Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, 22 February 2013

E-IQRA : Antara pilihan alternative dalam belajar mengaji.


Bismillahirrahmanirrahim.
Saya memang dah beberapa bulan menjadi agen secara online, menjual produk E-IQRA. 

Kepada para ibu bapa, guru-guru, ustaz ustazah, mesti dah familiar & tahu tentang penggunaan Iqra dalam pembelajaran mengaji Al-Quran. Iqra yang mengandungi 6 set buku memang dah lama ada di pasaran, seingat-ingat saya dari semasa saya kecil lagi. Tapi masa tu, arwah ayah saya masih menggunakan Muqaddam yang lama dalam mengajar anak-anaknya mengaji. Cara tradisional tapi masih bagus jugak dalam nak memperkenalkan kepada anak-anak kepada kalam Allah ini.

muqaddam
Lepas tu timbul idea baru untuk wujudkan buku Iqra, ada buku 1 hingga 6. Ada jugak yang buat dalam 1 buku.

Iqra buku 1-6

Saturday, 13 October 2012

Hobi yang semakin dilupakan.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhبِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلر. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Saya memetik semula petikan blog asal saya, http://ummuaiman82.blogspot.com/2011/09/hobi-yang-semakin-dilupai.html

Saya sebenarnya minat membaca. Saya suka membaca apa-apa jenis bahan bacaan - majalah, novel, buku, bahan internet, newspaper atau apa-apa sahaja. Minat saya semakin berkurang sejak saya berkahwin dan beranak pinak. Mungkin sebab sebuk dan tiada lagi dorongan. Dulu-dulu masa zaman belajar (dari sekolah sampai masuk universiti) minat saya disuntik, dijentik, didorong oleh kawan-kawan. Lepas tu, bila sudah mula bekerja dan berkeluarga, saya makin melupakan minat saya ini. Buku-buku lama saya banyak terbiar di rumah. Termasuk lah majalah-majalah kesayangan.

Tapi lama kelamaan, saya mula sedar diri saya makin ketinggalan! Tanpa buku, saya BUKANLAH SESIAPA! Dari buku datangnya ilmu. Dari ilmu datangnya pengetahuan. Bagi saya, dari pengetahuan datangnya KEYAKINAN DIRI. Masa dahulu, tujuan membaca bahan bacaan bahasa inggeris kerana tak mahu ketinggalan dalam penggunaan dan penggayaan bahasa kedua negara ni. Tapi sekarang, saya dah semakin jauh dari bahasa inggeris. Grammar saya hancus! Vocabulary semakin low!

Bagi saya pengetahuan memandu hidup saya. Tapi ilmu pengetahuan saya mungkin tak dapat berada ke tahap hari ini. Saya perlukan bimbingan dalam ilmu agama, ilmu kekeluargaan, ilmu sosial dan macam-macam lagi. Semuanya untuk meningkatkan tahap motivasi diri saya sendiri. Saya mahu menjadi cemerlang dalam segala-galanya, dari dunia sampai ke akhirat. Cemerlang sebagai hamba Allah, cemerlang sebagai seorang anak, cemerlang sebagai seorang ibu, cemerlang sebagai seorang isteri, cemerlang sebagai pekerja dalam organisasi saya.

Tidak ada pantai tak di lambung ombak - dugaan dan ujian hidup datang silih berganti. Ye, kite janganlah lupa berdoa dan meminta pertolongan dari Nya yang Maha Esa agar diberi ketetapan hati, kekuatan benteng iman dan taqwa, kekebalan tembok kesabaran, ketabahan, ketenangan dalam mengharungi apa jua bentuk ujian dan dugaan yang didatangkan Allah. Supaya hati dan jiwa kite kental dan tabah mengharungi apa jua keadaan dan situasi yang mendatang. Tapi bukankah di samping berdoa, kita juga perlu berusaha untuk mengatasi apa jua masalah yang mendepani kita? Bukankah mencari ilmu itu juga merupakan suatu usaha agar kita tahu jalan yang terbaik harus kita pilih?

