturer. Peluang terbentang depan mata, ini cita-cita saya. Tapi saya merasakan sering mengeluh sebab kepenatan & mula merasakan pahit masam susahnya menjadi lecturer. Saya belum beri sepenuh perhatian, kekuatan & keupayaan saya kepada kerjaya mulia ini!
  4. Perniagaan - saya ada perniagaan online saya yg saya mulakan semasa tiada pekerjaan hari tu. Saya berhentikan dengan alasan terlampau SEBUK dan TIADA MASA nak handle. Sedangkan saya sendiri sedia maklum, dari perniagaan datangnya rezeki & kekayaan untuk saya gunakan bayar hutang piutang saya. Dan jugak untuk saya manfaatkan dunia akhirat.
  5. Ibadat - sepatutnya saya mempertajamkan skill amal ibadat saya - banyakkan hafal surah-surah lazim, tambahkan ilmu ttg Islam, Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.
  6. Ilmu - tambahkan ilmu di dada, bukan sahaja terhad kepada mata pelajaran khusus yang saya harus ajar di dalam kelas, tetapi ilmu-ilmu lain seperti ttg Malaysia, pengetahuan am, sejarah, pengetahuan semasa
Sedih lah....rasa sangat sedih di atas kegagalan saya sehingga ke hari ini.....

Tapi saya tahu, masih ada ruang & peluang untuk saya berubah....


Masih bersisa Ramadhan bulan yang mulia & penuh barakah...bulan yang menjadi titik tolak sebarang perubahan & penghijrahan ke arah kebaikkan....saya berjanji akan cuba berubah Ya Allah...

Langkah pertama : betulkan niat.....

Niat saya ialah : nak mencapai redha Allah S.W.T - nak dapatkan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah S.W.T., nak masuk syurga yang abadi, idaman dunia akhirat.....Insya Allah!

Blog ini - Insya Allah - saya wujudkan supaya dapat saya luahkan, ceritakan apa-apa yang ada di dalam hati sanubari saya & dapat pula saya sebarkan kebaikkan ke seluruh dunia World Wide Web - semoga ada kebaikkan untuk para pembaca & adalah sedikit pahala untuk saya nanti di sana!

Ya Allah, aku betul-betul nak berubah, betul-betul nak fokus....dah banyak kali aku niat & aku cuba Ya Allah, tapi aku merasakan aku masih lagi gagal. Bantulah hambaMu yang serba lemah ini Ya Allah!


 AdaMu – Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikanku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Chorus
Kerna kau yang satu
Yang setia bersamaku
Dikalaku jatuhku bangkit kernaMu
Ku tahuku adaMu disisiku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahuku adaMu
Ku adaMu selalu

Ulang Chorus

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahuku adaMu Tuhan
 

No comments:

Post a Comment