Thursday 28 February 2013

Melaka : Jiran sebelah, baru nak ‘berkenalan’...Versi Zoo Melaka


Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdullilah, akhir-akhir nie banyak sangat ujian..ujian kecil, ujian besar….semuanya mencabar kesabaran. Disebabkan ujian-ujian ni, banyak jugak kerja-kerja yang tersangkut, tergendala….

Cuti tahun baru cina hari tu (10/2 to 11/2) adalah antara cuti favourite masyarakat Malaysia. Ramai jugak yang amik cuti panjang sebab nak bawak family bercuti. Even ada terdapat sekolah yang mengambil cuti selama seminggu tu, full, dan menggantikan hari-hari cuti dengan sekolah pada hari Sabtu. 

Pengalaman saya beberapa kali, cuti tahun baru cina adalah antara waktu-waktu sesak, so saya ambil iktibar tak mahu keluar berjalan-jalan. Ditambah lagi, suami saya bekerja sepanjang minggu tu, dan anak sulung, Muhammad Aiman (Tahun 1), sekolahnya tidak mengambil cuti. Cuma ambil cuti tambahan pada hari Rabu sahaja, hari Khamis sekolah semula. Sekolah agama rakyat (sessi pagi) lagi la, langsung tak cuti. Cuma cuti public holiday aje hari Isnin & Selasa.

Kakak sefamily balik ke rumah & bercuti seminggu. Dok la fikir, mana nak pergi jalan-jalan. Tempat biasa dah pegi, Wet World Pedas dah wajib pegi. Pegi hari Selasa petang dalam kul 3. Tempatnya dekat aje dengan Senawang, dalam 20 minit. Mandi kejap dalam sejam-2 jam, balik rumah. Best lah, anak-anak bertiga dapat main air. 


Trip besoknya yang paling best – ke MELAKA! Hehehe….dah hampir 12 tahun duk seremban tapi tak pernah explore Melaka sepenuhnya…pegi sekejap-kejap je. Tak feeling, tak menjiwai….. Suami takde, coz terpaksa bekerja. So saya tumpang keta kakak aje, Alhamdullilah, terima kasih kakakku!

First ke Zoo Melaka. Okey la jugak…tak byk sangat binatangnya…naik tren aje coz masing2 ada anak-anak kecik takut tak larat nak jalan. Orang tak ramai sangat probably coz hari ni dah start kerja balik. So tunggu kejap, tren kosong pun sampai…..











Gambar binatang lain tak dapat nak snap, coz train gegar-gegar…..

No comments:

Post a Comment