Tuesday 28 May 2013

Jangan Lupa Pada Allah tika senang atau susah....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdullilah, hari ini dah hampir 2 bulan saya melalui detik-detik diuji dan diduga...diuji dengan masalah kewangan, masalah hati & perasaan dengan anak-anak, masalah kerjaya, masalah dalam diri dan macam-macam lagi. Sepanjang 2 bulan ini jugak, saya tambahkan lagi amal-ibadat, tawakal, doa, zikir kepada Allah kerana sesungguhnya saya tahu hanya kepada Allah sahaja tempat saya boleh mengadu dan meminta pertolongan. Dan saya tahu Allah sama sekali TIDAK AKAN mensia-siakan amalan-amalan baik hambanya dan TIDAK AKAN sekali-sekali mengabaikan doa dan pengharapan hambaNya...Dan pertolongan dan bantuan Allah telah saya rasai walaupun ianya datang sedikit demi sedikit.....


doa dan solat


Blog post hari ini saya bersiaran dari office yang bakal saya tinggalkan probably dalam 1-2 minggu lagi. Saya dah dapat kerja lain - better offer, better career opportunities, better salary pay. Walaupun office yang sekarang saya cuma berkhidmat dalam 2 bulan ++, tapi banyak yang saya pelajari. Saya pelajari selok-belok pentadbiran dan pengurusan sebuah kolej, cara menjadi setiausaha walaupun cuma pembantu dan yang paling best sekali, saya dapat menjadi tenaga pengajar kolej ni a.k.a seorang lecturer, career yang memang dah bertahun-tahun saya idamkan. Walaupun cuma sekejap di kolej ni, walaupun pelajar saya cuma beberapa orang (satu course, student saya tak sampai 4 orang!), walaupun saya cuma mengajar 15 credit hour (5 subject course), but it is a valuable experience I have, and this is MY FIRST EXPERIENCE BEING A LECTURER!

Walaupun banyak rasa sakit hati, pedih hati, menyampah, benci pun ada, bila bekerja bahagian 'pentadbiran', tapi terubat bila fikirkan saya dapat mengajar. Dapat belajar kembali (sebab banyak course ni saya dah lama belajar, so banyak lupa. So I have to study it first before I teach to people), dapat mengajar pulak kepada orang - menyumbang ilmu, itulah yang rasa best sangat! Walaupun saya tahu saya tak lama di sini, tapi ilmu yang saya dapat dan curahkan akan tetap kekal. Dan itu jugaklah merupakan antara amal jariah dunia akhirat saya......


lecturer

Sekarang hati sudah semakin tenang dan lapang, lebih-lebih bila dah dapat kerja baru dan beberapa bayaran hutang tertunggak dah semakin kurang. Syukur kepada Allah dan terima kasih banyak-banyak kepada yang banyak membantu - suami, mak, keluarga, orang-orang from the finance, my babysitter dan orang lain yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Semoga Allah akan membalas setiap jasa baik kalian. Amin!

Sekarang saya cuma risaukan diri saya sendiri - rasa semakin jauh pulak dari Allah. Inilah yang dikatakan KACANG LUPAKAN KULIT. Bila susah, tak tenang, resah gelisah, dilanda ujian dugaan - pandai mencari Allah. Bila dah senang, Allah berikan pertolongan, masalah settle sedikit demi sedikit - mula lupakan Allah. Semakin kurang zikir di mulut, semakin kurang ingatan kepada Allah dari segi fikiran dan hati, semakin kurang amal ibadat, amal sedekah jariah demi cintaNya. Masya Allah! Saya insan yang mudah lupa, mudah lalai, mudah leka dengan segala nikmat kurniaan dariNya.......


ingat Allah

Nauzubillah.....mudahnya saya terlupa kepada Allah. Rasa jauh jugak (lebih-lebih lagi sekarang tak boleh solat dan baca Al-Quran)....


Ya Allah, janganlah kau jauhkan cintaMu kepada ku. 
Bantulah aku, pimpinlah aku ke jalan kecintaanMu yang abadi. 
Tetapkan lah imanku, ketaatanku kepadaMu. 
Tetapkan lah amal taqwaku, semoga aku sentiasa istiqamah dan konsisten dalam melakukan perkara kebaikkan. 
Demi menggapai cintaMu yang abadi dunia akhirat. 
Demi untuk mengecap syurgaMu yang indah dan kekal. 
Bantulah aku ya Allah, ya Tuhanku....
Yang Maha Pengasih, 
Yang Maha Penyayang, 
Yang Maha Mengasihani........

Semoga saya lebih berjaya lagi selepas ini dalam menetapkan iman, amal, taqwa saya. Semoga ada jalan rahmat kebahagian dari Allah untuk saya dan buat kita semua. Jangan sama sekali berhenti berdoa, jangan berhenti berusaha dan jangan putus asa dalam mengejar cintaNya. Cinta dari Allah takkan hadir dengan sendiri, melainkan kita yang berusaha dalam mencarinya........

mencari redha Allah

No comments:

Post a Comment