Wednesday 29 May 2013

Bidang pendidikan itu suatu ibadah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari nie bersiaran dari library college tempat saya mengajar sekarang (and hopefully just in few days left.). Weird thing coz computer lab disewakan kepada other organization, so I cannot held my class over there. So, I've been suggested to held my class in library coz this course need my students to use the PC during class and tutorial. Since I only have 2 students so I need to have my class in here. Weird kan? Tapi itulah college tempat saya bekerja sekarang....tempat saya mencari rezeki.....

Dan sekarang masih menanti-nanti 2 orang student saya. Seorang dari Bangladesh, seorang dari Nigeria. Hmmm......perangai berbeza-beza, dan ini kelas ke-2 saya dengan mereka. So far so good. 

So sementara menanti kedatangan mereka ni sempat plak saya nak masukkan satu blog post. 


waiting


Post kali ni saya nak express one issue. Semalam saya ada discussion dgn Head of Academic kolej ni mengenai subject baru yang akan saya mengajar. Kolej saya akan menjalankan first degree program, kerjasama dengan salah satu universiti luar. Program BBA, tapi from my point of view, banyak sangat kelemahan yang ada yang PERLU DIPERBAIKI sebelum kolej ni ambil langkah seterusnya dengan memperkenalkan program BBA.





Pertama sekali dengan segi ruang facilities. Library gagal memainkan peranan yang betul. Yerp, memang kolej kecil, tapi buku-bukunya jugak sangat sedikit. Facilities lain seperti hostel jugak banyak ruang yang perlu diperbaiki. Computer lab cuma ada 1. Kelas - ruang-ruang bilik - lecture room sangat menyedihkan. Meja dan kerusi tak terjaga, bersepah. Komputer LCD takde. Lecturer kena ambil sendiri dari IT Lab & pasang sendiri mana tempat nak ada kelas. 

Kedua, lecturer. Saya sendiri ada degree dan master, tetapi tiada pengalaman mengajar sebelum ini. Tapi saya sudah diberi bermacam tanggungjawab untuk menggalas bidang kerja bahagian admin & pensyarah. For me, it's okay! Tapi sejauh mana kredibiliti pensyarah nak lahirkan pelajar yang berkualiti tidak pernah diambil kira. Kat kolej ni kalau takde degree pun boleh mengajar pelajar diploma, asalkan ada pengalaman. (Boleh?) Semuanya nak JIMATKAN KOS. Lecturer yang ada master pun cuma ada 3 orang aje, termasuklah saya (& it's include the Head of Academics, the CEO and me myself). Nak mengajar pelajar degree at least you must have Master, kalau tak susah nanti di bahagian MQA.

Ketiga, untuk survive dan dapatkan student untuk diploma pun mencungap-cungap. Ini nak buat degree program pulak? Sapa nak ambik? Saya pernah berbual dengan seorang pengetua kolej (ketika interview hari tu). Katanya program kerjasama BBA kolej saya ni dengan universiti luar ni mahal kosnya. Student Malaysia takkan mampu nak ambil - tampung kos -  dan nak follow syllabus yang ditetapkan. Of course, when it is a collaboration program you have to follow the university who offer the degree program. Macam mana student Malaysia kat IPTS nak follow, lebih-lebih lagi kalau datang dari luar bandar. 



Keempatnya, so far I well understood that this BBA program belum dapat kelulusan dari MQA lagi. Tapi dah nak implement? Ishk.....'latok, latok, what are thinking latok??'

Kelima, saya dikhabarkan 3/4 dari students saya nanti ialah staff di sini. HAHAHAHAHHAHA......gelak besarnya aku. Ape ni, dah takde student nak enrol, awak main paksa aje mana-mana staff yang masih takde degree untuk sambung degree kat sini?? Latuk, latuk, what are thinking? And what is this all about?? So weird, bila saya nanti akan mengajar orang yang selalu bagi arahan pada saya selama ini. Saya akan mengadap orang yang suka menjerit marahkan kesilapan kecil saya, menunjuk-nunjuk kononnya pangkatnya itu 'besar' sangat, macam boss bagus sangat......NO ROOM FOR MISTAKE, IF NOT.....Jerit-jerit banyak raksana dalam citer ultraman.....APA GUNENYE AWAK ADA KAT SITU???? Takkan kulupa ayat ini.....

Keenam, bertambahnya course saya mengajar, tetapi tiada pertambahan elaun ke, insentif ke.....beban kerja tambah tapi gaji tak tambah. To be honest, gaji saya kat sini sangat kecil berbanding tugas-tugas yang saya galas. Sebab tu saya menggelupur cari kerja lain. Alhamdullilah dah dapat - better offer, better career, better pay. Ermmm sama macam masa kolej ni buat convocation day, dalam bulan lepas. Hari Sabtu, sampai ke petang. Sadly, tiada bayaran elaun atau overtime untuk staff. Kerjanya sangat penat. Sadly, anak bongsu saya hantar ke rumah pengasuh, yang mana pengasuh saya sepatutnya bercuti hari Sabtu - tak perlulah menjaga anak saya. Tapi of course, mestilah saya bayar setiap penat lelah pengasuh saya. Ini kolej minta staff kerja Sabtu doing extra job, but SADLY NO EXTRA PAYMENT RECEIVED! Dey, machaa, kalau takde duit, tak yahlah buat business.....

Maaf, agak kasar sedikit bahasa blog post saya kali ini. Cumanya, it's hard to forget and it is totally hurt!

Ketujuh, saya refer kepada tulang belakang, kepala, ketua utama kolej ini yang pada saya, masih baaaaannnnnnyyyyyaaaakkkkkkkkkk kelemahannya.....dari segi kepimpinan, pengurusan, ketelusan, kejujuran....macam mana staff bawah nak betul, kalau ketua / kepala sendiri tak betul cara kerjanya? Banyak menipu, tak jujur. Masya Allah....saya tak berani nak tulis kat sini secara panjang lebar, bahaya plak. Cumanya saya teringat kata-kata seorang pengetua kolej lain:-


Education industry is an industry where you can work and earn for your life and family, and at the same time, you can buat amal-jariah. It's for your own future masa kat sana nanti - menyemai di dunia, menuai di akhirat. It is an industry where you can speak all truth and you can never cheat. NEVER CHEAT, CANNOT CHEAT. But -----, has make a shame to the education industry. How come you go oversea for several years, come back to Malaysia and call yourself Dr. and professor? Who grant you that title? 

Bila dah 2 bln ++ kerja kat sini, semakin banyak perkara ketidakjujuran yang saya tahu. Buat banyak buku, AUTHOR : -----, tapi yang sebenarnya, penulis isi kandungan buku orang lain - diupah, dibayar untuk tulis buku, tapi penulisnya nama orang yang membayar. Buat degree sana-sini, Master itu, Master ini - tapi hakikat sebenarnya, assignment, homework orang-orang lain yang buatkan. Telus ke tu? Jujur ke tu? Then, apa yang kau belajar untuk kau layak dapat degree dan master tu? Emmm ada duit semua jadi.....bayar aje. Certificate degree dan master tu boleh dibeli......dunia sekarang....macam-macam.....nak dapatkan nama, title, penghargaan dari orang sampai sanggup menipu dunia. Akhirat besok ko jawab laa....latuk, latuk.....

Oraites...sampai sini aje kali ini. Nak citer. Menulis di lain kali ye....
Notes: Sampai skrang student saya masih tak nampak batang hidung. 

No comments:

Post a Comment