Sunday 1 December 2013

Seminggu berlalu.....

Bismillahirrahmanirrahim.

Merencanakan blog ialah suatu perkara yang paling membahagiakan buat saya. Ianya umpama revision kehidupan, sambil menaip, melakar satu persatu rencah kehidupan, barulah kita boleh review balik sebarang kekurangan, kecacatan dalam kehidupan kita.....sambil memikirkan rahmah, hikmah disebalik setiap kejadian... 



Facebook jadi panduan. Saya tak pasti bagaimana orang lain menggunakan laman social ini - adakah untuk kebaikkan atau keburukkan....tapi insya Allah, so far setiap kali saya post something saya cuba sedaya upaya meniatkan setiap perkara itu untuk kebaikkan semua. FB sebagai laman perkongsian perihal hidup saya. Sekiranya ia menggambarkan teladan yang salah, semoga ianya menjadi renungan setiap pembaca.....dan sekiranya ia memberikan teladan yang baik, saya berharap ianya akan menjadi ilham / idea untuk orang lain berbuat perkara kebaikkan juga....Niat perlu lurus, hanya satu - MENCARI REDHA ALLAH.....sebab tu setiap kali ada sesuatu perkara yang saya lakukan, perkembangan diri saya, anak-anak, keluarga atau sekeliling saya akan kongsikan di FB dan seterusnya di blog ini.

Happy Anniversary Abang!

26/11 - genap 8 tahun usia perkahwinan saya. 8 tahun bergelar isteri kepada seorang suami......8 tahun belajar nak menjadi isteri yang solehah, taat suami, taat Allah....memang byk dugaan yang harus di lalui...kesabaran diuji...tapi Alhamdullilah sampai sekarang saya masih sabar, tabah, tenang....kita terima seadanya kelemahan & kekurangan pasangan kita...Saya sendiri pun tak sempurna..banyak sangat kelemahan & keburukkan, Tapi Alhamdullilah, sepanjang 8 tahun kahwin, langsung takde komplen dari encik asben, cuma ada beberapa teguran yang boleh diterima...langsung tak pernah tangannya hinggap ke badan saya, jauh sekali nak mencubit...kalau pun ada yang saya terasa hati, terkecil hati, selalu saya pujuk diri sendiri - AKU NI SENSITIF SANGAT....menjadi suami isteri tak semudah A TO Z....perlukan kesabaran, kefahaman dan timbang rasa bersama....TAKKAN ADA PASANGAN YANG SEMPURNA....bergantung kepada kita untuk melihat ketidaksempurnaan itu.....dan sejauh mana daya kita untuk memperbaiki kelemahan itu bersama-sama....

8 tahun kahwin - anak dah 3. Syukur Alhamdullilah.


Kek Oreo Cheesekek Secret Recipe sponsor by asben.


Masak dan memasak....

Sepanjang minggu ni jugak, saya mempertajamkan skill memasak saya....hehehhehe....takde lah terer masak sangat. Cuma terfikirkan harga barang makanan semakin meningkat...kadang kala kalau kita teringin nak makan sesuatu, probably kita kena cuba buat sendiri supaya kos lebih jimat! Bertambah lagi dengan ahli keluarga yang dah bertambah ramai - yang nak makannya pun ramai. Kalau nak beli dah siap kadang kala memakan kos.....so mana yang termampu saya buat sendiri. Alhamdullilah, anak-anak pun suka....


Projeck murtabak mini

Memasak sendiri ni banyak sangat kelebihannya....saya perasan semenjak saya berhenti kerja dalam 2 tahun lepas. Berhenti kerja disebabkan banyak sangat faktor-faktor, antaranya sebab anak-anak saya selalu tak sehat. Kerap demam, kerap selesema, batuk.....tak sembuh-sembuh. Hospital SALAM berdekatan rumah umpama rumah kedua keluarga saya. Bersilih ganti masuk....bulan ni anak sulung, dah baik, bulan depan anak kedua pulak....Bila dah berhenti kerja, macam angin taufan berenti meniup - serta merta anak-anak saya sehat walafiat. Ada jugak sesekali tak sehat, tapi tak teruk...cepat baik....dah takde selalu sangat nak ke hospital. Bila fikir-fikir balik, berkemungkinan antara sebabnya adalah kerana SAYA SEMAKIN KERAP MEMASAK UNTUK KELUARGA BERBANDING MEMBELI MAKANAN DI LUAR. Sememangnya semasa saya berkerja dulu, saya kerap beli makanan - makan sarapan di luar, makan malam di luar...bekerja di luar daerah tpt saya tinggal tak 'membenarkan' saya untuk memasak sesudah kembalinya dari tpt kerja...yelah, kalau dah smpi umah kul 9-10 malam, tak logik plak nak memasak rasanya...


Aidil suka, ibu seronok!
Projek buat aiskrim sendiri.
Aiman suka aiskrim, berulang makan.

Roti canai dengan bantuan mak.
 Semenjak berhenti kerja hari tu, sampai lah ke hari ini - saya dah pun kembali bekerja, tapi pekerjaan dekat dengan rumah....cepat balik so dpt ler masak...Alhamdullilah memang anak-anak sehat walafiat sentiasa....syukur sangat-sangat. Terima kasih kepada kompeni ni krn sudi ambil saya bekerja! 

Aiman dan Cuti Sekolah

Aiman memang suka datang opis saya...kalau boleh hari-hari nak datang. Inilah antara salah satu aktiviti minggu ni - bawak Aiman datang ke opis saya & have a day fun together! Sebenarnya takdelah have fun pun, tapi keluar sekejap tengahari untuk membeli barang keperluan sekolah Aiman...barang kat sini memang agak murah. So dapatlah Aiman beg sekolah baru, jam tangan baru, wallet baru, botol air baru, peralatan tulis baru & dpt belikan beberapa buah buku baru lagi untuk Aiman baca. Alhamdullilah.....rezeki dari Allah....Aiman yang paling seronok coz dpt shopping dengan ibu sorang aje tanpa ada gangguan dari 2 tentera kecil (adik-adiknya). Seronoknya shopping jalan-jalan sana sini sampai tertidur dalam keta masa balik keja....letih sangat tuh! 

Aiman kat opis ibu.
Letih sangat, on the way balik keje dah tertido.
Alhamdullilah....sekiranya ada cerita akan dikongsikan lagi...Terima kasih kerana sudi membaca!

No comments:

Post a Comment