Friday 22 February 2013

E-IQRA : Antara pilihan alternative dalam belajar mengaji.


Bismillahirrahmanirrahim.
Saya memang dah beberapa bulan menjadi agen secara online, menjual produk E-IQRA. 

Kepada para ibu bapa, guru-guru, ustaz ustazah, mesti dah familiar & tahu tentang penggunaan Iqra dalam pembelajaran mengaji Al-Quran. Iqra yang mengandungi 6 set buku memang dah lama ada di pasaran, seingat-ingat saya dari semasa saya kecil lagi. Tapi masa tu, arwah ayah saya masih menggunakan Muqaddam yang lama dalam mengajar anak-anaknya mengaji. Cara tradisional tapi masih bagus jugak dalam nak memperkenalkan kepada anak-anak kepada kalam Allah ini.

muqaddam
Lepas tu timbul idea baru untuk wujudkan buku Iqra, ada buku 1 hingga 6. Ada jugak yang buat dalam 1 buku.

Iqra buku 1-6

Mana-mana cara pun boleh...insya Allah berkat guru atau ibu bapa yang mengajar anak-anak pasti akan dapat faham & dapat mengaji Al-Quran sepenuhnya. Walau bagaimanapun sekarang ni ada pelbagai alternatif lain dalam nak mempelajari Al-Quran dan mengaji. Cara ni bukanlah hanya khusus untuk anak-anak kecil prasekolah, tapi jugak boleh diguna-pakai untuk orang dewasa yang baru mula nak mengenal Al-Quran atau para saudara baru kita yang baru memeluk Islam. Cara alternatif lain ni boleh jugak dicuba untuk menambahkan minat yang lebih mendalam untuk belajar mengaji, especially buat anak-anak. 

Antara cara alternatif yang popular ialah menggunakan video CD interaktif, boleh dipasang di komputer / laptop. So instead kanak-kanak leka & asyik main game di komputer, ibu bapa boleh pasangkan VCD E-IQRA dan kanak-kanak boleh main klik-klik. Ianya turut mengeluarkan audio & visual yang amat menarik minat kanak-kanak. Interaktif, warna-warni dan amat menarik. Ikuti visual VCD dibawah, menarik kan?

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd

E-IQRA - vcd


E-IQRA - vcd



E-IQRA - vcd





E-IQRA - vcd

Yang nie pulak saya ambil snap shot untuk buku E-IQRA. Kalau Iqra yang biasa ada 6 buku, untuk E-IQRA ada 3 buku sahaja. Buku-bukunya ada Jilid 1 hingga 3 – semuanya berwarna-warni dan boleh menarik minat anak-anak kecil sedari dari umur 3 tahun untuk mempelajari Al-Quran. Tak cepat membosankan & insya Allah pembelajaran mengaji akan menjadi lebih mudah. 


E-IQRA - buku


E-IQRA - buku

E-IQRA - buku


E-IQRA - buku







E-IQRA - buku








E-IQRA - buku








E-IQRA - buku



Set E-IQRA ni didatangkan dalam bentuk kotak kecil bentuk segiempat sama. Memuatkan kesemua 3 jilid buku dan 3 keping VCD. Tengoklah snapshot dibawah. Amat mudah di bawa ke mana-mana – nak balik kampong ke, nak pergi bercuti ke….
E-IQRA

E-IQRA

E-IQRA

E-IQRA



E-IQRA
Ini gambar anak saya, Muhammad Aiman Hafiz memegang contoh set E-IQRA. Alhamdullillah, kalau ikut set Iqra biasa Aiman sekarang dah buku Iqra ke-4. Set E-IQRA nie memang sangat membantu!
E-IQRA
E-IQRA boleh juga digunakan untuk seisi keluarga dan semua anak-anak. E-iqra tidak terdapat di mana-mana kedai buku, saya adalah antara pengedar ekslusif secara online. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan merupakan karya asli pertama di Malaysia. E-IQRA juga diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan menepati kehendak kokurikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Harga cuma RM210.00, percuma postage charge di seluruh Malaysia. Nak dapatkan E-IQRA? Kunjungi online bookstore saya di alamat ==> http://kedaibuku-books4you.blogspot.com/2012/10/set-lengkap-e-iqra-belajar-tajwid.html

Boleh jugak tinggalkan message di sini atau email ke mylil.caliph@gmail.com atau telefon /SMS ke 019-3308401.

Kita sebagai ibu bapa sepatutnya tidak harus berhenti berusaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak. Insya Allah akan ada jalan Allah tunjukkan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, cuma kita yang harus mencuba dan berusaha. Usah putus asa kalau terdapat di kalangan anak-anak kita yang susah atau malas nak belajar mengaji. Ramai ibu bapa yang mengalami masalah dan pengalaman yang serupa. Insya Alah dengan adanya jalan & cara alternatif lain, masalah akan dapat diselesaikan. 

Ada juga cara lain dalam mempelajari Al-Quran, tanpa menggunakan VCD dan komputer. Dengan menggunakan pen pintar. Sila baca mengenainya di sini, Pen Pintar MyIman yang didatangkan dalam pakej IQRA MyIman. Sila baca mengenai info produk yang istimewa ini di sini ye ==> http://kedaibuku-books4you.blogspot.com/2013/01/iqra-myiman-edisi-terbaru.html.

IQRA MyIman

No comments:

Post a Comment