Monday 28 October 2013

Cerita tentang GST - Kenduri Kahwin tanpa air sirap, nasi minyak

Bismillahirrahmanirrahim.

Buat masa ini, negara saya Malaysia diselubungi beberapa isu penting, peristiwa & tragedi. Kes rompak dan bunuh di Ambank, kes penculikkan remaja 15 tahun - disumbat ke dalam beg pakaian, kes tragedi banjir di Cameron Highland (banjir di tanah tinggi??) & yang paling terkini - BELANJAWAN 2014 / BUDGET 2014.

Saya bukanlah pakar ekonomi atau arif sangat dalam isu kewangan ni...tapi to be honest, saya suami isteri sekarang memang terasa bebanan nya dari segi kewangan. CUMA KAMI BELEJAR SYUKUR, MEMADAI APA YANG ADA...gaji kami just middle income, cukup makan-pakai....anak 3 orang perlu disara, masih kecil, perlukan susu, pakaian, pendidikan....kami dah ada sebuah rumah - cukup sederhana. Loan bank pun tak sampai 100,000, rumah 3rd hand, fesyen lama....bagi saya jadilah, saya amat bersyukur dapat duduk di rumah kami sendiri, tak perlu susah payah nak menyewa sana-sini....kereta sorang satu, husban pakai accord fesyen lama & saya sendiri pakai kancil. Kena ada, coz saya bekerja perlu memandu sendiri..sekali lagi, SYUKUR ALHAMDULLILAH...mencukupi untuk kami sekeluarga....tak perlu fikir nak mewah-mewah, kereta nak besar & mahal...rumah besar, mahal dgn perabot yang canggih....tak perlu...cukup makan sehari-hari, anak-anak saya dapat pergi ke sekolah. Sesekali ada lebih, dapat bersedekah sedaya mampu....

Tapi itu cerita saya....saya tahu ada banyak keluarga lain di mana ketua keluarganya bergelut nak mencukupkan belanja seisi rumah....anak boleh jadi 4-5-6 orang, semua bersekolah...kalau isteri kerja memang boleh membantu, tapi harus jugak fikirkan bayaran nursery atau babysitter untuk jaga anak-anak ketika isteri keluar bekerja...kalau isteri tak bekerja, cuma harapkan gaji suami...kalau suami bekerja gaji 4-5 ribu sekalipun, saya yakin TAKKAN CUKUP nak menanggung semua keluarga...bayaran kereta, rumah (beli atau sewa), harga minyak kereta, belanja dapur, susu & pampers anak-anak, belanja sekolah anak-anak,...uiihhh...macam-macam, tak tersenarai.....

Dan sekarang kerajaan tambah lagi kos perbelanjaan untuk pengguna - GST.....mendernye GST ni? Insya Allah, saya akan cuba ceritakan lebih lanjut nanti di post berlainan ye?


Saya sharekan satu cerita 'kelakar' dari Facebook page "Islam Agama Ku". Cerita mengenai GST & bakal pengantin...cerita ini sekadar hiburan, tak niat menyindir sesiapa, even tiada kaitan dengan yang hidup dan mati....jom baca!

Cerita tentang GST - Kenduri Kahwin tanpa air sirap, nasi minyak

Suatu hari, encik tunang menelefon cik tunangnya.

Encik Tunang: "Saya nak beritahu awak berita penting."

Cik Tunang: "Apa dia, cepat sikit saya nak goreng keropok ni."

Encik Tunang: "Sabarlah. Saya harap awak pasrah."



Cik Tunang: "Kenapa ni awak? Awak nak kita putus ke?"

Encik Tunang: "Eh Eh Eh..tidak tidak.."

Cik Tunang: "Habis tu?"

Encik Tunang: "Kita kena tangguh perkahwinan kita ke tahun depan satu lagi."

Cik Tunang: "Kenapa?!!!!"

Encik Tunang: "Harga gula naik. Saya bajet RM5-10 ribu je kenduri kahwin. Sekarang dah naik, kos majlis kenduri naik sampai RM15 ribu. Mana saya ada duit on the spot."

Cik Tunang: "Ala, kita bagi air kosong ais je lah dekat tetamu yang hadir nanti. Tak perlulah air sirap! Kan boleh kurangkan bajet tu."

Encik Tunang: "Tak kira, saya nak air sirap jugak!"

Cik Tunang: "Air kosong ais je lah!!"

Encik Tunang: "Air sirap selasih ais gak!"

Cik Tunang: "Sudahlah awak. Baik saya nikah dengan orang lain je."

Encik Tunang: "Eh jangan..jangan..okay okay..air kosong ais okay.."

Cik Tunang: "Menu makanan kita semua kita tukar okay. Sebab saya nak nikah tahun ni jugak!"

Encik Tunang: "Awak nak menu apa?"

Cik Tunang: "Ikan tawar sahaja cicah sambal kicap. Kicap jangan beli cap kipas udang. Mahal tu. Lari bajet. Kicap soya paling murah je okay. Acar timun semua tu taknak. Barang-barang ada GST semua taknak."

Encik Tunang: "..................." (terdiam sambil berkata dalam hati, "ni dah memang betul2 bajet 2014")

Maka berlangsunglah pernikahan mereka selepas itu pada waktu yang ditentukan dengan penuh bajetnya. Yes, tanpa air sirap.

No comments:

Post a Comment