Friday 15 November 2013

Aiman yang dah 7 tahun - perlu solat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni Sabtu, hari pertama cuti sekolah dalam bulan November....bermakna Aiman akan bercuti sekolah selama lebih kuran 1 bulan++. Walaupun baru darjah 1 (tahun dpan darjah 2), tapi amatlah penting untuk mengajar & mendidik Aiman untuk gunakan waktu cuti sekolah ni dengan sebaik-baiknya.

Exam hari tu, Aiman takde lah cemerlang sangat...berada di kelas tahap ke-4 (kelas D), Aiman dapat nombor 5 dalam kelasnya. Semua subject dapat A, kecuali English - dapat 58% aje - D...Masya Allah!. Syukur tetap syukur. To be honest, Aiman memang jarang ulangkaji di rumah. Kat rumah main dengan adik-adik & tengok TV aje kerjanya....so dengan gred kali ni bagi saya okey lah jugak. Susah nak pantau sepenuhnya bila dah jadi ibu bercareer ni...

Dan yang Aiman paling seronok, tahun depan Aiman dapat masuk kelas A - kelas yang pertama...best jgk lah kot, coz biasanya yang masuk kelas-kelas tahap pertama ni pelajar yang insya Allah bright student & rajin belajar. So diharapnya Aiman akan dapat kawan-kawan yang baik - akhlak baik, rajin belajar, guru yang lebih berdedikasi. Bagi saya ini penting, environment sekolah yang akan mencorakkan sikap & perangai anak saya. Siapa kawan-kawannya? Siapa guru-gurunya? Semuanya memberikan pengaruh dalam membentuk sikap Aiman nanti....semoga Allah sentiasa lindungi Aiman walau di mana sahaja Aiman berada.
Cuti Sekolah Yeay! Boleh Main!

Cuti sekolah - apa nak buat?

Plan saya cuti sekolah ni ialah nak baiki English Aiman & ajar Aiman cara bersolat dengan betul & tepat. Memang selama ni ada sekali-sekala Aiman akan ikut saya solat, tapi sekadar ikut-ikut aje.....wudhuk pun tak ambik...dan selalunya tak ikut...ibu pun salah, tak paksa & tak tekankan...ibu still treat you as a baby! Kecik lagi, tak perlu dipaksa...



Tapi kali ni Insya Allah, saya akan cuba nak ajar Aiman solat, ambil wudhuk dengan sempurna & didik Aiman solat 5 waktu sehari semalam...Saya akan cuba terapkan dalam akal fikiran Aiman  kenapa kena solat, apa kebaikkanya solat, betapa bestnya dapat solat....Ya Allah permudahkanlah jalan-jalan ku, bantulah aku....

Ada beberapa tips untuk kita didik anak solat dari awal, dari muda. Di bawah ni tips dari Wardina. Amat berguna & boleh dipraktikkan.

Cara Wardina Mengajar Anak Untuk Solat 5 Waktu (diambil dari website http://my-adam.blogspot.com/2013/01/cara-wardina-mengajar-anak-untuk-solat.html#ixzz2kn0pLZkX)

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-


1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat


2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”


3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..


4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)


5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.


Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?


Tips berguna yang lain.
Tips ni saya ambil dari website http://umisofie.blogspot.com/2011/04/tip-mendidik-anak-solat-berkongsi-cara.html

Tip 1 : Pastikan anak2 sudah terbiasa melihat pemandangan orang bersolat sedari kecil. Maksudnya, ibubapa di rumah WAJIB solat 5 waktu sehari semalam. Tak boleh culas! Seboleh-bolehnya, biarlah ibubapa itu sentiasa solat berjemaah bersama.  Tapi, kalau si bapa perlu ke surau atau masjid, biarlah anak2 bersolat dengan ibu.

Tip 2 : Sediakan sejadah kecil buat anak2 walaupun anak2 anda masih berusia setahun, 2 tahun atau 3 tahun. Kerana, kalau ibubapa menyediakan sejadah untuk anak2, secara automatik, dengan sendirinya, mereka dah tahu, "Ohw, sejadah ini untuk adik solat dgn ibu dan ayah." Sekiranya dari kecil sudah terbiasa dengan keadaan ini, ibubapa tidak perlu bersusah payah memberitahu bahawa solat itu WAJIB bagi setiap Muslim. bagi anak perempuan, mungkin ibubapa boleh menyediakan telekung kecil. Tapi, untuk Sofie saya hanya menyediakan tudung sahaja. Tu pun pakai kejap, tanggal cepat. :-D

TIPS 3 : Pastikan ibubapa mengajak anak solat berjemaah sekali. Beritahu anak solat itu perintah Allah. Bukan perintah ibubapa.

TIPS 4 : Bila anak sudah berusia 5 atau 6 tahun, cuba perdengarkan mereka bacaan-bacaan dalam solat.

Tips 5 : Bila anak dah boleh solat dengan sempurna, sentiasalah mengingatkan mereka bahawa solat itu perintah Allah. Solat anak2 saya pun masih belum sempurna, ye la... budak,kan? Sedangkan kita yang dewasa ni pun belum tentu solat kita sempurna. Kadang, anak2 ni sambil bersolat tergaru sana, tergaru sini, siap goyang2kan badan lagi. Tak mengapa, itu semua proses pembelajaran, supaya anak2 tahu solat itu ada rukun2nya tersendiri. Dalam pada tu, ibubapa perlu beritahu anak, apakah perkara yang boleh membatalkan solat mereka.

Tips 6 : Pujilah anak bila mereka selesai tunaikan solat. Minta dia bersalam dengan kita, dan ibubapa berilah kata2 motivasi supaya anak2 akan terus bersolat. Perkara yang saya selalu buat, apabila anak2 saya selesai solat, mereka akan mencium tangan saya dan suami, sambil berdoa dalam hati, semoga anak ini menjadi anak soleh.



No comments:

Post a Comment