Monday 21 September 2015

Setahun itu, aku tidak mati...

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas Rasullullah S.A.W., para ahli keluarga baginda dan para sahabat.

Menyepi...
Selama lebih dari setahun....
Itu tidaklah bermakna diri ini sudah mati, dikapankan dan dilemparkan ke jurang 7 kaki...
Aku masih hidup, masih bernafas secukupnya oksigen kurniaan Allah Yang Maha Pemurah....
Aku sendiri tidak mengerti ke mana hilangnya passionate, rasa untuk menulis blog..
Walhal sudah kuniatkan dalam hati - bahawa blog ini umpama warisan, wasiat turun temurun, tempat perkongsian ilmu, perkongsian rasa, diniatkan demi mencari REDHA si Dia yang Maha Esa...

Sebok? Yea aku agak sebuk dalam setahun ini...sebok melayan kehendak nafsu duniawi...memenuhi tuntutan kerja, memenuhi tuntutan keperluan keluarga dan diri sendiri yang hanya fatamorgana....
Setahun, nampaknya tiada kepuasan dalam nafsu ku walau sudah satu telaga nikmat dunia yang kuteguk...

Dan baru-baru ini aku terpempan...aku ditampar, aku dikejutkan dengan tragedi ini......

Tragedi ini yang menjadi rahsia hidup aku...cukuplah hanya aku, dia dan Dia yang tahu...



Ianya dah berlalu..dah selesai....dah baik...dari dasarnya, dari permukaanya....

Tapi aku tak mampu nak menepis rasa hiba, rasa sayu, rasa sedih...kadang-kadang aku akan terkenang balik apa yang terjadi...adakah salah aku, adakah aku puncanya? Tak mampu aku nak tampung kolam air mataku dari mengalir....Allah, kuatkan hatiku ya Allah....


Dan kadang-kadang timbul rasa ragu...rasa curiga andainya perkara yang sama berulang kembali...apa aku nak buat...Ya Allah Yang Maha Kaya & Bijaksana....semua berlaku atas ketentuanMu Ya Allah.....lindungi aku ya Allah. Lindungi aku dari niat jahat manusia...lindungi aku dari tipu daya manusia....jauhi aku dari sifat putus asa dan buruk sangka ya Allah....







Mula dan Akhir - Dato Ct Nurhaliza
Hidup ini bermula
tanpanya ada apa apa
begitu juga lah hujungnya
harus pulang cara serupa

seketika disini
persinggahan mencari erti
sebelum waktu ku terhenti

setinggi mana pun mendaki
sejauh mana pun berlari
dan mengejar duniawi

pasti tiba satu hari nanti ku di uji
jatuh terpinggir sepi

Sungguh nya aku tak bisa
menghalang suratan yang sudah
di arah hanya bermampu bersabar
dan sujud pada nya sebelum
di hitung sebelum dihukum
hanya mampu lafazkan bisik bisik kapan
moga dibukitkan segalanya

seringkali terlupa melalui jalan yang salah
leka dan hanyu dalam dosa sehingga kabur mata jiwa
seketika di sini persinggahan mencari erti
sebelum waktu terhenti

No comments:

Post a Comment