Thursday 14 November 2013

Dari syukur jadi riak!

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi Jumaat yang penuh kemuliaan, penuh barakah, penghulu segala hari....doa-doa mudah diperkenankan hari ini.

Bersyukur - ikhlas - bersyukur - ikhlas....jadi riak, takbur, bangga diri.....

Terkadang susah nak kontrol penyakit hati - RIAK, TAKBUR, UJUB, BANGGA DIRI....inilah penyakit hati kronik bagi saya, even saya pernah dengar penyakit sebegini menjadi tunjang ke arah SYIRIK KECIL! Nauzubillah....

Saya memang selalu berharap dapat kontrol penyakit ini....risau, kekadang kita berbuat sesuatu adalah untuk menunjukkan rasa syukur kepada kita Allah atas segala pemberian nikmat yang telah diberikanNya. Kita cuba jgk untuk ikhlas, seikhlasnya semata-mata kerana Allah, tetapi akan sentiasa ada bisikan dalam hati mendorong ke arah rasa RIAK, UJUB, TINGGI DIRI atas setiap kebaikkan yang kita buat...

tak nak riak

Susahnya nak kontrol...memang sesuatu perkara kebaikkan & kebajikkan yang kita buat sedaya upayanya kita niatkan ikhlas kerana nak dptkan redha Allah....nak berkongsi rasa syukur atas nikmat yang Allah Taala berikan dengan insan-insan lain....perasaan untuk sentiasa nak memberi instead of sentiasa menerima...

Tetapi pasti nanti akan terdetik di hati....
WAHHH MESTI NANTI RAMAI ORANG PUJI AKU....
MESTI ORANG AKAN SUKA KAT AKU NI.....
MESTI ORANG KAGUM DENGAN AKU.....
ORANG NANTI AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA APA-APA YANG AKU BUAT....



Kadang-kadang ianya datang secara lintasan dalam akal fikiran, terdetik dalam hati....kita TAK NAK SEMUA NI....Kita nak IKHLAS, IKHLAS, IKHLAS KERANA ALLAH....waaa.....RIAK, UJUB TAKBUR - TOLONG PERGI JAUH-JAUH...GO AWAY, GO AWAY!


Ya Allah, susahnya nak kontrol perasaan hati ni.....

Mungkin saya akan gunakan cara dan pendekatan berbeza untuk kontrol RIAK ni seperti mengalihkan cara bersyukur - menunjukkan rasa syukur ini kepada perkara & bahagian yang lain....supaya orang lain tak tahu, so takde lah rasa riak ni timbul...bak kata pepatah - bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri langsung tak tahu...Insya Allah!.

Pertama sekali - langkah-langkah bersyukur...apakah tandanya kita ini bersyukur?
(dari web http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com/2010/06/renungan-jumaat-tanda-tanda-orang-yang_04.html)

1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan.

2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan.

3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal.

4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu.

5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’.

6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain.

7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha.


Berusahalah supaya tidak riak...hayati statement di bawah.
(dari web http://akuastronaut.blogspot.com/2012/04/hilangkan-rasa-riak.html) 
 

Riak atau sifat nak menunjuk-nunjuk ni adalah sifat yang amat ditegah dalam Islam. Sifat riak ini merupakan lawan kepada ikhlas.
“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

"Tanda riak itu ada 3 perkara: Malas beramal jika sendirian, rajin beramal jika dalam ramai dan menambah amalan jika dipuji dan menguranginya bila dicela"
 
Sentiasalah ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlaslah kerana Allah. Kalau perlu, tak payah la bagitahu orang mengenai apa yang kita kecapi. Kenapa? Sebab ini bukan saja boleh elakkan diri kita dari riak, malah, dapat elakkan timbulnya rasa dengki dalam diri orang yang dengar akan kejayaan kita tu.
 

Sentiasa berdoa pada Allah agar diri dijauhkan dari sifat2 riak dan ingatlah akan azab Allah yang pedih. Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

Sama-samalah kita ingat, bahawa Allah mengetahui apa yang terlintas di hati kita tu.

"Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran, ayat 29)


Semoga saya ikhlas dalam menulis blog - hanya untuk perkongsian ilmu & demi redhaNya - buang jauh-jauh unsur R.I.A.K....(apalah sangat penulisan ini!)

Semoga kita semua berjaya menjauhkan diri dari RIAK! Amin....:-)

No comments:

Post a Comment