Friday 22 February 2013

Intai-intai dapur Asiah : Project Pizza di rumah.


Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam last week, saya try buat pizza sendiri. Tapi base pizza tak berani nak buat sendiri coz memang sebelum nie ada pengalaman buat – tak jadik, pizza base tak naik sewajarnya. So tak konfident nak buat pizza base sendiri. Kerana nak memenuhi permintaan anak kesayangan untuk merasa pizza buatan dari rumah sendiri, so saya pun survey kat Giant untuk carik pizza base yang dah siap.

Alhamdullilah, jumpa satu brand ni, buatan Malaysia & ada tanda halal JAKIM. Nama brand TRACIOUS. Dah kira baik lah nie coz sos pizza pun diberi sekali. Saya beli jugak sausage, kepingan ayam boneless, keju topping, lada benggala & yellow union, untuk topping. Actually untuk topping pizza ni terpulang lah dengan citarasa masing-masing. Ada suka seafood, boleh letak udang ke, ketam ke. Boleh jugak letak ikan bilis. Kalau nak senang tahu topping apa yang sedap, kena try tengok kau menu Pizza Hut or Domino’s Pizza coz kat menuanya ada tulis sekali topping apa yang diletak untuk setiap type of pizza.

Cara nak buat senang sangat. Base dah siap, cuma tinggal nak letak topping & bakar aje. Untuk sos pizza saya alter sikit sos yang diberi. Saya panaskan semula sos pizza & saya tambahkan sos pasta Prego dalam 2-3 sudu besar & sesuaikan semula rasanya. Ummmpp….memang sedap, ala-ala sos pizza dari restoran yang famous. Hehehe....


pizza sendiri di rumah



Lepas tu senang aje lah kerja kita. Masa nie saya panggil anak kesayangan yang request pizza nie – Muhammad Aiman (7 tahun). Aiman ni bila tanya cita-citanya, dia memang nak jadik Chef. So pantang ada aktiviti masak-memasak yang menarik minatnya memang die selalu nak join sekali. Anyway, untuk pizza ni tugas aiman hanyalah untuk tabor topping aje. Kerja yang mudah dan senang. 

First step, sapukan sos pizza secukupnya. Kemudian taburlah topping ikut suka. Setiap pek pizza Tracious ada 2 base pizza. So 1 untuk ibu & ayah – ditabur kepingan ayam rebus, sausages, cili benggala & bawang kuning. 1 pizza lagi tiada cili benggala & bawang coz aiman tak suka. Then tabor cheese & baker dalam 10 ke 20 minit. Siap & dan boleh makan. 

pizza sendiri di rumah

pizza sendiri di rumah
Masa memula siap, mak kata “ISHKK..Banyaknye..habis ke ni??”…hehehe…sekali tak cukup pulak…lagi puas hati dapat buat sendiri pizza kat rumah….





1 comment:

  1. Aslkm,

    Nk tny sket..keju topping tu ade tanda halal tak? sbb sblm nie sy & isteri ade rancang nk bt pizza sndri jgk tp cari keju topping xde yg ada tanda halal.

    ;)

    ReplyDelete