Sekarang nie, anak saya yang sulung sudah pun berusia 5 tahun, Saya mahu dia minat kepada buku dan minat membaca. Antara salah satu langkah penting yang perlu diambil untuk kita pupuk minat seorang kanak-kanak untuk membaca ialah KITA SENDIRI HARUS MEMBACA!
Jemput singgah ke blog-blog perniagaan saya dibawah.....Online Bookstore masih dalam pembinaan.
http://www.mylittlecaliph-books4you.blogspot.com/

Monday, 1 October 2012

MY LITTLE CALIPH KIDSWEAR - CLEARANCE SALES!

Assalamualaikum.

Sila jemput ke online stores saya - http://www.mylittlecaliph-kidswear.blogspot.com/

Masih ada banyak lagi cool product & items for baby & kids yang perlu dihabiskan sebelum nak melangkah ke tahun baru, 2013...yerp, memang panjang lagi masa...tapi kalau bekerja di sektor swasta, this period is called LAST QUATER.....dah tak lama dah. So,tunggu apa lagi, jom singgah ke online stores saya. Ada jubah, baju kurung, rompers, gown, pyjamas....memang murah & tiada charge penghantaran!

Untuk semua koleksi Jubah - cuma RM50.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi pyjamas BABYGAP - cuma RM20.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi gown SARAKIDS - cuma RM40.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi rompers Disney (Mickey Mouse, Minnie Mouse, Winnie the Pooh, Donald Duck, Cars) - cuma RM19.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi rompers MY DAD IS COOLER THAN YOUR DAD & Angry Bird Orange - cuma RM17.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi jumpers - rompers POLO RALPH LAUREN - cuma RM26.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi baju kurung kanak-kanak chiffon - cuma RM50.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.

Untuk semua koleksi baju kurung kanak-kanak cotton shirt - cuma RM40.00 sahaja, termasuk kos penghantaran.


Cuma nak habiskan stok dalam kotak, dalam almari & bawah katil aje...still baru,masih dalam plastik, first hand!


Jangan lupa check page BIG TEDDY BEAR, produk terbaru online store kami. Boleh dihadiahkan kepada orang tersayang - anak, isteri atau sesiapa pun, dan anda pasti akan di ingati selalu! However,untuk size kecil dah habis dulu.....tinggal size yang lain-lain & limited colour aje....:))




Thursday, 21 June 2012

SHOPPING DI MYDIN SEREMBAN DGN ANAK-ANAKKU

Hari nie agak memenatkan setelah beberapa hari tak keluar rumah dan berjalan. Bawak anak pegi Mydin Seremban sebab dah janji dgn Aiman nak belikan kereta remote control....kat Mydin murah sikit harganya compare dgn Giant, TEsco dan tpt lain...alhamdullilah, dpt ler yg harga RM17.90 satu. Kene beli 2 coz yg adik Aidil pun nak mesti nak satu....susahjugak sbb tak pernah didik anak untuk berkongsi. Semua barang kene beli serba 2.....cuma kalau bab makan boleh lah abang kongsi dgn adik....mcm2 hal anak-anak.....Alia ku tinggalkan sekejap di rumah x-babysitter. Mama nya pn dah rindu kat si kecik nie. Walaupun dah 2 mingbu tak jumpe, bby ku tergelak riang bila nampak Mama nya....apa lagi bila mama hulur tgn nak dukung...bertambah suka.....

Since pegi dgn mak, mak pun insist, dah lama mak nak beli tangga kecik dan almari kecik....since kat Mydin takde, so lps tu singgah pulak ke Giant...akhirnya tercapai jugak lah cita2 mak ....okey laa....

kkeretaRemote control Ben10  berhargaRM17.90 satu
Hari yg penat, tapi sekali-sekala jee....eheheheh