Saturday 2 February 2013

Dari Hati & Jiwa Yang Tak Tenang....

Firman ALLAH: "Beruntunglah orang yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya." (Asy - Syams: 9)




Bismillahirrahmanirrahim.
Kenapa hati & jiwa tidak tenang? Dari pengalaman saya sendiri - ada beberapa sebab.....

  1. Jauh dari Allah S.W.T. & Rasullulah S.A.W. - tahu ibadat sunat, tapi tak buat & buat tak tahu aje. Al-Quran ditinggalkan sehari, jiwa akan jadi tak tenang. Amalan sunnah rasul tahu, tapi tak buat. In other words, jauh dari Islam.
  2. Ada sakitkan hati orang tak? Ada tak berjanji dengan orang tapi tak tunaikan? Ada tak hajat beberapa orang yang terdekat, yang mampu disampaikan, tapi tak buat? Ada tak tanggungjawab pada orang, tapi tak buat atau diselesaikan?
  3. Mudah rasa putus harapan / putus asa bila beberapa target / matlamat tak tercapai, sudah putus asa dengan rahmat Allah. Tak berusaha atau berdoa lebih lagi.
  4. Ada dosa-dosa kecil yang dibuat dengan sengaja. Tahu berdosa, Allah benci, Rasul tak suka. Tapi buat jugak.....1 dosa kecil = 1 titik hitam. Kalau banyak titik hitam, mana nak tenang hati tu......
  5. Ada kerja-kerja yang bertangguh tak dibuat. Nak buat, tapi tak buat-buat. Bertangguh boleh membuatkan hati tak tenang, jiwa resah.....
  6. Probably jugak sebab niat di hati dah menyimpang. Ingat, setiap hembusan nafas, niatkanlah kerana NAK MENCARI REDHA ALLAH. Jaga semua niat.....
  7. Azam itu, azam ini....tak tercapai. Nak jadi baik, nak jaga solat, nak buat mcm2 kebaikkan...tapi tak tercapai. Buat yang serius untuk nak mencapai azam, bila tak terlaksana, ianya jugak akan membiat hati & jiwa tak tenang.
  8. Sakit? Bila sakit memang jiwa tak tenang. Walaupun sakit itu kecil e.g. lenguh kaki, sengal kaki, sakit perut sebab angin...
Dah beberapa hati saya tak post blog, ada beberapa perkara yang saya nak sampaikan, kongsikan. Tapi tak terbuat....kadang-kadang putus asa dengan diri sendiri sebab tak berusaha dengan sekuatnya dan sebaiknya. Keep on bagi alasan itu, alasan ini......

Saya serahkan semua kepada Allah S.W.T. Saya sedang dalam kesakitan....sakit kepala, selesema, badan sakit-sakit lenguh. Baru sapu minyak panas pada kaki & telan ubat selesema. Memang niat di hati nak laksanakan ibadah malam. Insya Allah sekejap lagi lepas badan lega sikit.

Semoga hati kita semua akan tenang, walaupun 1001 masalah menghimpit dada, akal fikiran. Saya bertawakal segalanya kepada Maha Pencipta. Amin.

Ikhlas dari hati, 
Norhasiah Mohd Akhir, 2.28 a.m, 3/2/2013, seawal pagi Ahad. 

No comments:

Post a Comment