Monday 28 October 2013

Masalah mandi wajib. Masih ramai failed bab mandi wajib.

Bismillahirrahmanirrahim.

Perkongsian mengenai mandi wajib - dari page Facebook "1001 Sirah Nabi Muhammad".

Mandi wajib.

Rukun mandi wajib:
- Niat
- Meratakan air ke seluruh badan

Mudah kan? Tapi masih ramai failed mandi wajib, tak sah mandi wajib, ada yang tak tahu macam mana mandi wajib pun ada.

Wajib meratakan air mutlak ke seluruh inci tubuh, dari atas kepala sampai hujung jari kaki, termasuk celah jari, telinga, leher, dan sebagainya. Antara perkara yang selalu orang kita silap:

- Cedok air, jirus dari atas kepala dan biar air mengalir ke bawah, pastu dah, habis. Ini salah. Ya, Nabi saw pun jirus dari atas kepala ke bawah, TAPI lepas tu Nabi gosok air tu ke seluruh tubuh dengan jari-jarinya, agar semua kena.



- Tidak cangkung ketika membasuh alat sulit dan dubur. Kalau anda rasa badan anda kurus sesangat, tak perlu cangkung pun ruang punggung dapat dibuka, tak ada masalah. Tapi orang berbadan sederhana dan besar, sebaiknya cangkunglah biar punggung itu terbuka. Wanita pun sama, agar bukaan faraj tu terbuka (Bibir faraj dan dinding faraj ialah anggota yang wajib kena ketika mandi wajib - wahai lelaki, jangan imagine).

- Mengabaikan belakang lutut. gosok2 paha dan betis, kadang2 ter-miss belakang lutut.

- Kuku panjang, tak menyisirkan kuku dengan kuku, atau tak membuka ruang kuku, agar air dapat masuk ke dalam.

- Cuping telinga tak digosok betul2. Wax tebal sangat sampai air terhalang sampai pada kulit.

- Mengabaikan belakang telinga. Cuba gosok sekarang kat belakang telinga, pakai jari. Ada daki halus tak? Tu mandi tak sempurna la tu.

- (Lelaki) hanya jirus kemaluan. microfon anda tu terjuntai ke bawah tau, bahagian bawah microfon tu kena air ke? angkat, gosok. Tak nak batalkan wuduk yang diambil masa mula2 mandi wajib? Gosok pakai siku.

- Hanya basahkan rambut (bagi sesiapa yang rambut panjang/tebal). Kulit kepala WAJIB juga diratakan air. Kalau sekadar rambut je basah, kulit kepala tak basah, tak sah mandi. Dalam hadis Saidatina Aisyah berkata, Nabi menyisirkan rambutnya semasa mandi wajib dengan kesepuluh jarinya, sehingga sampai air di kulit kepala.

Banyak lagi kesalahan yang biasa orang lakukan. Tapi ni yang biasa terjadi pada orang. Pentingnya mandi wajib ni agar dapat menge-sah-kan solat dan segala amalan lain yang tertentu..

P/S : Sunnah ambil wudhuk dulu sebelum mula mandi wajib... harap bermanfaat

No comments:

Post a Comment