Tuesday 12 February 2013

Welcome Back...new spirit, new journey, new inspiration!

Bismillahirrahmanirrahim.


Pagi nie memulakan hari selepas bercuti & berehat sekian lama. Saya masih lagi di sini, meneruskan rutin seharian sebagai surirumah, ibu, isteri, hambaNya & masih dengan visi, misi WAHM, SAHM & SOHO. Buat yang masih tak tahu full name akronim ini, saya tuliskan di bawah, sebagai pengetahuan tambahan jee....

WAHM - Working At Home Mum
SAHM - Stay At Home Mum
SOHO - Small Office Home Office

Lama jugak saya memberi cuti kepada diri sendiri - mula bercuti semenjak menguruskan hal-hal Aiman memulakan sekolah. Mid December sampai ke hari ini. Bukanlah bercuti sangat pun, coz saya masih sedang cuba menyesuaikan diri dengan jadual diri sendiri. Aiman walaupun dah hampir berusia 7 tahun menjelang Oktober ni, perlu diberi perhatian lebih berkaitan hal-hal sekolahnya. Sekolah agama, sekolah kebangsaan, pakaian sekolah, kerja sekolah, mengaji dengan ibu, di samping ibu sendiri cuba mencuri masa untuk ajar Aiman mengambil wudhuk & bersolat. Rutin harian tetap seperti biasa - menguruskan 2 anak lagi yang masih kecil, mengemas rumah, menguruskan rumahtangga, memasak, pergi pasar & macam-macam lagi. 


Memula membaca mengenai semua ni dari buku kak Masayu Ahmad - JANA WANG DARI RUMAH. Bila baca, bayangan yang timbul dalam kepala - mudah aje perkaran ini. Sebab tu boleh terlintas, akhirnya melaksanakan impian - berhenti kerja makan gaji & memulakan pekerjaan dari rumah. Bermula menjual produk sendiri secara kecil-kecilan - menjual pakaian kanak-kanak, akhirnya saya menjadi agen online untuk beberapa produk, di bawah naungan / nasihat kak Masayu Ahmad. Dari sini terbitlah 2 kedai online saya - Kedai Buku Online & Kedai Saudagar Sunnah. Insya Allah, bakal menyusul - Kedai Bazaar Borong. 

Tapi nak melaksanakan memang melalui seribu liku dugaan & ranjau. Kene pupuk banyak sabar, kena banyak bertenang & pupuk rasa tabah dalam hati. Kebaikkannya - Alhamdullilah, saya semakin dengan dekat yang Maha Pencipta. Memang antara sebab asas kenapa WAHM SAHM SOHO menjadi pilihan saya adalah supaya saya lebih dekat denganNya. To be honest, sewaktu kerja makan gaji, saya memang jauh dariNya kerana kekangan masa yang menghimpit rutin harian saya sehari-hari. 

Insya Allah, di lain masa saya akan tulis lebih lagi mengenai ini, berkongsi pengalaman saya, setelah hampir 8 bulan bekerja dari rumah. 

No comments:

Post a Comment